Friday, May 25, 2012

MELAYU YANG BUKAN MELAYU (2)

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Oleh kerana terlalu berhati-hati dalam pergerakan dan tuturkata menyebabkan ada pemimpin Melayu yang lebih selesa berdiam diri. Ada juga yang tidak mengambil peduli. Ada juga mahu menonjolkan diri sebagai pejuang untuk semua kaum. Hakikatnya mereka tahu bahawa kepentingan Melayu perlu juga diperjuangkan. Seperti juga apa yang diperjuangkan oleh pemimpin bukan Melayu.

Apabila pemimpin Melayu mula diam, pastilah ruang ini akan diisikan dengan permintaan dan gertakan. Alasan yang mereka berikan ialah jika tidak membantu mereka, maka tiadalah undi akan diperolehi pada pilihan raya akan datang. Jika tuntutan mereka tidak dilayan, maka berkuburlah hasrat untuk mendapat sokongan. Inilah yang digunakan oleh pihak tertentu terutama mereka yang menangguh di air keruh. Memang pun, jika hendak menangguk, mestilah di air keruh bukannya di air jernih.

Yang lebih menyedihkan mereka ada NGO bukan Melayu sanggup menggunakan kesempatan ini untuk meminta apa yang tidak masuk diakal. Antaranya yang bertentangan dengan Perlembagaan atau pun di luar kontrak persetujuan yang sudah diambil selama ini. Yalah, Melayu diam maka inilah masa yang paling sesuai untuk membantu tuntutan yang entah apa-apa. Jika sabut timbul, jika batu tenggelam. Tiada yang rugi tetapi jika berjaya maka beruntunglah golongan yang membuat tuntutan.

Pastinya yang lebih lantang apabila ada ruang ini ialah pembangkang terutama parti Cina yang mengamalkan semangat kecinaan melampau. Mereka bukan saja membuat pelbagai tuduhan terhadap UMNO tetapi juga menghasut orang bukan Melayu untuk membenci parti itu. Maka pelbagai tuduhan dan dakwaan dibuat sedangkan mereka bergelumang dengan taik. Mereka berusaha untuk mengungkitkan perkara yang dipersetujui dalam kontrak sosial. Mereka mendabik dada untuk memperjuangkan kaum bukan Melayu untuk mendapatkan hak mereka sebagai rakyat di negara ini dengan membelakangkan Perlembagaan.

Hari ini juga ada akhbar yang memaparkan Karpal Singh yang beria-ria benar untuk memastikan negara ini dipimpin oleh orang bukan Melayu. Mereka tidak hiraukan lagi apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Mereka mahu menuntut hak mereka dan tidak mahu lagi mengikut Perlembagaan. Inilah taktik kotor mereka semata-mata untuk memainkan sentimen perkauman agar parti mereka mendapat undi pada pilihan raya nanti.

Sebenarnya, permainan politik kotor ini amat berbahaya kepada negara berbilang kaum ini. Mereka sebenarnya membuka ruang supaya pelbagai perkara yang tidak diingini berlaku terutamanya apabila orang Melayu sudah tidak dapat menahan kesabaran. Bangsa Melayu tidak mahu diri mereka diinjak-injak atau maruah mereka dikesampingkan. Ini amat bahaya dan perlu dielakkan.

bersambung.

No comments: