Monday, May 14, 2012

MESYUARAT MAJLIS PENTADBIRAN ABU KE 93


MALE, Maldives - Mesyuarat Majlis Pentadbiran ABU ke 93 diadakan di Karumba Resort di sini selama dua hari membincangkan pelbagai kegiatan untuk ahli ABU di Asia Pasifik termasuk projek Robocon, CARE, Digista Teens, Festival Lagu TV Abu dan Pasaran Program TV Asia Pasifik.

Majlis dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Penyiaran Maldives (MBS), dipengerusikan Presiden ABU, Dr In-Kyu Kim dari Korea Selatan. Turut hadir Naib Presiden, Datuk Ibrahim Yahaya (Malaysia), En Naoji Oni (NHK Jepun) dan Setiausaha Agung ABU, Dr Javad Mottaghi.

Seorang lagi naib presiden, En Ghulam Mortaza Solangi dari Perbadanan Penyiaran Pakistan tidak hadir.

Semua 12 ahli Majlis ABU kecuali Mongolia hadir. Mereka ialah Bhutan Broadcasting System, Radio Televisyen Brunei, HUM Network Limited, Pakistan; RTPRC (China), RTHK (Hong Kong), IRIB (Iran), NHK (Jepun), Thailand Pool Television, TDM (Macau), Turkish Radio Television, RTM dan Korea Broadcasting System.

RTM diwakili Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Norhyati Ismail dan Ketua Unit Antarabangsa, Mazura Mansor. Ahli Majlis Mongolia tidak hadir kerana kejadian salji tebal di lapangan terbang negara itu yang menyebabkan penerbangan ke sini tergendala dalam tempoh 24 jam.  - TIGERNews.

No comments: