Saturday, May 19, 2007

TUTUP DENGAN ZINK JIKA ADA KEMALANGAN

Setiap kali ada kemalangan di lebuhraya pasti menimbulkan kesesakan lalulintas. Tidak kira kemalangan itu kecil atau besar, lebuhraya tidak semena-mena menjadi sesak dan haru biru. Ini yang berlaku di NKVE petang semalam.

Kesesakan berlaku kerana kenderaan yang terbabit dalam kemalangan menghalang pengguna lebuhraya lain.

Namun yang amat "menyakitkan hati" ialah kesesakan itu berlaku disebabkan pengguna lebuhraya ingin melihat kemalangan itu. Ia diperburukkan dengan ada pengguna lebuhraya ingin melihat apa yang diperhatikan oleh pengguna lebuhraya lain.

Pertama, saya mencadangkan agar apabila berlaku kemalangan, pengendali lebuhraya perlu mengepung kenderaan yang terbabit supaya pengguna lebuhraya tidak dapat melihat apa yang berlaku. Mereka boleh mengepungnya dengan menggunakan zink merah. Barulah pengguna lebuhraya tidak memperlahankan kenderaan mereka semata-mata untuk menyaksikan apa yang berlaku. Dalam ertikata lain mereka tidak tahu apa yang berlaku di belakang zink merah itu. Kadangkala, orang tukar tayar kenderaan di tepi jalanpun boleh menyebabkan kesesakan. Pengepungan menggunakan zink itu adalah seperti peraturan mendirikan "dinding" apabila sesuatu projek perumahan ingin dilaksanakan.

Kedua ialah sesiapa yang menyebabkan kemalangan di lebuhraya perlu dikenakan denda yang tinggi kerana menyebabkan kesesakan lalulintas. Kelalaian mereka memandulah menyebabkan kesusahan kepada pengguna lebuhraya lain.

Ketiga, apabila berlaku kemalangan di tengah jalan, cepat-cepatlah bertindak mengalihkan kenderaan yang terbabit. Janganlah mengambil masa berjam-jam. Perrrgggh.

3 comments:

azrul amila said...

stuju boss. ada skali tu, jln tun razak jem giler. Ingatkan eksiden, skali sampai depan, rupanya ada geng tgh potong rumput kat tgh divider. ceh... org mesia ni, mmg sukakan aksi, termasuklah skill memotong rumput gamaknya...

ahm said...

next they will slow down wondering for the hoarding..
pill dah makan ke...

ibrahim yahaya said...

Sdr Azrul,

Ada beberapa sebab rakyat Malaysia berhenti untuk melihat kemalangan. Namun yang paling utama ialah untuk melihat nombor kenderaan dan....terus ke kedai nombor ekor.

Sdr Ahm,

Kali pertama ditutup dengan zink merah mereka mungkin akan slow down. Tetapi apabila ia sudah menjadi kebiasaan, mereka akan terus memandu laju. Yakinlah.

Makan setiap hari bro. Untuk menjaga kesihatan dan memperbaiki perjalanan darah...Kalau ada kesan positif, bagusle...makan lagi ye.