MINGGU
MALAYSIA LONDON (MML) 2012
1.Usaha mempromosikan MALAYSIA sebuah negara yang mempunyai masyarakat
majmuk dengan pelbagai kaum dan bangsa diteruskan menerusi kesinambungan
penyertaan Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan (KPKK) serta Kementerian Pelancongan dalam program Minggu Malaysia London di South Bank, London, United Kingdom pada 6
hingga 10 Oktober 2012.
· 2. Penyertaan Malaysia buat
kali ke-4 ini bertemakan “Faces
of 1Malaysia” selaras dengan tujuan program untuk memperkenalkan seni
budaya, warisan dan kepelbagaian cara hidup di Malaysia yang mencerminkan
kehidupan bersatu dalam kepelbagaian (unity
in diversity) ke peringkat antarabangsa.
3. Minggu Malaysia London
2012 diadakan pada 6 hingga 10 Oktober 2012 mulai jam 11 pagi hingga 6 petang bertempat di South Bank, London.
4. Majlis perasmian akan
disempurnakan oleh Menteri PKK, Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) pada 6 Oktober 2012 jam 3 petang.
5. Majlis penutupan akan
disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (gambar) pada 10 Oktober 2012 jam 3 petang.
6. Sebanyak 25 buah gerai
dibuka bagi melaksanakan program selama seminggu ini dengan pengisian beberapa
aktiviti yang telah diselaraskan seperti berikut :
iv.
Peragaan fesyen dan tekstil.
v.
Permainan tradisional Malaysia.
vi.
Uji rasa buah-buahan oleh FAMA.
vii.
Gerai-gerai makanan oleh
MATRADE.
viii.
Travel fair oleh Tourism
Malaysia.
ix.
Senam seni.
x.
Sesi interaktif seperti
tarian bersama pengunjung, lukisan jalanan dan mencanting batik.
7. Aktiviti berkenaan melibatkan
beberapa Kementerian selain daripada KPKK dan Kementerian Pelancongan. Pihak lain ialah Kementerian Luar, MATRADE
dan FAMA serta Jabatan dan agensi KPKK iaitu Istana Budaya, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Balai Seni Visual Negara, ASWARA, RTM dan
BERNAMA.
1 comment:
Usaha mempromosikan MALAYSIA sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dengan pelbagai kaum dan bangsa diteruskan buat kali ke-4 menerusi program Minggu Malaysia London di South Bank, London, United Kingdom pada 6 hingga 10 Oktober 2012. Tema kali ini ialah "Faces of 1Malaysia"
Post a Comment