Wednesday, May 9, 2007

BERSANTAI BERSAMA BETTY BANAFE


(Gambar oleh Star Online)

Jika anda ingin bercuti bersama pelakon dan penyanyi pujaan ramai, Betty Banafe, ke Vietnam, Jun ini, segeralah membuat tempahan dengan pejabat jualan EastQabillah Travel & Tours Sdn Bhd di Shah Alam.

Tempahan tiket boleh dibuat menerusi nombor telefon 03-5513 9977 dan bercakap dengan Nurziziey. Cuti selama lima hari empat malam bermula 26 Jun ini berjumlah RM1,888.

Dalam program bercuti dengan Betty Banafe, peserta akan dibawa melawat tempat-tempat menarik dan pelbagai aktiviti disediakan termasuk pertandingan menyanyi dan bergambar bersama penyanyi pujaan itu.

Jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di sekitar Kota Vietnam yang menjanjikan kepuasan kepada anda.

Pakej percutian itu termasuk : 1) Tiket penerbangan pergi balik bersama AirAsia. 2) Penginapan 4 malam di hotel pilihan. 3) Tempat-tempat lawatan sekitar Vietnam. 4) Bayaran cukai lapangan terbang, tips untuk pemandu pelancong dan pemandu bas.

(Nota: * Caj tambahan akan dikenakan semasa waktu puncak. * Harga tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis awal. * Berdasarkan Terma dan Syarat.

Monday, May 7, 2007

ANAK YATIM, TOLONGLAH MEREKA

Airmata mengalir ketika menulis bahan mengenai anak yatim pada malam ini. Entah mengapa? Amat hiba sekali rasa hati ini. Airmata terus membasahi pipi. Begitu pilu sekali. Mungkin sudah lama tidak menjenguk mereka.

Hari ini, saya melawat mereka. Walaupun menemui beberapa orang anak mulia ini, namun melihat muka mereka saja sudah terasa nyaman di hati. Anak yatim kesayangan Rasulullah SAW.

Jika setiap orang Islam menghulurkan bantuan, sudah tentu mereka tidak sukar menjalani kehidupan.

Bagi yang ingin menderma kepada Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim & Miskin Sungai Pinang, Klang mereka bolehlah masukkan sumbangan ke akaun Bank Islam - akaun no: 12010010054493. Hubungilah mereka di nombor talian : 03-3341 0362 untuk memberikan sumbangan wang, pakaian atau apa saja yang diperlukan mereka.

Bukan jumlahnya tetapi ingatan terhadap mereka.

Jika anda ingin menyenaraikan rumah anak yatim lain, silakanlah.

Sunday, May 6, 2007

IDEATIGER : WALIKOTA BAB 2

Fatimah redha dengan ketentuan Allah. Sakit tulang belakang suami memerlukan pembedahan. Ikutilah Bab 2 dalam [ ideatiger ] untuk mengetahui apa yang dilalui oleh Fatimah. Selamat membaca.

HUJAN

Pagi ini, hujan di Putra Heights. Amat menyegarkan selepas semalaman panas. Penghawa dingin di rumah buat hal. Perrrgggh. Yang peliknya ia selalu berlaku ketika diperlukan. Nasib baik ada dua kipas. Sangat membantu.

Sebut pasal hujan, dalam kewartawanan kita tidak digalakkan tulis - hujan turun. Ini kerana hujan pastinya akan turun. Logik. Ada ke hujan naik? Oleh itu, cukuplah setakat hujan. Inilah cara untuk menulis berita yang tepat dan padat.

Begitu juga tahun. Jika tulis 2007 sudah tentu angka itu ialah tahun. Maka tidak perlu lagi tulis - tahun 2007. Cukup 2007. Contoh - ....program itu dilaksanakan pada 2007.

Namun yang paling tidak begitu cerdik ialah apabila ada orang sebut - RM 20 RINGGIT. RM itulah simbol untuk ringgit. Jadi sebut sajalah 20 RINGGIT.

Dulu, ada wartawan tulis - anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa. Bolehlah tulis macam itu. Tapi macam bersuluh waktu sianglah. Namun, boleh tulis bagaimana ibu bapa mereka meninggal. Seperti - Asma menjadi yatim piatu apabila ibu bapa mereka terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.....

Itu pandangan saya, kalau salah tolong betulkan. Dr Awang Sariyan?

Dr Awang (kawan) pun pernah memberitahu - tidak salah menggunakan mereka-mereka. Ada orang berpendapat mereka itu ramai. Maka tidak payah tulis mereka-mereka. Namun, Dr Awang pernah kata boleh diterima bagi memberikan penekanan. Contoh - mereka-mereka inilah yang selalu membantu saya. Mungkin dibolehkan dalam perbualan.

Berbalik kepada hujan. Saya suka lagu hujan oleh Sudirman. Di bawah ini diperturunkan senikata lagu itu.

Sudirman (Syed Haron Ahmad)

Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...


Tarik selimut ke atau berjogging dalam hujan?

Thursday, May 3, 2007

PERBUALAN 7: GRUMPY AND COUNSELLOR


One morning in PJ.

Iyra : Daddy..why are parents very grumpy in the morning?
Daddy : You tell me..
Iyra : I know. They dont have enough sleep.
Daddy : Only in the morning.
Iyra : Ya...
Daddy : You are saying about me
Iyra : Maybe...
Daddy : Wa..you are very observant.
Iyra : What is that?
Daddy : You observed things very carefully
Iyra : But..you are very nice daddy
Daddy : Why you said so?
Iyra : I got (have) a friend who has a stepfather...not so nice
Daddy : They tell you about their story.
Iyra : Ya..i am just like a counsellor daddy
Daddy : Alo..you go to school to study, not to be a counsellor la
Iyra : My friend trusts me daddy...they tell but remind me not to tell anybody
Daddy : But..you told me already
Iyra : Not everything...i have some more stories
Daddy : Maybe next time ya..
Iyra : Ok daddy..lets go.

SEDIAKAN KOMPUTER DAN INTERNET



Usaha yang dibuat oleh Telekom Malaysia untuk menyediakan komputer dan internet access di TM Point perlu dicontohi oleh semua pihak. Ini untuk menggalakkan lebih ramai rakyat melayari internet pada setiap masa. Ia juga menjadikan rakyat negara ini cinta IT dan bukannya terus berada di bawah tempurung kelapa.

Di luar pejabat atau rumah, saya akan menggunakan komputer dan internet yang disediakan di TM Point (jika ada berhampiran tempat lepak) untuk mendapatkan maklumat atau membaca blog. Kalau hendak memasukkan bahan ke dalam blog, saya terpaksa menggunakan kafe siber yang mengenakan bayaran RM3 sejam. (Kalau lama dan selalu, lama-lama boleh pokai).

Saya mengesyorkan agar semua tempat terutama restoran makanan segera menyediakan beberapa komputer dan internet access untuk membolehkan pelanggan mereka melayari internet. Seperti TM Point, mereka boleh mengehadkan waktu penggunaan iaitu hanya 15 minit untuk membolehkan semua orang dapat menggunakan perkhidmatan itu.

Umpamanya di Restoran A @ W di Petaling Jaya, saya dapati ada banyak ruang yang boleh ditempatkan komputer dan internet untuk dilayari pelanggan. Hari ini, saya dapati ada pelanggan yang lepak dari pagi hingga tengahari. Saya pun lepak di situ bagi membolehkan saya memerhatikan gelagat orang lain. Penyediaan komputer dan internet ini secara tidak langsung akan menarik lebih ramai pelanggan.

Dalam pada itu, syarikat telekomunikasi boleh memberikan kadar sewa yang berpatutan kepada pihak yang menyediakan komputer dan internet di premis mereka. Kerajaan juga boleh memberikan pengecualian cukai kepada pihak yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

Tolonglah sediakan perkara ini bagi mengelakkan generasi akan datang daripada ketinggalan zaman dan terus berada dalam tempurung kelapa. Biarlah "orang lama" tak tahu menggunakan komputer atau internet tetapi pastikan generasi sekarang mengetahui dan mencintai kecanggihan teknologi maklumat itu.

Telekom Malaysia pun boleh membiayai dan menaja tempat komputer dan internet itu. Bagaimana Datuk Wahid? Boleh tak?

(pix : source - http://news.bbc.co.uk)

Wednesday, May 2, 2007

HIKAYAT JINNAH BROK (18)

Air mata darah pun tidak berguna lagi. Meraung sekuat hati juga tidak mendatangkan hasil. Kelalaian membuat Jinnah kehilangan Jibam. Anak Jinnah sudah hilang. Mereka berdua sedang tidur kekenyangan dalam lori sampah yang rosak di tepi bukit. Apabila lori itu mula bergerak Jinnah bingkas dan keluar daripada lori itu. Tetapi anaknya tertinggal di dalam lori. Tidak sedar. Jinnah cuba mengejar lori berkenaan tetapi apakan daya beruk untuk melawan jentera buatan manusia. Lori pergi membawa Jibam.

Airmataku hampir menitis. Mengenangkan nasib Jinnah, ibu tunggal yang kehilangan anak. Aku cuba mententeramkannya. Tetapi dia terus menangis dan meraung. Beberapa ekor kawannya seperti Ekson cuba memujuk. Tidak berjaya. Jinnah menangis sejak pagi tadi. Selepas Jibam dibawa lori. Mata Jinnah semakin membengkak. Aku menasihatkannya supaya berhenti menangis kerana ia boleh membawa padah. Ini yang terjadi kepada Jibong yang buta mata selepas menangis selama sebulan akibat kematian isteri.

Kejadian lori sampah rosak di kaki bukit bukan pertama kali berlaku. Bulan lalu, ada sebuah lori sampah biru yang rosak. Kenyang beruk di Bukit Putra menikmati banyak rezeki dalam lori itu. Ada pelbagai makanan yang dibuang oleh manusia yang tinggal di Putra Hait. Malah ada buah-buahan yang masih baik seperti epal dan buah limau. Ketika itu, manusia menyambut Tahun Baru Cina. Mungkin menerima banyak buah-buahan. Mereka tidak larat makan dan membuangnya apabila ada yang busuk sedikit. Semalaman, lori sampah itu tersadai di kaki bukit. Hanya keesokan harinya baru lori itu diperbetulkan.

Jinnah sudah berhenti menangis. Beliau tertidur kerana keletihan. Satu hari suntuk, tidak makan. Hanya menangis tersedu-sedu. Hilang anak, tentulah sedih. Jinnah tidur beralaskan peha Ekson. Aku beri isyarat kepada Ekson supaya meletakkan sesuatu untuk menjadi alas kepala Jinnah. Ekson menggeleng kepalanya. Baginya, tidak apa dia berbuat demikian. Beliau sanggup menanggung kepala kawannya. Malam ini, Jinnah sudah tentu tidur di rumah Ekson. Beruk lain pun sudah mula beredar apabila Jinnah tertidur. Aku juga turut beransur pulang kerana matahari mula terbenam.

Aku sampai ke rumah keletihan. Inilah antara tugasku sebagai wakil beruk. Bukan mudah. Beruk hilang anak perlu juga diberi perhatian. Tambahan pula Jinnah itu ibu tunggal. Tiada siapa yang akan membantunya, jika tidak wakil beruk ini. Aku bersyukur dapat membantunya. Setidak-tidaknya mendengar masalah Jinnah. Setidak-tidaknya berada di sisinya ketika mereka susah. Bukan lari daripada tanggungjawab.

Ini bukan pertama kali aku membantu Jinnah. Pernah aku memberikan setandan pisang kerana kedua-dua beranak itu tidak ada apa untuk makan. Ini kerana Jinnah tidak dapat bergerak kerana terkena duri rotan di kakinya. Hampir seminggu Jinnah tidak boleh bergerak kemana-mana. Kedua-dua mereka hanya minum air hujan yang ditadah. Ketika itu, tidak siapa yang tahu. Aku hanya mengetahuinya secara kebetulan. Aku tahu kerana kebetulan lalu di bawah rumah mereka. Jibam ketika itu masih kecil hanya menangis kelaparan. Aku terus ke rumah mereka dan segera mendapatkan setandan pisang.

Beginilah nasib ibu tunggal. Mereka ini adalah antara kumpulan yang aku perjuangkan dalam kempen pemilihan lalu. Malah aku juga telah membuat satu senarai golongan beruk yang miskin dan tua. Mereka inilah kumpulan sasar yang aku ingin bantu. Bagiku, tidak seharusnya ada beruk di Bukit Putra mati kerana kelaparan. Mereka yang tidak berdaya perlu dibantu. Sikit sama sikit. Banyak dibahagi-bahagikan bersama. Istilah makan seekor perlu dihapuskan. Yang penting golongan miskin dan tua terbela.

Aku bernasib baik kerana dibantu oleh Gayah, anak dara tua Bukit Putra. Gayah membantu aku membuat senarai golongan miskin dan tua. Kemudian, kami mengumpul segala bahan makanan yang boleh diserahkan kepada kumpulan ini. Bagi yang menghadapi masalah kesihatan kerana tua atau terkena penyakit tertentu, kumpulan sukarela yang diketuai oleh Gayah segera mendapatkan bantuan tok dukun.

Aku amat menyanjungi Gayah yang sanggup berkorban apa saja.

Beliau tidak mahu berkahwin kerana katanya sibuk dengan kerja-kerja sukarela. Sifat beginilah yang amat terpuji. Beruk sebeginilah yang perlu diberikan anugerah. Gayah sanggup meredah hutan untuk membantu beruk-beruk yang menghadapi masalah. Namun, Gayah juga tidak terlepas daripada menjadi bahan bualan beruk yang berhati jahat. Mereka membuat pelbagai tuduhan terhadap Gayah, sedangkan dia seorang yang berhati mulia. Aku juga amat pelik dengan sikap beruk sebegini. Sudahlah tidak mahu menolong beruk lain, beruk yang buat baik pun dipandang serong. Dituduh macam-macam.

ADA RESTORAN BAGUS TAK?

Restoran atau tempat makan menjadi pilihan saya ialah:
1) Bersih dan ruang makan yang besar
2) Ada penghawa dingin atau kipas/ good decoration
3) Pekerja bersih, cepat dan bersopan
4) Makanannya sedap dan panas
5) Banyak pilihan lauk - masak asam pedas, masak lemak, kari ayam
6) Ada ikan/daging bakar dengan air asam
7) Ada pelbagai ulam - bagus untuk kesihatan
8) Ada pelbagai jenis sup/tomyam/ gear box
9) Ada dessert yang bagus seperti kuih-muih, bubur atau cekodok
10) Menyediakan mi atau bi hun goreng yang sedap
11) Waktu pagi ada lontong atau roti jala
12) Ada ayam goreng (jika bawa anak)
13) Menyediakan western food
14) Harga berpatutan dengan makanan

Restoran pilihan:
1) Restoran Azira (Shah Alam)
2) Puteri (Brickfields)
3) Big Plate (Sungai Buloh)
4) Strawberry Fields (Taipan, Subang Jaya)
5) Delicious (Bangsar Village - mahal sikit. Tolonglah jual murah sikit)
6) Laksa Shack (Bangsar Village)
7) Seri Melaka (PJ dan One Utama)
8) Thai Corner (PJ dan Taipan)
9) Little Penang (Mid Valley dan Curve)
10) Dome (BSC)
11) Ampang Yong Tau Fu (PJ)
12) Chilli's (BSC)
13) Victoria Station (Bangsar, PJ, Taipan)
14) Secret Recipe (kek sedap - tapi mahal sikit)
15) Restoran Muhibbah (TTDI)
16) Hatshuhana Jepun (BSC)
17) Cable Car (Jaya Cold Storage)
18) Melati Putih (Padang Besar, Perlis)
19) Thai Restoran (Sungai Buloh)
20) Ginger Restoran (Central Market)
21) Ada beberapa lagi restoran tomyam di Lembah Klang.
22) Restoran Mamak - bukan pilihan tetapi tempat lepak dan jumpa member
23) Beberapa restoran fast food, teppanyaki.

Food Court and Warong:
1) Tesco (Puchong - cendol pulut durian - kow punya)
2) Warong ikan bakar (belakang istana negara - panas sikit)
3) Warong di Kampung Baru terutama dekat Hotel KL International (warong ini menjadi pilihan kerana menyediakan pelbagai makanan Melayu, tapi keadaannya..... selalu bungkus je)
4) Warong Bukit Lanchong, Putra Heights
5) Warong Rojak (Lucky Garden)

Tuesday, May 1, 2007

TOLONG BERADAB DI RESTORAN

Jika ke restoran, saya selalu memastikan tidak duduk berdekatan dengan tempat membasuh tangan atau sinki. Banyak alasannya. Tetapi yang paling utama ialah mengelakkan melihat dan mendengar "kejadian yang tidak diingini". Ini kerana ada pengunjung restoran yang "tidak pergi ke sekolah adab sopan" dan bertindak semacam "budak cacat akal". Mereka ini ada otak tetapi baha dot dot dot. Yang hairannya mereka yang melakukannya adalah golongan berusia dan ada yang nampak macho.

Pertama "budak cacat akal" ini akan menghembuskan hidungnya untuk mengeluarkan segala benda dalam hidung mereka. Sudahlah tindakan itu amat menjijikkan ditambah pula dengan bunyi yang "amat dahsyat" sehingga pengunjung restoran lain terhenti seketika. Tidakkah tindakan "pembersihan" itu boleh dilakukan di rumah? Tidakkah pembersihan itu boleh dilakukan seratus kali di rumah tanpa menyakitkan hati orang?

Kedua, "budak cacat akal" ini akan mengeluarkan kahak mereka untuk membolehkan saluran tekak menjadi kosong dan "clear". Namun, tindakan mereka itu sudah tentu "mematikan" semangat orang lain untuk makan. Ketika saya muda dulu (sekarang muda lebih sikit) saya akan menjerit sekuat hati apabila ada "budak cacat akal" yang berbuat demikian. Macam rimau katakan. Tetapi sekarang hanya berdiam diri dan merenung tajam kepada mereka. Takut juga..orang gila menyerang kita.

Kedua-dua tindakan tidak senonoh itu dilakukan ke dalam sinki. Sudah pasti pengunjung restoran hanya memerhati saja tindakan "budak cacat akal" itu. Kalau ada yang berani pun, hanya berdiam diri saja apatah lagi "budak cacat akal" itu berbadan besar dan usaha menegurnya sudah pasti membawa padah.

Adalah dinasihatkan pemilik restoran membuat tanda larangan bagi mereka yang ingin melakukan dua perbuatan yang tidak senonoh itu. Bagi yang berani, tolong tegur sikit tindakan "budak cacat akal" itu agar dia tidak melakukannya lagi.

HIKAYAT JINNAH BROK (17)

Aku dan Tiban segera bergegas ke tempat kejadian. Ketika itu, banyak beruk lain sudah mengerumuninya. Ular sawa itu tidak bergerak. Ini kerana ia kekenyangan. Ular sawa itu menelan Mata Senget. Ramai yang menyaksikan kejadian itu. Tetapi mereka tidak dapat menolongnya. Ular sawa itu terlalu kuat hingga berjaya mematahkan tulang-tulang Mata Senget. Ditelannya perlahan-lahan. Ular sawa itu menelan kepala Mata Senget, diikuti badan dan kakinya. Beruk lain yang melihat hanya mampu mengalirkan air mata. Mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

Inilah ular sawa yang telah banyak membaham anak-anak beruk di Bukit Putra. Kejadian sebelum ini berlaku di waktu malam, tanpa disedari oleh ibu bapa. Setelah membahamnya, ular sawa itu terus hilang. Mengikut cerita ia terus ke gua di atas bukit dan hanya keluar mencari makan selepas perutnya kosong.

Kejadian kali ini berlaku di waktu siang. Mungkin ular sawa itu sudah terdesak. Kelaparan. Beberapa ekor beruk yang melihatnya tergamam dan lari lintang pukang. Mereka kembali melihat ular sawa itu menyerang Mata Senget yang tidur di pangkal pokok. Mata Senget keletihan selepas menyiapkan beberapa lukisan sempena menyambut Hari Beruk Sedunia yang diadakan di kawasan Tok G. Mata Senget tidak melawan kerana ular sawa itu terus membelitnya sehingga tidak boleh bernafas.

Apabila Tok G datang, dia mengarahkan Rambut Panjang memotong perut ular sawa itu. Maka terkeluarlah mayat Mata Senget dipenuhi dengan lendir perut ular sawa itu. Malah mata mangsa terbuka luas. Tok G mengarahkan mayat Mata Senget diturunkan ke gaung berdekatan dengan lebuhraya buatan manusia. Ramai yang mengalirkan air mata melihat mayat Mata Senget. Bukit Putra kehilangan seekor beruk yang kreatif. Beruk yang banyak idea terbaik. Pandai membuat lukisan dan hasil kraftangan.

Kepandaian Mata Senget ini bermula apabila ia memperolehi beberapa buah buku lukisan dan kraftangan yang ditemui di bawah bukit. Buku-buku itu mungkin terjatuh daripada manusia yang menunggang motorsikal. Sejak penemuan buku itu, Mata Senget melihat gambar dan mula mencubanya. Lama-kelamaan Mata Senget menjadi pandai. Seterusnya, Mata Senget mengajar ramai beruk di Bukit Putra dengan teknik membuat kraftangan yang baik. Banyak bahan-bahan terbuang seperti rotan dan daun kering di Bukit Putra digunakan untuk membuat bakul dan penghias di pokok.

Mata Senget juga mengajar beruk melukis potrait. Mata Senget banyak melukis potrait beruk-beruk di Bukit Putra. Bagi beruk yang tidak disukainya, dibuatlah lukisan yang amat hodoh dan melucukan. Ada beruk yang dibuat mempunyai muka manusia yang hodoh. Ada beruk yang menyerupai muka ular sawa. Mungkin kali ini, Mata Senget terkena kenan ular sawa itu.

Ramai anak murid Mata Senget menangis dan meraung ketika mayat Mata Senget diturunkan secara perlahan-lahan ke dalam gaung. Mereka begitu hiba dengan perpisahan berkenaan. Hanya tuhan saja yang tahu isi hati mereka. Ada anak murid yang melemparkan lukisan dan kraftangan yang dihasilkan ke dalam gaung ketika mayat Mata Senget diturunkan. Ini sebagai tanda penghargaan dan penghormatan.

Malam itu, ramai yang berkumpul di rumah Tok G untuk mengenang kembali jasa-jasa Mata Senget.

Pemergiannya itu amat menyedihkan. Namun, Bukit Putra perlu mencari seorang guru lukisan dan kraftangan untuk mendidik anak-anak beruk. Tok G meminta anak murid terkanan Mata Senget, Sayur untuk memulakan kelas lukisan dan kraftangan. Ini penting untuk memastikan beruk-beruk di Bukit Putra terus mempunyai pakar dalam bidang lukisan dan kraftangan. Ini penting untuk menanam sifat-sifat kesenian dalam diri beruk pada tahun-tahun mendatang.