Friday, May 25, 2007

ADAKAH GRADUAN MELAYU LEMAH?

Kenyataan seorang penyokong kuat DAP bahawa kerajaan melambakkan graduan Melayu dalam sektor awam adalah satu usaha parti perkauman itu untuk memburukkan bangsa Melayu, terutama graduan Melayu.

Dengan nada angkuh dan sombongnya, beliau tidak mahu meminta maaf dengan kenyataannya itu (walaupun [ Pemuda UMNO ] memintanya berbuat demikian) membuktikan bahawa penyokong berkenaan seolah-olah berasa megah dengan kaumnya yang banyak bekerja di sektor swasta dan tidak mengharapkan untuk berkhidmat dengan sektor kerajaan. Tidak hairanlah bilangan yang menganggotai tentera dan polis amat kecil sekali.

Mungkin anggapan itu senada dengan pandangan sesetengah pihak bahawa kaum Cina yang menyertai kerajaan adalah golongan yang tidak boleh atau kurang berupaya untuk mencari makan sendiri (berniaga) atau menyertai sektor swasta. Dalam ertikata lain, orang Cina yang bekerja dengan kerajaan itu adalah golongan yang paling bawah atau kurang berupaya.

Apakah kenyataan dan anggapan seumpama itu betul atau sebaliknya? Hanya pemimpin kaum Cina saja yang boleh menjawab perkara ini.

No comments: