Friday, September 14, 2012

JANGAN HINA ISLAM - RAIS


KUALA LUMPUR 13 Sept. - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri  Utama Dr. Rais Yatim meminta pihak berkuasa menyekat segera penayangan filem Innocence of Muslims yang menghina Islam.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu mencari bukti-bukti yang kukuh dengan segera supaya boleh dibawa ke pendakwa raya bagi tindakan seterusnya.

Katanya, cepat bertindak sangat penting dalam isu seperti itu kerana ia boleh memporak-perandakan masyarakat dunia serta menimbulkan kecelaruan dalam kalangan umat Islam.

"Hukuman yang lebih berat perlu dilaksanakan terhadap individu yang begitu berani menghina dan mencela agama Islam supaya menjadi pengajaran kepada yang lain.

"Justeru, tindakan harus dilakukan dengan segera dengan menyertakan bukti-bukti yang sahih bagi mendapat kebenaran pendakwa raya supaya filem itu disekat daripada disiarkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN.

No comments: