Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR : Menjadi Melayu di Malaysia sekarang bukanlah perkara mudah. Apatah lagi jika dilihat daripada perspektif politik. Gerakgeri Melayu kini diperhatikan. Tuturkatanya juga sentiasa mahu didengar oleh setiap orang terutama bukan Melayu. Apatah lagi Melayu yang suka bercakap terus terang.
Mereka akan menjadi mangsa cercaan dan penghinaan kaum lain terutama pemimpin pembangkang. Ini diburukkan lagi dengan hasutan pemimpin Melayu yang mencari peluang untuk menghentam kerajaan. Mereka bertindak sebagai batu api untuk menghasut kaum bukan Melayu untuk membenci kerajaan. Hasilnya mereka jangka dapat untung dan mencerahkan peluang untuk menjadi pemimpin negara.
Inilah sebenarnya berlaku di negara dan perkara itu semakin galak. Jika Melayu berusaha menegakkan apa haknya, mereka akan dilihatkan sebagai pejuang kaum atau mahu mengetepikan kaum lain. Jika Melayu bercakap sedikit mengenai kaum lain, maka ia akan dilihat tidak sensitif atau tidak mahu mengikut Perlembagaan. Inilah dilema yang dihadapi oleh orang Melayu terutama pemimpin politik yang sentiasa diasak dan digasak.
Ramai yang mengatakan perubahan ini kerana konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang menyebabkan Melayu sentiasa diperhatikan agar hak kaum lain perlu diperjuangkan.
Sebenarnya inilah mainan politik orang yang berkepentingan apabila 1Malaysia ini dianggap sebagai slogan Perdana Menteri untuk memupuk perpaduan rakyat negara ini dan memastikan hak semua pihak dijaga. Mereka ini mencari kesempatan pengenalan Gagasan 1Malaysia. Mereka buat-buat lupa dengan semangat sebenar 1Malaysia iaitu mendahulukan rakyat dan mementingkan pencapaian. Apabila sebut mendahulukan rakyat ini bermakna memberi tumpuan kepada rakyat tidak kira apa kaum sekalipun. Dalam hal ini sudah tentulah rakyat yang amat memerlukan. Jika bantuan itu diberikan kepada golongan miskin, sudah tentulah rakyat yang miskin akan dibantu tidak kira apa latarbelakang sekalipun.
Ini bermakna bukan kerana 1Malaysia, kaum bukan Melayu perlu diutamakan dan diberikan perhatian tetapi rakyat yang memerlukan. Ini perlu difahami kerana jika orang Melayu adalah golongan yang memerlukan, maka mereka perlu dibantu seperti juga kaum lain. Ini terpancar dalam pemberian Bantuan 1Malaysia atau BR1M yang diberikan kepada semua kaum yang secara jelas berpendapatan rendah jika dilihat daripada mata kasar. Jadi penjual sayur dari kaum Cina yang ramai tahu mempunyai pendapatan yang baik turut diberi BRIM begitu juga penduduk Melayu di kampung. Begitu juga peniaga bukan Melayu di luar bandar yang turut beratur menerima BR1M. Asalkan mereka dapat membuktikan bahawa mereka adalah golongan yang memerlukan seperti diperakui oleh ketua masyarakat, mereka akan menerimanya.
bersambung...

No comments:
Post a Comment