Sunday, May 6, 2007

HUJAN

Pagi ini, hujan di Putra Heights. Amat menyegarkan selepas semalaman panas. Penghawa dingin di rumah buat hal. Perrrgggh. Yang peliknya ia selalu berlaku ketika diperlukan. Nasib baik ada dua kipas. Sangat membantu.

Sebut pasal hujan, dalam kewartawanan kita tidak digalakkan tulis - hujan turun. Ini kerana hujan pastinya akan turun. Logik. Ada ke hujan naik? Oleh itu, cukuplah setakat hujan. Inilah cara untuk menulis berita yang tepat dan padat.

Begitu juga tahun. Jika tulis 2007 sudah tentu angka itu ialah tahun. Maka tidak perlu lagi tulis - tahun 2007. Cukup 2007. Contoh - ....program itu dilaksanakan pada 2007.

Namun yang paling tidak begitu cerdik ialah apabila ada orang sebut - RM 20 RINGGIT. RM itulah simbol untuk ringgit. Jadi sebut sajalah 20 RINGGIT.

Dulu, ada wartawan tulis - anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa. Bolehlah tulis macam itu. Tapi macam bersuluh waktu sianglah. Namun, boleh tulis bagaimana ibu bapa mereka meninggal. Seperti - Asma menjadi yatim piatu apabila ibu bapa mereka terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.....

Itu pandangan saya, kalau salah tolong betulkan. Dr Awang Sariyan?

Dr Awang (kawan) pun pernah memberitahu - tidak salah menggunakan mereka-mereka. Ada orang berpendapat mereka itu ramai. Maka tidak payah tulis mereka-mereka. Namun, Dr Awang pernah kata boleh diterima bagi memberikan penekanan. Contoh - mereka-mereka inilah yang selalu membantu saya. Mungkin dibolehkan dalam perbualan.

Berbalik kepada hujan. Saya suka lagu hujan oleh Sudirman. Di bawah ini diperturunkan senikata lagu itu.

Sudirman (Syed Haron Ahmad)

Hujan

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...


Tarik selimut ke atau berjogging dalam hujan?

15 comments:

Anonymous said...

Salam Datuk, baru petang semalam saya beli Sudirman 24 Greatest Hits.Memang 'Hujan' ni one of the fav songs.bila dengar lagu ni teringat zaman sekolah dan selalu duduk kat rumah kampung tengok hujan turun & dengar nyayian air hujan bila kena atap zink d rumah.Love the smell after raining.Still remember very vividly the smell.It brings back the memory in kampung.

ibrahim yahaya said...

Sdr Azad,

Salam kembali.

Wah, tak sangka minat Sudirman..dan juga hujan. Kita ni memang boleh klik. Saya juga suka melihat hujan hingga sekarang. Kalau lepak kat Restoran Syed atau Mahbub, apabila hujan, sungguh menarik jika duduk lepak kat koridor kedai...tengok hujan. Suasana sejuk dan nyaman.

Satu lagi, kalau hujan, maka teringat ketika kecil-kecil dulu menunggu durian gugur. Kalau hujan, banyaklah durian gugur. Perrrgggh amat mengasyikkan.

Unknown said...

Salam
Baru tahu enta sudah bergelar datuk, mabruk dan semuga terus menulis.
Kat sini jarang hujan, kalau hujan selalu terus banjir sebab tiada longkang.

Fudzail
kerjadubai.blogspot.com

Anonymous said...

Datuk, duduk di Restoran Mahbub semasa hujan sungguh menyakitkan...apabila tercium aroma hanyir bau air hujan yang sebati dengan bom-bom yang digugurkan oleh burung gagak di situ hehee.

Semasa kecil dulu, bila hujan lebat (minus petir dan kilat) saya masih ingat berguling-guling di padang bola macam wayang hindustan (MAKA JADILAH SAYA ANAK GADIS YANG LASAK DAN MASIH LASAK SEKARANG TANPA PERLU TERJUN DI KUTUB UTARA). Tak demam pulak. Mungkin air hujan dulu memang bersih. Sayangnya anak-anak tak dapat menikmati itu semua. Sekarang ni kalau hujan lebat, hanya dapat mengimbasi nostalgia masa lalu , terutama apabila diiringi lagu HUJAN.

Fauziah Ismail said...

Salam Tiger
Hujan kat kampung dengan hujan di bandar adalah dua pengalaman yang berbeza.
Somehow, it "feels" and "smells" fresher in the kampung compared to the city. After the rain in the city, you can "feel" the humidity somewhat.
Teringat berjalan dalam hujan semasa balik dari sekolah bertahun-tahun yang lepas. Sekarang boleh reminisce saja, nak repeat performance (berjalan dalam hujan semasa balik dari kerja lah pulak) ... silap haribulan, a visit to the doctor nampaknya.
Have a good week.

ibrahim yahaya said...

Sd Fudzail,

Kalau dah banjir, jangan main hujan, nanti lain cerita.

Berapa tahun lagi kamu akan berada di sana?

ibrahim yahaya said...

Sdr RN,

Betullah tu, kalau di Mahbub, bila hujan, kena cium aroma bom tu dulu. Tapi kalau hujan lebat maka isu bau aroma bom itu tidak lama. Di Syed, ok. Sdr akan nampak air hujan begitu indah, terutama waktu petang.

Sekarang ni, jangan mandi hujan terutama yang ada asma. Hujan boleh menyebabkan kita demam.

Mengenai terjun di Khutub Utara ini, bolehlah baca Analisis Malaysia mengenai penjual kereta terpakai. Baca artikel di http://analisismalaysia.blogspot.com.

ibrahim yahaya said...

Sdr Fauziah,

Salam kembali.

Hujan di kota ni, boleh tengok je. Jangan kena hujan. Pasti kena jumpa doktor.

Unknown said...

Salam En Tiger,
Dulu masa saya praktikal di magazine dept. saya penah tunjukkan skrip yang saya buat utk program MHI kepada En. Saadullah. En Saad pernah mengajar utk subjek BJ.

Ingat lagi dengan bangganya saya tunjukkan skrip tu...hehe, ayat lebih kurang seperti contoh yang En Tiger berikan ini.."anak yatim piatu yang kehilangan ibu bapa".

Noraaaaa...itulah laungan En. Saad. Sehingga ke hari ni, tak leh lupaaaaa...

Hahahaha, gelak sendiri.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nora,

Saya bagi contoh saja. Bukanlah kamu. Nora pelajar cemerlang kan?

Editor selalunya tidak marah tetapi menegur agar kesilapan tidak diulangi.

Bercerita mengenai kesilapan, adakalanya semua buat silap.

Mula-mula wartawan buat silap. Diikuti oleh Newseditor. Editor Eksekutif tidak nampak kesilapan. Penyunting turut membiarkan kesilapan itu disiarkan.

Maka kesalahan terpampang di dada akhbar. Saya namakan hari itu sebagai HARI BUTA SEDUNIA.

Unknown said...

Salam En Tiger,

Begitulah...itu contoh yang sering berlaku. En Tiger, ada ketikanya saya tidak sedar kesalahan itu...walaupun berkali-kali saya baca..

Namun, saya belajar dari kesilapan. Kita tak boleh berterusan melakukan kesilapan, kan!

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini saya masih belajar dan terus belajar.


Hari Buta Sedunia...:-)

Anonymous said...

Hujan ? teringat ketika bertahun-tahun lalu (macam Fauziah Ismail juga) ketika basikal masih menjadi pengangkutan utama ke hulu ke hilir. Pada satu hari itu, ketika hujan, cepat-cepat terpaksa berkayuh ke tempat perteduhan terdekat ... sebatang pokok (entah pokok apa) bersebelahan sebuah restoran Cina. Bertenggeklah di atas basikal itu selama sejam sambil tercium aroma laksa Penang dari kedai Cina itu. Dek kerana terlalu lamanya berteduh di situ, ingatan ini kekal hingga sekarang. Boleh terbayang apabila memandang ke bumi, nampak air hujan berlari mengalir laju dan hidung pula ditusuk bau laksa Penang. Ye .. ini berlaku bertahun-tahun yang lalu ...

ibrahim yahaya said...

Sdr Abat,

Ketika hujan, perut pasti lapar. Apatah lagi terbau aroma laksa Penang. Bila hujan berhenti, pi pekena ka laksa tu?

nadia said...

Salam En Tiger.

Nak tanya. Adakah penggunaan 'mereka-mereka...' seperti yang selalu diucapkan oleh pengacara TV tu betul atau sebaliknya?

Ada juga pembaca berita yang menyebut perkataan 'terperinci' dengan sebutan 'ter-per-in-ci'.
Betul ke sebutan nie?

Pada saudari Nora,
Saya juga pernah menjalani latihan praktikal di MHI. Boleh kongsi pengalaman?

ibrahim yahaya said...

Sdr Nadya,

Salam kembali.

Bagi penggunaan "mereka-mereka" untuk memberi penekanan kepada sesuatu kumpulan, mengikut Dr Awang Sariyan, ia dibolehkan. Perlu juga disambungkan dengan perkataan INILAH untuk penekanan kumpulan itu. Contoh "Mereka-mereka INILAH yang selalu membuat kacau di kawasan ini."

Jika untuk menunjukkan ramai atau "plural" cukup menggunakan mereka saja. Contoh "Mereka mewakili pembeli rumah...."

Bagi saya, sebutannya ialah ter-perinci. Namun, perlu mendapat pandangan daripada pakar sebutan.