Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR : Hari ini bertemu seorang doktor perubatan berusia 40an yang menceburkan diri dalam perniagaan mengendalikan kursus jatidiri individu untuk menjadi insan yang lebih baik. Setakat ini, 80,000 peserta telah mengikuti kursusnya daripada pelajar, golongan berusia sehinggalah ustaz dan ustazah.
Beliau tidak menjadi ahli mana-mana parti tetapi cenderung untuk membantu kerajaan kerana yakin dengan apa yang kerajaan buat sekarang iaitu melaksanakan transformasi dalam pelbagai bidang. Inilah yang sering ditonjolkan dalam latihan beliau iaitu konsep mentransformasikan diri sendiri agar menjadi lebih baik.
Individu yang belum mengetahui rahsia kekuatan mereka akan sentiasa bersikap negatif termasuk terhadap sesuatu yang mereka tidak ada kaitan. Oleh kerana tiada keyakinan diri, golongan ini sentiasa menjadi pengikut atau penumpang yang sentiasa di bawa ke sana sini oleh pemandu atau driver.
Akibatnya, mereka tidak kenal dengan diri mereka terutama kelebihan dan kepakaran yang dimiliki sehinggakan menjadi sia-sia malah yang menakutkan ialah digunakan oleh pihak tertentu dalam kegiatan yang tidak bermatlamat dan berfaedah seperti mengadakan demonstrasi jalanan.
Bagi umat Islam, pendekatan yang dibawa oleh doktor ini ialah Rukun Islam itu sendiri yang mengajar umatnya agar lebih memikirkan lima tiang agama itu agar mempunyai sifat bermasyarakat, disiplin, yakin diri, bersedekah dan mengekalkan niat yang murni sepanjang masa.
Jika mereka mengamalkan lima Rukun Islam itu sudah pasti mereka tahu mengenai tanggungjawab sebagai individu dan ahli masyarakat. Mereka juga tidak bersikap negatif dan menentang apa saja yang ingin dilakukan oleh kerajaan termasuk yang memberi manfaat kepada rakyat.