Monday, October 22, 2012

MERAPATKAN JURANG DIGITAL

                                           Dr Kim dan penulis.

Oleh Ibrahim Yahaya (datuktiger@yahoo.com)

KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) berlabuh minggu lalu di Seoul, Korea dengan ketetapan kesatuan yang mempunyai 220 ahli dari 60 negara untuk merapatkan lagi jurang digital antara negara-negara ahli di rantau ini.

Yang pasti ketetapan itu bukanlah 'omong-omong kosong' sebaliknya Presiden ABU, Dr Kim In-Kyu, yang menerajui Korea Broadcasting System (KBS) pasti mahu memastikan negara-negara ahli yang masih belum melaksanakan penyiaran digital akan segera dibantu dalam masa terdekat.

Seramai 700 perwakilan termasuk dari Malaysia yang mengambil bahagian dalam GA ABU kali menyokong ketetapan kesatuan untuk memastikan negara-negara ahli benar-benar mendapat manfaat dengan menjadi ahli ABU selain berkongsi-kongsi maklumat dan pengalaman.

Setiausaha Agung ABU, Dr Javad Mottaghi, berkata walaupun ketetapan itu satu tugas besar namun dengan pembabitan semua negara ahli yang banyak pengalaman dan mempunyai jalan penyelesaian, mereka mampu menghadapi cabaran penyiaran digital, perkembangan media baru dan kesan media sosial.

"Ahli-ahli ABU pasti mempunyai idea dan jalan penyelesaian untuk dikongsikan bersama. Ahli yang berpengalaman akan berkongsi maklumat untuk membantu ahli-ahli yang sedang melaksanakannya. Inilah rahsia penyatuan ahli ABU iaitu kerjasama," katanya pada hari terakhir mesyuarat lapan hari ABU termasuk perasmian ABU GA oleh Presiden Korea Selatan.

Menurutnya, ABU adalah mengenai ahli dan sudah tentulah mereka akan terus dengan tugas-tugas penting bagi membolehkan abad ke 21 ini sebagai kejayaan dunia penyiaran di rantau ini.

1 comment:

jebat said...

Blogger ini SYOK sendiri ajakah ???

Komen tak pernah disiarkan !!

Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai !!!.