Tuesday, May 22, 2007

SIAPA KUAT: PENIAGA ATAU PENGGUNA?


(Gambar Hiasan. Ke jalan manakah pejuang pengguna ingin membawa pengguna? Utara? Selatan? Timur? Barat?)

Apabila memperkatakan kenaikan harga barang secara melampau, seolah-olah ketika ini tidak ada cara untuk menghalang tindakan sesetengah pengilang, pengedar dan peniaga yang tamak dan rakus. Pengguna seolah-oleh seperti "ayam lembik tanpa kepala" yang mengikut telunjuk peniaga. Peniaga pula mengambil kesempatan kelemahan pengguna dengan menaikkan harga sesuka hati mereka untuk meraih keuntungan besar.

Pengguna lembik itu kemudiannya menuding jari kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna. Yang selalu kena bantai dan terpaksa menjawab kenaikan harga barang-barang ini ialah YB Datuk Shapie Afdal yang mengepalai KPDNHEP. Dalam keadaan sebegini, beliau terpaksa bersungguh-sungguh turun padang untuk membanteras kegiatan sesetengah pengilang, pengedar dan peniaga yang tamak dan rakus itu. Ada antaranya tidak takut dengan peraturan sedia ada. Mereka berlagak seolah-olah negara ini tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang mereka.

Tidakkah ada cara lain untuk mengajar golongan yang tamak dan rakus ini? Tidak bolehkah pengguna memulaukan golongan yang tamak ini dengan tidak pergi ke kedai mereka ataupun mencari alternatif lain. Ada pihak yang menaikkan roti canai sebanyak 15 sen sedangkan kenaikan harga tepung hanya menyebabkan harga roti canai bertambah dua sen saja. Apakah kita akan membiarkan peniaga menaikkan harga sesuka hati? Apakah pengguna akan terus jadi "budak benggong" yang terus membeli dan makan roti canai walaupun mengetahui peniaga bertindak melampau?

Suatu ketika dulu, masyarakat memulau peniaga yang melampau kerana mengikut perjuangan berani gerakan politik seperti Pemuda UMNO atau NGO yang berjuang untuk kepentingan pengguna. Namun, sekarang nasib pengguna seolah-olah terbiar dan terus merana tanpa penghujungnya. Dimanakah pejuang-pejuang pengguna ini? Apakah pejuang-pejuang ini kini sudah menyertai barisan pengilang, pengedar atau peniaga?

6 comments:

ahm said...

let's start by not going to mamak foodshop for a week. i've not gone to mamak since last saturday, what about your, sir.....

ibrahim yahaya said...

Sdr Ahm,

Why not for a start. But it must be a concerted effort. Every consumer must support this idea and walk the talk. Let us see what will happen.

Suara Perindu said...

Assalamualaikum Tiger,

Masih ingat saya lagi. Salah seorang anak buah tuan di Angkasapuri dulu. Saya kini merantau di Sarawak. Semoga tuan terus rajin berkarya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nordin,

Ah ha...terima kasih kerana melayari blog saya. Apa tak ingat pulak, suara saudara yang merdu tu sehingga menikam kalbu.

Selalu-selalulah layari blog ini dan bertukar-tukar pandangan dengan tugas saudara di sana. Nak tahu juga keluhan seorang perantau.

Kalau ada tulisan saudara yang ingin dipaparkan dalam blog ini bolehlah dihantar ke ariaci@streamyx.com atau datuktiger@yahoo.com

CheAyu said...

Di Malaysia ni, jawapannya peniagalah. Orang Malaysia, termasuk diri saya sendiri, mana mungkin melupakan apatah lagi memulaukan roti canai dan teh tarik semata-mata harganya naik lebih 10sen? Nak ke angkasalepas pun nak bawak teh tarik dan roti canai...

ibrahim yahaya said...

Sdr Ayu,

Saya sudah lama berhenti makan sekeping roti canai apatah roti telur. Kini hanya menjamah saja itupun kalau anak tidak boleh habis sekeping. Tetapi bukan selalu.

Alasannya ialah roti canai mempunyai banyak minyak. Ketika diuli sudah menggunakan minyak apatah lagi ketika ia digoreng.

Jadi kalau nak mengembang cepat, makanlah roti canai.