Wednesday, September 26, 2012

JAGA LIDAH, TAKUT TUHAN MARAH


Oleh Lenggong Valley

Di satu penjuru, reaksi umat Islam terhadap kebiadaban filem‘Innocence of Muslims’ dan kartun menghina Nabi Muhammad di Perancis dianggap keterlaluan. Setidak-tidaknya pun persepsi keterlaluan itu terpahat pada minda  mereka yang dikuasai ’world view bertamadun’ berpaksikan perspektif barat yang kononnya liberal.

Tetapi, ini bukan calang-calang isu. Pada orang Islam ia membabitkan maruah dan asakan berbahaya kepada pegangan ummah.

Oleh yang demikian, apabila ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata orang Islam bertindak keterlaluan dalam ungkapan, “problem with the Muslim psyche....people are easly enraged and emotional,”beliau dengan rakusnya menyokong dan membangkitkan kembali kebiadaban yang terkandung dalam tweet ADUN Beruas, Ngeh Koo Ham minggu lalu.

Patutlah sebahagian besar pemimpin Pakatan Rakyat tidak memberikan sebarang reaksi berhubung apa yang di tweet oleh Ngeh itu. Ini kerana ia seolah-olah mencerminkan betapa mereka sebenarnya menyokong apa yang dinyatakan.

Dan apabila Anwar sendiri tampil menggemakan nada yang sama dalam akhbar British The Scotsman seperti yang tersiar kelmarin, maka sahihlah apa yang ditanggapi sejak seminggu lalu – bahawa beliau sependapat dengan Ngeh. Bezanya dan jijiknya kali ini, Ngeh bukan orang Islam, tetapi Anwar seorang Muslim yang pernah dilabelkan sebagai ‘anugerah tuhan…’

Dalam pada itu, tidak kira sama ada ia dilakukan oleh seorang Islam atau pun tidak, yang penting kebiadaban tersebut datang daripada rakyat Malaysia yang sepatutnya peka dan sensitif terhadap sentimen keagamaan di Malaysia.

Laporan versi ‘online’ akhbar The Scotsman yang berpangkalan di Britain seperti yang dilaporkan dalam rencana oleh wartawan Eddie Barnes itu, secara terang-terangan melihatkan betapa Islam di Malaysia dieksploitasi oleh Anwar untuk dihebahkan di persada antarabangsa bagi memenuhi hasrat menguasai Putrajaya.

Bukti niat Anwar dan pakatan pembangkang di Malaysia jelas apabila dalam rencana akhbar The Scotsman itu disebut bahawa ‘dalam setahun yang menyaksikan pelbagai revolusi di luar dugaan yang berlaku di serata dunia, kini muncul seorang pemimpin yang akan mengepalai satu lagi (revolusi).’

Bukankah jelas apa yang dimaksudkan?

Asakan demi asakan dihalakan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) di Putrajaya, hinggakan kini dengan hanya lebih kurang lapan bulan paling lama untuk diadakan Pilihan raya Umum Ke-13, pembangkang membangkitkan apa saja melalui bantahan demi bantahan untuk cuba melemahkan walaupun pegangan paling kuat kepada kerajaan BN.

No comments: