Thursday, August 2, 2012

PENYAMUN JANJI ROMPAK RAKYAT

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Tidak kira siapa yang memilih tema Hari Kemerdekaan ke 55 tahun iaitu JANJI DITEPATI, sama ada DS Najib Razak atau secara konsensus iaitu Kabinet, hakikatnya tema itu kini menghantui pemimpin pembangkang, setidak-tidaknya dari DAP.

Seperti dirasuk hantu, pemimpin pembangkang terjerit-jerit dalam ceramah mereka di sana sini untuk menentang penggunaan tema Merdeka55 itu.

Pelbagai alasan diberikan termasuklah ia tema UMNO atau BN. Mereka mendakwa ia satu tema politik dan tidak sesuai untuk menyambut kemerdekaan. Malah mereka memperkenalkan tema sendiri untuk Merdeka55. Bagi pembangkang, mereka sajalah yang betul.

Seperti dirasuk jembalang, pembangkang kelihatan amat takut dan gementar dengan perkataan Janji Ditepati kerana jika mereka menyokongnya ia satu manifestasi penerimaan mereka terhadap apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan. Bagi mereka, jika disokong ia satu malapetaka kepada politik mereka.

Apa pilihannya? Maka difatwakan oleh pemimpin tertinggi mereka untuk menentang habis-habisan penggunaan tema ini. Bagi mereka, ia boleh melunturkan segala tohmahan yang dicipta mereka bahawa kerajaan tidak membela rakyat. Tema ini perlu ditentang habis-habisan dan segeralah mencari seramai mungkin penyokong tegar untuk menentangnya.

Maka digunakanlah segala askar upahan termasuk dalam Majlis Peguam untuk menggunakan medium media sosial mempertikaikan tema itu. Memperkecilkannya dan mengajak masyarakat menyifatkan  tema itu sebagai tema UMNO dan BN, bukan kerajaan.

Tumpuan pembangkang ialah untuk melabelkan tema itu sebagai tema politik sedangkan mereka tahu ia adalah hamparan sebenarnya apa yang dilakukan oleh kerajaan.

Segala tindakan mereka bermatlamat untuk memastikan tema itu tidak digunakan dan disisihkan.

Kerajaan tetap menyatakan tema itu tidak mempunyai sebarang konotasi politik sebaliknya memaparkan bahawa apa yang dijanjikan sejak merdeka sudah dilaksanakan. Mudah dan tepat terhadap perjuangan kerajaan selama ini. Bukan niat untuk menipu.

Ini sudah tentu menjadi tamparan hebat kepada pembangkang yang selalu dilabelkan oleh PM sebagai saudagar janji. Sebagai saudagar mereka menjaja perniagaan janji yang adakala dibeli oleh rakyat terutama mereka yang terkeliru atau taksub kepada pemimpin pembangkang.

Cuba kira berapa banyak janji pembangkang yang sudah dilontarkan daripada penghapusan cukai tertentu, PTPN sehinggalah yang terbaru mengenai harga kereta. Pasti berbilion ringgit.

Bagi sesetengah pihak perkataan saudagar janji yang digunakan itu terlalu lembut sebaliknya perkataan yang lebih keras perlu diberikan kepada pemimpin yang suka menabur janji iaitu Penyamun Janji.

Mereka merompak minda rakyat. Adalah dibimbangkan rakyat muflis untuk berfikir. Minta dijauhkan.




4 comments:

ajai62 said...

Assalam Tuan

Tema mereka yang paling layak untuk negeri jajahan mereka ialah 55 TAHUN JANJI TIDAK DITEPATI... Itu pasal meroyan macam budak kecik tak dapat gula-gula yang merosakan gigi.. Saya rasa rakyat pandai berfikir, tapi puak-puak pembangkang ni jangan haraplah mereka nak berfikir, sebab mereka ni seronoikmkena kencing dengan pemimpin2 mereka yang tahu berjanji tapi tak tahu nak tunaikan...

Anonymous said...

SAUDAGAR JANJI...SEDAP BUNYI NYA...

ELOK KITA PANGGIL PENTERNAK JANJI...

otaklunyai said...

penyamun, perompak, perogol dan pembunuh anak orang diutamakan.... rakyat diboddoh2kan...

Anonymous said...

layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2.com , sebarkan kepada rakan-rakan anda.