Thursday, August 9, 2012

TANDA PUTERA MILIK FINAS

Oleh Ibrahim Yahaya

KUALA LUMPUR : Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa filem Tanda Putera, yang banyak diperkatakan kebelakangan ini adalah milik FINAS dan bukannya DP Shuhaimi Baba. Ini kerana FINAS yang mengeluarkan modal bagi membolehkan SUMI menyiapkan filem itu.

Oleh itu, jika FINAS mengambil keputusan untuk menayangkan filem itu lewat daripada tarikh yang ditetapkan sudah tentulah tiada siapa yang boleh mempertikaikan tindakan itu. Yang penting, FINAS mempunyai sebab tertentu yang menyebabkan mereka menangguhkan penayangan filem itu.

Seperti yang disebut oleh KP FINAS, Naguib Razak, tindakan menangguhkan tayangan itu bagi membolehkan FINAS merangka strategi pemasaran yang terbaik bagi memastikan filem itu mendapat sambutan daripada masyarakat.

Sudah tentu strategi pemasaran itu perlu memandangkan filem HATI MALAYA yang kebetulan diarahkan oleh SUMI tidak mendapat sambutan sebelum ini. Sudah tentulah FINAS tidak mahu pisang berbuah dua kali dan jika berlaku ia memberi kesan kepada nama baik FINAS.

Sehubungan itu, eloklah kita berfikiran rasional dengan keputusan FINAS itu dan tidak mengembar-gemburkan keadaan sehingga boleh menimbulkan kontroversi yang berpanjangan.

Jangan membuat spekulasi atau tuduhan berdasarkan 'dengar-dengar' tetapi bersangka baik apa yang dilakukan oleh FINAS demi kepentingan industri filem di negara ini.

1 comment:

Anonymous said...

Alahai tok . . . Mesti rais perintah ni. Padanlah hujah teramat 'cerdik.'

Kalau finas sendiri buat filem, bolehkah laku macam gerimis yg diterbit pengerusi finas dan director kroni apendi- kamaruddin sirap-rais?

Ngakulah saja rais nak bodek PM konon selamatkan parti dengan campurtangan tapi mcm tikus baiki labu.

Tak payah siar komen ini. Nanti rais marah. Beritahu saja pada dia bahawa rakyat bukan bodoh untuk menilai. Itu kalau dato berani.

Hanya orang tua dari zaman batu yg ingat dia pandai sangat. Alah tok, apa terer sangat ambil law masa dah banyak umur.