Sebut Syalala, mungkin tidak ramai yang mengetahui nama itu. Tetapi di kalangan wartawan veteran terutama daripada Utusan Malaysia, panggilan itu amat popular. Syalala ialah Syahbudin Abdullah, wartawan veteran yang kini bertugas di RTM.
Syalala mula terkenal ketika beliau menjadi koresponden UM di Jakarta. Banyak bahan menarik di Indonesia yang dihantar sehingga berjaya membentuk kumpulan pembaca yang membaca "omong-omongan" dari Syahbudin. Ada cerita lucu dan tidak kurang juga cerita panas yang menghiburkan. Syalala juga ada peminat di Indonesia kerana pernah berlakon dalam filem dan drama televisyen. Yang menariknya, beliau pernah berlakon sebagai Duta Malaysia ke Indonesia. Perrrgggh.
Kini, Syalala muncul kembali. Ikutilah tulisan Sembang Syalala dalam [ DuniaBudin ]. Beliau mengikut jejak rakan-rakan lain di RTM seperti Saidee Driss dan Nordin Sulaiman. Blog mereka boleh diikuti dalam senarai pautan blog ini.
Thursday, July 12, 2007
Wednesday, July 11, 2007
WANSAB CARI PENGALAMAN BARU

(WanSab tersenyum simpul penuh bermakna)
Petang tadi menelefon WanSab yang sudah beralih angin ke TV9, setelah memberikan khidmat terbaik di majalah Jelita, terbitan Berita Publishing Sdn Bhd.
Beliau mahu mencuba sesuatu yang baru iaitu program bual bicara di media elektronik. Semangatnya membara untuk memastikan program bual bicara mengenai wanita itu mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Program itu yang dijadualkan di sebelah petang akan membincangkan pelbagai isu mengenai dunia wanita.
Kawan-kawan yang ada cadangan bernas bolehlah menelefon WanSab untuk memberikan buah fikiran. Baginya, semua cadangan dialu-alukan demi untuk memperbaiki program bual bicara berkenaan. Selamat menerokai alam baru dan Selamat maju jaya.
PRU12: RAMALAN TOK NUJUM (8)
Apakah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) akan menjadi isu pada PRU12? Soalan ini dikemukakan kepada teman saya dari Johor, Dr Gunawan dan beliau menjawab "tidak sama sekali". Bagi Dr Gunawan, seorang pengkaji sastera dan politik di negara ini, isu itu terpencil dan mungkin hanya dimainkan di Gelang Patah saja. Itupun jika isu itu belum reda dan difahami rakyat.
Ini menimbulkan tanda tanya kepada saya kerana WPI dimainkan secara meluas dalam media baru sehingga kini termasuk dalam blog wartawan veteran, AKJ dan Rocky, sekadar menyebut beberapa nama.
Malah isu ini menjadi bahan yang menarik untuk melepaskan geram dan melontarkan peluru besi kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekarang. Dakwaan demi dakwaan yang acapkali diutarakan dalam media baru ini ialah WPI tidak akan menguntungkan Malaysia terutama bangsa Melayu. Benarkah begitu? Jika betul, ia satu malapetaka kepada negara ini.
Apabila ditanya mengapa WPI bukan satu isu sedangkan ia dimainkan secara meluas oleh media baru, Dr Gunawan seterusnya mengatakan bahawa WPI mungkin satu isu ketika diumumkan dulu tetapi sekarang ia sudah reda berikutan pelbagai gerakan untuk memberi penerangan termasuk kepada pemimpin BN dan rakyat jelata khasnya penduduk Johor. Hasil daripada penjelasan yang bertubi-tubi itu, rakyat kini faham dan mula menyakini WPI adalah projek yang bertujuan membawa pembangunan kepada Johor khasnya dan negara, amnya.
Saya terus mengasak Dr Gunawan dengan soalan mengapakah pada peringkat awal seolah-olah digambarkan ada penentangan terhadap WPI terutama rakyat Johor. Malah, sebuah cawangan UMNO di Kulai turut menjemput mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi ceramah yang turut menyentuh WPI. Apakah ada "kekurangan" dalam usaha memberi penjelasan sehinggakan WPI digambarkan ada penentangan oleh "orang Johor"?
Dr Gunawan tidak boleh menjawab soalan mengenai kekurangan penerangan atau publisiti itu kerana menurutnya, diluar bidang pengetahuannya tetapi bersetuju bahawa "manusia akan menentang sesuatu yang digambarkan seolah-olah mengancam mereka". Tetapi apabila ia diterangkan dengan jelas, maka manusia akan mula memahaminya dan memberi sokongan padu kepada usaha yang dilakukan oleh kerajaan. Apakah kenyataan beliau tepat dan boleh diterimapakai?
Baru-baru ini, Rocky dalam blognya menyatakan bahawa sebuah lagi projek seperti WPI akan dilancarkan di bahagian utara. Apakah ini yang dikatakan Projek Pembangunan Wilayah yang disebutkan oleh Paklah dalam pembentangan RMK9 yang lalu?
Mungkin syarikat perhubungan awam yang ditugaskan boleh mula menggerakkan kakitangan mereka untuk memberitahu mengenai objektif penubuhan projek seumpama itu di utara iaitu di Pulau Pinang agar rakyat memahaminya. Seperti kata Dr Gunawan, jika rakyat tidak memahami matlamat projek itu diadakan, sudah pasti mereka akan menentang dan terus menentang, apatah lagi ia mengancam hak mereka.

KUALA LUMPUR OH KUALA LUMPUR!

(Ini bukan pemandangan di Pekan Masjid Tanah, Melaka atau Kangar, Perlis beberapa tahun lalu. Ia adalah pemandangan di Jalan Kerinchi, berhampiran Universiti Malaya, Kuala Lumpur yang dirakamkan pada 10 Julai 2007)
Saya merindui Tan Sri Elyas Omar. Bukan sebagai kekasih tetapi seorang Datuk Bandar yang berpandangan jauh setidak-tidaknya mengenai keindahan bandaraya. Ketika beliau menjadi Datuk Bandar, Kuala Lumpur berubah menjadi sebuah taman indah dengan pelbagai jenis pokok bunga yang berwarna-warni.
Lanskap pokok bunga berwarna-warni boleh dilihat di kebanyakan tempat di bandaraya terutama di Dataran Merdeka. Malah, di situlah tempat bergambar pelancong dan juga rakyat tempatan. Sejak usaha itu, pasangan pengantin tidak pening kepala untuk mencari tempat bergambar yang berlatarbelakang bunga mekar dan menarik. Umpama berada di luar negara seperti di Belanda.
Keindahan lanskap ini yang diilhamkan bersama seorang tokoh lanskap, Datuk Halim Ali, berjaya menjadikan Kuala Lumpur sebagai taman besar berwarna-warni yang perlu dilawati. Konsep lanskap bunga berwarna-warni ini seterusnya menjalar ke bandar-bandar besar yang secara langsung membolehkan pihak berkuasa tempatannya mendapat pujian.
Walaupun, DBKL dan PBT perlu berbelanja sedikit, namun hasilnya amat memuaskan. Tidak guna DBKL dan PBT mempunyai sejumlah wang hasil kutipan cukai tetapi tidak langsung menggunakannya untuk mengindahkan Kuala Lumpur atau kawasan mereka. Akibatnya, bandaraya atau perbandaran mereka menjadi suram dan seperti di suatu kawasan pekan tiga puluh tahun lalu.
Lihatlah gambar di atas yang dirakamkan oleh penulis di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur . Ia secara langsung menceritakan bagaimana "pemerintahan" Datuk Bandar sekarang. Mungkin Datuk Bandar sentiasa sibuk tetapi bagaimana pula dengan pengarah dan pegawai yang ditugaskan untuk menjaga lanskap bandaraya.
Tolonglah turun ke padang sekali-sekala.
Gambar itu memaparkan penyelenggaraan yang tidak baik di mana dibiarkan besi buruk yang melengkung mencacatkan pemandangan. Besi buruk itu juga boleh mendatangkan "malapetaka" terutama kepada kanak-kanak kecil jika ia tidak dibuang jauh-jauh dengan kadar segera.
Tuesday, July 10, 2007
PRU12: RAMALAN TOK NUJUM (7)
PRU12 kali ini pasti menarik apabila memperkatakan penggunaan media baru atau blog. Sejak kebelakangan ini, bilangan blog bertambah ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan". Pelbagai bentuk blog yang dihasilkan. Ada yang berbentuk online diary, news portal atau blog yang mengandungi album gambar. Masing-masing ada tujuan dan matlamatnya. Ada yang syok sendiri, mengeletek hati, merapu atau serius.
Walaupun media baru ini sudah muncul sejak 1980an lagi, tetapi penggunaan secara meluas di Malaysia ini boleh dilihat sejak 2000 dengan kemunculan beberapa news portal seperti Agendadaily, MalaysiaToday, Malaysiakini dan blog-blog persendirian seperti ScreenShots yang dikendalikan oleh Jeff Ooi, bekas kolumnis NST dan kolumnis Malaysian Business, majalah keluaran Berita Publishing Sdn Bhd.
Sejak daripada itu pelbagai blog wujud diusahakan invididu yang mengunakan nama sendiri atau nama samaran. Kebanyakannya diusahakan oleh pemimpin politik terutama daripada pembangkang termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Tidak terkecuali blog ini diwujudkan oleh wartawan veteran seperti Datuk A Kadir Jasin (AKJ), Datuk Ahmad A Talib, Datuk Rejal Arbee, Ahirudin Attan (the one and only Rocky),Datuk Ruhanie Ahmad, Marina Mahathir, Nuraina Samad dan Suhaimi Sulaiman.. Sekadar menyebut beberapa nama.
Tulisan yang dikemukakan oleh ahli politik dan wartawan veteran ini selalu membabitkan isu mengenai rakyat keseluruhannya. Oleh itu, tidak hairanlah mesej yang ingin disampaikan membabitkan kesusahan rakyat, dasar dan projek kerajaan yang banyak menimbulkan persoalan seperti Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), agensi kerajaan yang lemah, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pemimpin politik yang korup, campurtangan kerajaan luar, pengurus media, keluarga terdekat Perdana Menteri dan seribu macam isu termasuk corak kepemimpinan negara.
Seperti lumrahnya, pemimpin parti pembangkang pula sudah pasti memberi tumpuan untuk membangkitkan semua kelemahan pentadbiran kerajaan termasuk isu rasuah, sistem penghantaran yang lembab, projek terbengkalai, syiling bangunan runtuh dan bocor, kelemahan PDRM, pencemaran alam sekitar dan seribu macam isu lagi membabitkan pemimpin politik yang menganggotai kerajaan.
Kewujudan media baru ini sudah pasti akan memberi keuntungan kepada pihak yang mahir menggunakannya.
Buat masa ini, sudah tentulah media baru ini telah digunakan secara berkesan oleh pembangkang dan penyokong-penyokongnya termasuk penulis blog persendirian. Malah pemimpin PAS, Datuk Husam Musa telah menggunakan kebijaksanaannya untuk mempelawa penulis blog, Kickdefella atau Sheih untuk bekerja dengannya bagi membuat publisiti mengenai apa yang dilakukan oleh parti itu. Malah Sheih, yang boleh menulis dalam dua bahasa juga mewujudkan dua blog dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia. Ironinya, Sheih sebelum ini adalah ahli UMNO. Atau masih menjadi ahli?
Apakah media baru ini akan digunakan secara meluas oleh parti politik dalam PRU12? Jawapannya ialah "a big yes". Setelah pembangkang menggunakan sepenuhnya media baru ini, kini UMNO mengambil langkah yang sama iaitu menubuhkan angkatan penulis sibernya sendiri untuk menyebarkan maklumat mengenai dasar dan peranan parti. Datuk Seri Azalina Othman Said yang mempunyai pengalaman ketika menjadi Ketua Puteri UMNO ditugaskan untuk mengepalai bala tentera penulis siber. Ini menggambarkan seolah-olah Perang Siber menjelang PRU12 sudah bermula dan mungkin lebih sengit lagi ketika pilihanraya itu diadakan.
Apakah media baru ini memberi kesan sepenuhnya dalam menyampaikan maklumat terbaru? Ini sudah pasti kerana melihat daripada jumlah hits yang diperolehi oleh news portal seperti MalaysiaToday, dinakhodai oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK), yang pernah mencapai 50 juta hits dalam satu bulan.
Begitu juga MalaysiaKini, diterajui oleh wartawan Steven Gan dan Agendadaily yang dikepalai oleh dua wartawan veteran Utusan Malaysia, Rosli Ismail dan Datuk Badrulhisham. Masing-masing mempunyai kumpulan pembaca tersendiri. Hanya MalaysiaKini yang mengenakan bayaran untuk melayari berita penuhnya.
Kini muncul pula KLPos yang diusahakan oleh Helme Hanafi, seorang hafiz dan bekas wartawan AgendaDaily. KLPOS kini semakin diminati ramai terutama golongan pembaca Melayu.
Apakah jumlah hits ini memaparkan bahawa bahan yang disiarkan oleh MT dibaca oleh ramai penduduk di negara ini terutama di luar bandar? Jika perkara ini berlaku maka sudah pasti media baru akan menjadi media penting dalam menyebarkan maklumat dan propaganda ketika pilihanraya.
Ia juga amat sesuai digunakan oleh calon-calon pilihanraya akan datang. Wahai bakal-bakal calon pilihanraya, mulalah mencari usahawan siber yang boleh membantu membina laman web saudara-saudari. Harganya tidak mahal hanya RM1,000 hingga RM1,500 saja. Apa tunggu lagi? Itupun kalau rasa akan menjadi calon.

Sunday, July 8, 2007
MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2007

(PETRONAS adalah penaja utama Hadiah Kewartawanan Malaysia. Presiden dan CEO, Tan Sri Hassan Merican, adalah rakan baik wartawan kerana sikapnya yang ramah dan media savvy. Semua wartawan perlu menggunakan produk Petronas sebagai tanda penghargaan kepada sikap pemurah pengurusan syarikat petroleum negara.)
KAWAN-KAWAN SEKELIAN, JANGAN LUPA UNTUK MENGHADIRI MALAM WARTAWAN MALAYSIA 2007.
MAKLUMAT MENGENAI MALAM ANJURAN MPI ITU IALAH SEPERTI BERIKUT:
TARIKH : 24 JULAI 2007
JAM : 8 MALAM - 11 MALAM
TEMPAT : HOTEL ISTANA, KUALA LUMPUR
TETAMU KEHORMAT : PERDANA MENTERI, DATUK SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI
TIGA KALI TABIK UNTUK GOLONGAN INI
Saya tidak dapat hadir ke Malam Amal dan Forum Perdana anjuran MPSJ dan Jawatankuasa Surau Baiturrahman Putra Heights malam tadi. Ini kerana terasa sakit belakang akibat terlalu asyik berkemas di depan rumah termasuk menyapu daun kering sehingga tidak sedar "kerja berlebihan" di sebelah pagi. Jika hadir dan sakit sudah pasti tidak selesa.
Sejak pembedahan tulang belakang, saya tidak boleh membuat kerja melebihi hadnya termasuk gardening. Jika berlebihan di sebelah siang maka menderitalah pada malam hari. Saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir walaupun hati ini ingin sangat menghadirinya untuk menemui rakan-rakan.
Namun, saya amat terharu dan berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa Surau Baiturrahman Putra Heights. Mereka yang menganggotai jawatankuasa ini bekerja keras siang dan malam untuk mencari dana bagi meneruskan pembinaan surau berkenaan. Salah satu usaha ialah mengadakan Malam Amal dan Forum Perdana untuk menambah dana. Saya sentiasa berdoa agar usaha murni mereka ini dirahmati Allah SWT.
Izinkan saya perturunkan nama-nama mereka yang telah menjayakan program murni berkenaan. Mungkin tidak sepenuhnya tetapi inilah individu yang sanggup berkorban apa saja demi untuk agama mereka. Pertama ialah Sdr Rusdi Hussin yang sering mempelawa saya menyertai pertemuan mereka. Saya hanya sempat hadir sekali saja untuk memberikan pandangan.
Yang lain ialah Sdr Ismail Ahmad, Sdr Zulkifli Mohd Aini, Pn Roslina Idrus (banyak memberikan maklumat kepada saya), Sdr Roslan Saad, Sdr Saiful Bahri, Sdr Nasir, Pn Hajjah Aishah, Sdr Zulkifli Selamat, Sdr Sharizan, Sdr Azmi Abd Aziz, Sdr Sharul Azman, Sdr Shaiful Azman, Sdr Basaruddin, Sdr Jaafar dan Pengarah Projek, Sdr Nasruddin Mat Yusof.
Allah SWT akan membalas jasa baik saudara-saudari.
Bagi penderma budiman, teruslah menghulur sumbangan kepada jawatankuasa ini.

KONSERT ROCK GENESIS - JAM 5 PTG HARI INI

(AJ - vokalis FLOW - berhibur sambil berbakti)
Hari ini, Konsert Rock Genesis yang menampilkan 9 rock band termasuk band underground, FLOW, akan diadakan di Zouk, Kuala Lumpur, bermula jam 5 petang. Tiket-tiket berharga RM20. Selamat berhibur dan memberi sumbangan kepada Welcome Community Home, rumah penghidap AIDS.
TUJUH KEAJAIBAN DUNIA BARU
Pilihan antarabangsa 7 Keajaiban Dunia yang baru dikeluarkan semalam:
1. Tembok Besar China
2. Colosseum, Rome
3. Taj Mahal, India
4. Petra, Jordan
5. Machu Picchu, Peru
6. Statue of Christ Redeemer, Brazil
7. Piramid Chichen Itza, Mexico
(Antara yang dicalonkan tetapi tidak terpilih - Menara Eiffel, Statue of Liberty, Acropolis, Kremlin, Sydney Opera House. Sebanyak 200 "keajaiban dunia" dicalonkan dan kemudian disenaraipendekkan menjadi 21 pada 2006 mengikut jumlah undi terbanyak. Kempen menamakan tujuh keajaiban dunia yang baru dilancarkan oleh pengembara Swiss, Bernard Weber pada 1999)

Saturday, July 7, 2007
PEMIMPIN CAKAP TIDAK SERUPA BIKIN
(Gambar oleh IY)
Saya perlu menggunakan beg di atas apabila mengenangkan tindakan pemimpin yang cakap tidak serupa bikin. Cakap lain, buat lain.
1.Pemimpin yang berjanji tetapi tidak menunaikan janji.
2. Pemimpin yang beriya-iya berucap membela bangsa tetapi sebenarnya merekalah yang "menjual maruah" kepada orang lain.
3. Pemimpin yang mahu menghapuskan kegiatan pembalakan haram tetapi hasil kekayaan balak masuk ke poket mereka.
4. Pemimpin yang mahu memastikan pencemaran tidak berlaku tetapi rakyat terus menderita dengan air kotor, rumah berhabuk dan bau busuk.
5. Pemimpin yang mahu memajukan ekonomi bangsa tetapi mereka menutup mata apabila dipinta.
6. Pemimpin yang melindungi pemilik CTOS, tetapi rakyat yang menderita dan terseksa.
7. Pemimpin yang tidak mempunyai roh bangsa tetapi berlagak seolah-olah dialah pejuang utama bangsa.
Siapa yang makan cili, dialah yang berasa pedas. Kecualilah mereka yang telah membuat pembedahan plastik terhadap lidah, bibir dan dinding mulut mereka. Berubahlah demi kepentingan bangsa, agama dan negara.
Bacalah pendekatan 'online diary' yang diamalkan oleh penulis blog ini yang pernah dikatakan merapu, tiada substance, main bantai, syok sendiri dan bahasa tidak betul. Malah penulis diminta pergi belajar menulis secara mendalam. Masih belajar lagi punnn. Perrrggghh. Online diary adalah luahan hati dan sesiapa saja boleh memulakannya kecuali mereka yang takut, gementar atau bimbang banyak "tengkorak di dalam gerobok" mereka. Tepuk dada tanya keberanian.
Subscribe to:
Posts (Atom)