Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR : Sukar untuk kita melihat sarang tebuan terutama di kawasan bandar atau pinggir bandar sekarang. Ini kerana tebuan pun takut untuk membuat sarang kerana pelbagai faktor. Mungkin tidak sesuai lagi kerana udara tidak bersih atau pun perkara lain yang tebuan saja tahu.
Oleh itu, tebuan kini lebih suka memilih pokok-pokok di kawasan luar bandar atau di hutan bersama dengan rakan-rakan lain terutama lebah yang menghasilkan madu. Tebuan mungkin memilih pokok yang terletak di kawasan yang aman damai dan tidak bising.
Tebuan ini juga adalah spesies yang tidak mengganggu orang lain kecuali jika sarang mereka dicerobohi atau diganggu. Oleh itu, sebagai manusia biasa janganlah di jolok sarang tebuan kerana seronok atau suka-suka untuk berbuat demikian kerana ramai yang kerana gigitan tebuan boleh mendatangkan maut.
Analogi ini sesuai ditujukan kepada Pengerusi DAP Perak, NKHam yang semalam suka-suka mencetuskan kontroversi dengan persoalan mengenai tindakan membantah filem hina Rasulullah sebagai buang masa dan tenaga. Mungkin tindakan itu untuk tujuan politik tetapi beliau lupa dengan siapa dia tinggal di negara ini.
Tidak mahu cakap banyak sekadar mengingatkan NKHam yang disifatkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama, Dr Rais Yatim, dalam twitternya sebagai individu yang tidak layak menjadi orang politik kerana tidak faham dengan sensitiviti umat Islam dan hak Muslimin untuk mempertahankan agama mereka.
Jagalah mulut itu kerana pepatah ada menyatakan kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
Jagalah tweet itu kerana takutlah banyak burung-burung liar yang akan menyerang dia seperti dalam filem-filem barat terutama The Crow, filem aksi yang diarahkan oleh Alex Proyas pada 1994. Habis digigit oleh burung seluruh badan termasuk barang sulit dia.
Burung gagak pun banyak di negara ini yang sentiasa mencari sisa makanan atau bangkai tikus dan ular untuk dimakan. Jangan kita jadi bangkai untuk dimakan oleh gagak atau burung pemakan daging. Sekadar ingatan.

No comments:
Post a Comment