Saturday, May 26, 2007

HIKAYAT JINNAH BROK (21)

Bunga dan Enas semakin membesar. Aku gembira melihat mereka hidup gembira dengan bimbinganku. Kedua-dua mereka kini menjadi penolong dan penyokong kuatku. Namun, sehingga kini aku tidak tahu siapakah pilihan hati mereka. Beberapa kali aku ternampak Kubang memberikan perhatian dan renungan tajam kepada mereka. Aku fikir Kubang lebih berminat kepada Bunga. Itu pilihan mereka. Beruk mana yang datang dan sesuai, aku terima. Asalkan mereka bahagia. Asalkan mereka tidak membuat kerja yang tidak senonoh.

Semalam, ada empat ekor babi datang menemuiku. Mereka tidak berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh masyarakat beruk terhadap mereka. Bansiong, Bahuduh, Batioh dan Cipuaka membuat pelbagai tuduhan mengenai ketidakadilan beruk. Menurut mereka, masyarakat beruk tidak mahu berkongsi kekayaan alam yang ada di Bukit Putra. Mereka menuduh masyarakat beruk ingin membolot semua kemewahan termasuk yang di atas tanah dan di pangkal pokok. Oleh itu, kini mereka sentiasa kelaparan dan jatuh sakit.

Hendak tergelak pun ada mengenangkan dakwaan terhadap kesan yang mereka lalui. Apakah bentuk badan mereka yang gemuk dan memboyot selari dengan dakwaan bahawa mereka tidak cukup makan. Mereka sentiasa kelaparan. Bansiong membuat pelbagai tuduhan bahawa masyarakat beruk selalu masuk ke kawasan mereka. Masyarakat beruk sering memusnahkan hasil tanaman mereka. Babi betul mereka tu. Apa yang mereka maksudkan tanaman mereka sedangkan hasil mahsul Bukit Putra itu milik semua. Namun, sebagai babi sudah tentulah mereka akan berperangai seperti babi juga. Itulah perangai Bansiong sejak dari dulu lagi. Tidak pernah puashati dengan masyarakat beruk.

Baru-baru ini Cipuaka menuduh perwakilan beruk sering memberi muka kepada masyarakat beruk. Baginya, beruk-beruk tidak seharusnya diberikan keistimewaan di Bukit Putra. Beruk memperolehi segala bantuan yang diperlukan termasuk mendapat kawasan buah-buahan yang banyak. Mendapat kawasan tadahan air yang besar. Beruk juga dikatakan mendapat tugasan dan sering diberikan habuan berupa makanan yang enak dan bermutu. Ini, menurut babi itu, gara-gara pemerintahan aku yang tidak adil. Babi betul mereka ini. Sudahlah babi, tentulah perangaipun macam babi juga. Tidak pernah puas dan suka menyondol di semua tempat. Suka merampas hak orang lain.

Sebagai ketua perwakilan beruk, aku terpaksa menjelaskan kepada empat ekor babi itu bahawa masyarakat beruk sentiasa berlaku adil kepada semua haiwan di Bukit Putra. Masyarakat beruk hanya mengambil hak mereka saja dan sanggup berkongsi dengan binatang lain terutama dari segi makanan. Ini penting kerana menerusi perkongsian pintar ini, semua pihak akan dapat menikmati kemewahan hasil mahsul di bukit yang disayangi itu. Tiada alasan untuk mengetepikan mana-mana pihak. Tiada sebab untuk merompak dan mengambil hak orang lain. Malah masyarakat beruk sejak sekian lamanya telah berusaha untuk menggembirakan haiwan lain demi perpaduan penghuni bukit. Mereka tidak perlu sangsi dan prasangka. Aku akan memberikan perkhidmatan terbaik.

Ketika lawatan itu, aku terpaksa menyediakan makanan untuk keempat-empat babi itu. Makanan untuk seminggu yang aku simpan terpaksa dikeluarkan untuk mengenyangkan mereka. Gelojoh betul apabila melihat keempat-empat babi itu makan. Babi katakan. Adakalanya Batioh yang tempang kakinya bergaduh dengan Cipuaka untuk merebut pisang embun yang diberikan. Bunga dan Enas yang membawa makanan itu turut menahan perasaan hendak ketawa mereka ketika melihat gelagat keempat-empat haiwan yang gelojoh itu.

Setelah kenyang dan belahak beberapa kali, keempat-empat babi itu berlalu. Namun, mereka terus menyatakan rasa tidak puas hati dengan keadaan sekarang. Mereka berjanji untuk datang semula jika masalah itu tidak diselesaikan. Bagaimanapun, mereka menyokong pemerintahanku dan berjanji terus memberi sokongan.

Perangai gelojoh babi itu mengingatkan aku kepada perangai Tawar dan Badan Bertompok yang ketika ini mencaci dan mencerca aku dan keluarga. Golongan yang tidak mengenang budi. Kedua-dua mereka yang aku tatang seperti minyak kini bertukar wajah dengan menentangku. Malah Tawar yang pernah menjadi orang kuatku kini membuat pelbagai tuduhan termasuklah mengatakan aku akan berkahwin dengan anak dara beruk lain. Badan Bertompok juga membuat fitnah bahawa aku mengamalkan makan suap dan juga memberikan banyak habuan kepada keluargaku. Semoga alam akan menghukum tindak tanduk mereka.

Friday, May 25, 2007

ADAKAH GRADUAN MELAYU LEMAH?

Kenyataan seorang penyokong kuat DAP bahawa kerajaan melambakkan graduan Melayu dalam sektor awam adalah satu usaha parti perkauman itu untuk memburukkan bangsa Melayu, terutama graduan Melayu.

Dengan nada angkuh dan sombongnya, beliau tidak mahu meminta maaf dengan kenyataannya itu (walaupun [ Pemuda UMNO ] memintanya berbuat demikian) membuktikan bahawa penyokong berkenaan seolah-olah berasa megah dengan kaumnya yang banyak bekerja di sektor swasta dan tidak mengharapkan untuk berkhidmat dengan sektor kerajaan. Tidak hairanlah bilangan yang menganggotai tentera dan polis amat kecil sekali.

Mungkin anggapan itu senada dengan pandangan sesetengah pihak bahawa kaum Cina yang menyertai kerajaan adalah golongan yang tidak boleh atau kurang berupaya untuk mencari makan sendiri (berniaga) atau menyertai sektor swasta. Dalam ertikata lain, orang Cina yang bekerja dengan kerajaan itu adalah golongan yang paling bawah atau kurang berupaya.

Apakah kenyataan dan anggapan seumpama itu betul atau sebaliknya? Hanya pemimpin kaum Cina saja yang boleh menjawab perkara ini.

Wednesday, May 23, 2007

Tuesday, May 22, 2007

SIAPA KUAT: PENIAGA ATAU PENGGUNA?


(Gambar Hiasan. Ke jalan manakah pejuang pengguna ingin membawa pengguna? Utara? Selatan? Timur? Barat?)

Apabila memperkatakan kenaikan harga barang secara melampau, seolah-olah ketika ini tidak ada cara untuk menghalang tindakan sesetengah pengilang, pengedar dan peniaga yang tamak dan rakus. Pengguna seolah-oleh seperti "ayam lembik tanpa kepala" yang mengikut telunjuk peniaga. Peniaga pula mengambil kesempatan kelemahan pengguna dengan menaikkan harga sesuka hati mereka untuk meraih keuntungan besar.

Pengguna lembik itu kemudiannya menuding jari kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna. Yang selalu kena bantai dan terpaksa menjawab kenaikan harga barang-barang ini ialah YB Datuk Shapie Afdal yang mengepalai KPDNHEP. Dalam keadaan sebegini, beliau terpaksa bersungguh-sungguh turun padang untuk membanteras kegiatan sesetengah pengilang, pengedar dan peniaga yang tamak dan rakus itu. Ada antaranya tidak takut dengan peraturan sedia ada. Mereka berlagak seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang mereka.

Tidakkah ada cara lain untuk mengajar golongan yang tamak dan rakus ini? Tidak bolehkah pengguna memulaukan golongan yang tamak ini dengan tidak pergi ke kedai mereka ataupun mencari alternatif lain. Ada pihak yang menaikkan roti canai sebanyak 15 sen sedangkan kenaikan harga tepung hanya menyebabkan harga roti canai bertambah dua sen saja. Apakah kita akan membiarkan peniaga menaikkan harga sesuka hati? Apakah pengguna akan terus jadi "budak benggong" yang terus membeli dan makan roti canai walaupun mengetahui peniaga bertindak melampau?

Suatu ketika dulu, masyarakat memulau peniaga yang melampau kerana mengikut perjuangan berani gerakan politik seperti Pemuda UMNO atau NGO yang berjuang untuk kepentingan pengguna. Namun, sekarang nasib pengguna seolah-olah terbiar dan terus merana tanpa penghujungnya. Dimanakah pejuang-pejuang pengguna ini? Apakah pejuang-pejuang ini kini sudah menyertai barisan pengilang, pengedar atau peniaga?

Monday, May 21, 2007

HYDROFUEL - LAMBANG KEUNGGULAN MELAYU (1)



Minggu lalu saya dipelawa oleh Dr Halim Ali untuk melihat kilangnya di Sungai Emas, Banting. Beliau menyewa dua blok bangunan untuk menempatkan kilangnya yang akan mengeluarkan pelbagai barangan untuk kenderaan termasuk HYDROFUEL.

Walaupun kilangnya masih belum beroperasi dan sedang diperkemaskan termasuk memasukkan mesin untuk mengeluarkan pelbagai barangan, saya yakin ia adalah lambang kejayaan usahawan Melayu yang tidak memerlukan "tongkat" daripada kerajaan.

Menurut Dr Halim, kemunculan HYDROFUEL adalah manifestasi keunggulan bangsa Melayu untuk menerokai bidang perniagaan berteknologi tinggi dengan usaha sendiri tanpa perlu menunggu bantuan kerajaan. Ini dibuktikan dengan penggunaan wang sendiri untuk menjalankan pelbagai penyelidikan bagi menghasilkan HYDROFUEL di samping perbelanjaan mengadakan kilang dan pembelian mesin berteknologi tinggi.

Saya akan memaparkan kejayaan HYDROFUEL dalam blog ini pada masa akan datang.

Sunday, May 20, 2007

RAJA PUAN BESAR



RAJA PUAN BESAR TUANKU ZARA SALIM

Saturday, May 19, 2007

KESIHATAN HISHAM SEMAKIN BAIK


(Datuk Hishamuddin Aun dan Datin Linda)

Kesihatan Sdr Hisham semakin baik.

Menurut Datin Linda, doktor kini menasihatkan beliau supaya berehat dan tidak menerima pelawat.

Rakan-rakan budiman perlu memahami keadaan ini dan biarlah Sdr Hisham berehat. Marilah kita berdoa agar Sdr Hisham sembuh seperti sediakala.

TUTUP DENGAN ZINK JIKA ADA KEMALANGAN

Setiap kali ada kemalangan di lebuhraya pasti menimbulkan kesesakan lalulintas. Tidak kira kemalangan itu kecil atau besar, lebuhraya tidak semena-mena menjadi sesak dan haru biru. Ini yang berlaku di NKVE petang semalam.

Kesesakan berlaku kerana kenderaan yang terbabit dalam kemalangan menghalang pengguna lebuhraya lain.

Namun yang amat "menyakitkan hati" ialah kesesakan itu berlaku disebabkan pengguna lebuhraya ingin melihat kemalangan itu. Ia diperburukkan dengan ada pengguna lebuhraya ingin melihat apa yang diperhatikan oleh pengguna lebuhraya lain.

Pertama, saya mencadangkan agar apabila berlaku kemalangan, pengendali lebuhraya perlu mengepung kenderaan yang terbabit supaya pengguna lebuhraya tidak dapat melihat apa yang berlaku. Mereka boleh mengepungnya dengan menggunakan zink merah. Barulah pengguna lebuhraya tidak memperlahankan kenderaan mereka semata-mata untuk menyaksikan apa yang berlaku. Dalam ertikata lain mereka tidak tahu apa yang berlaku di belakang zink merah itu. Kadangkala, orang tukar tayar kenderaan di tepi jalanpun boleh menyebabkan kesesakan. Pengepungan menggunakan zink itu adalah seperti peraturan mendirikan "dinding" apabila sesuatu projek perumahan ingin dilaksanakan.

Kedua ialah sesiapa yang menyebabkan kemalangan di lebuhraya perlu dikenakan denda yang tinggi kerana menyebabkan kesesakan lalulintas. Kelalaian mereka memandulah menyebabkan kesusahan kepada pengguna lebuhraya lain.

Ketiga, apabila berlaku kemalangan di tengah jalan, cepat-cepatlah bertindak mengalihkan kenderaan yang terbabit. Janganlah mengambil masa berjam-jam. Perrrgggh.

Thursday, May 17, 2007

HIKAYAT JINNAH BROK (20)

Aku dipanggil oleh Tok G ke rumahnya. Segera bingkas dan terus pergi bersama anaknya, Bunga. Dalam hatiku tertanya-tanya apakah yang menyebabkan Tok G memanggilku. Apa hajatnya? Apa yang ingin diperkatakan? Apa yang telah berlaku sehingga beliau tergesa-gesa memanggilku? Pelbagai perkara di kepalaku.

Mengapa Tok panggil aku? tanyaku kepada Bunga. Tak tahu. Tiba-tiba dia panggil saya dan suruh panggil tuan. Jawab Bunga ringkas dan melemparkan senyum kepadaku. Aku memang ada hati dengan Bunga tetapi malu untuk menyatakannya. Apatah lagi anak Tok G, ketua perwakilan beruk di Bukit Putra. Ada dua ekor beruk betina yang aku teringin untuk dijadikan teman hidup, Bunga dan Ijok. Tapi aku bukan berani sangat. Takut ditolak oleh kedua-dua gadis itu. Meranalah aku. Tapi yang lebih teruk di mana aku hendak letak muka beruk ni. Ah..tak apalah, tapi apa yang Tok G hendakkan ni? berlegar-legar aku memikirkannya menjelang sampai ke rumah Tok G.

Ha...naiklah, kata Tok G menjemputku. Bunga terus berlalu. Sekali lagi melemparkan senyumannya. Aduh betapa manisnya senyuman Bunga. Naiklah..Tok G meninggikan suara. Terasa malu pula diriku. Mungkin Tok G memerhatiku tadi. Tok G tentu perasan aku membalas senyuman anaknya tadi. Ya..Tok, saya naiklah ni.

Terkejut aku melihat emas yang begitu banyak. Satu kotak. Masih bersinar-sinar. Menurut Tok G, emas itu dijumpai oleh Halimunan dan adiknya, Halimun serta Kelibut di tepi gua dekat dengan menara telekomunikasi. Mereka mengangkat kotak emas itu ke rumah Tok G. Darimana datangnya emas ni Tok G? tanyaku. Tak tahulah, mungkin harta karun, jawab Tok G.

Aku balik selepas Tok G memutuskan untuk menyimpan emas itu dirumahnya. Menurut Tok G, dia akan meminta bantuan Jinnah untuk memberitahu Sirimau mengenai penemuan itu. Mungkin Sirimau akan dapat membantu memberikan emas itu kepada tuannya, Tok Yem. Sebagai balasan Tok G mahu Sirimau memberitahu Tok Yem bahawa beruk-beruk di Bukit Putra memerlukan makanan yang baik untuk simpanan. Kelibut, Halimunan dan adiknya diberikan setandan pisang kerana menghargai kejujuran mereka.

Dalam perjalanan itu, aku teringat mengenai Halimunan yang sangat dihormati oleh beruk-beruk di Bukit Putra. Beliau bukan saja hebat dari segi paras rupa tetapi juga amat bijak. Malah beliau ini diibaratkan sebagai saintis agung di Bukit Putra. Halimunan berjaya menggunakan belerang untuk menakutkan anjing liar yang menyerang beruk Bukit Putra satu ketika dulu. Halimunan adalah hero beruk.

Halimunan juga berjaya mengajar beruk-beruk di Bukit Putra mengenai pelbagai perkara baru seperti meletakkan plastik di pokok untuk melindungi mereka daripada panas dan hujan. Idea itu diperolehi dengan membaca buku-buku yang dibuang di bawah bukit. Buku itu dijumpai bersama Mata Senget yang mahir dalam kraftangan dan lukisan. Adik Halimunan juga pandai dalam bidang membabitkan teknologi ini kerana belajar daripada abangnya. Beliau juga mencadangkan beruk menggunakan kertas untuk duduk di tanah.

Begitu juga Kelibut yang kini amat disanjungi oleh beruk-beruk di Bukit Putra. Ini kerana ideanya yang canggih iaitu menyimpan air hujan dengan menggunakan batang buluh yang banyak terdapat di Bukit Putra. Mengikut Sirimau, manusia juga kini diarahkan menyimpan air hujan yang banyak di tempat mereka. Bangunan tertentu diminta menyediakan rekabentuk untuk menyimpan air hujan. Bagiku, perkara ini memang baik tetapi mengapa manusia begitu bodoh selama ini. Mengapa mereka tidak memikirkan perkara itu sebelum ini? Ada ketikanya, kawasan manusia kering-kontang dan tiada bekalan air, sedangkan hujan turun hampir setiap minggu. Nasib baiklah manusia semakin geliga sekarang. Mungkin masalah tiada air akan diatasi.

Apabila sampai di rumah Jinnah, aku terus memintanya memberitahu Sirimau untuk pergi ke rumah Tok G. Jinnah bersetuju berbuat demikian apabila menemui Sirimau nanti. Tapi dia tidak tahu bilakah Sirimau akan muncul. Mungkin esok atau lusa. Aku pun terus pulang ke rumah. Kerana keletihan, aku terus tidur.

GURU BAIK, ANAK MURID PUN BAIK (2)

SMS daripada anak murid.

1. Suhaimi Mohamad (SPM, RTM) 16 Mei 2007. (17:50:29 ):

"Pergi berburu di Tanjung Tuan, Dapat rusa boleh dimakan, Saya berguru kepada tuan, "Terima kasih TIGER" saya rakamkan."

2. Nora. 17 Mei 2007.(17:23:31):

"Encik Tiger, selamat hari guru. Terima kasih d atas ilmu yang dicurahkan."