Wednesday, July 11, 2007

WANSAB CARI PENGALAMAN BARU


(WanSab tersenyum simpul penuh bermakna)

Petang tadi menelefon WanSab yang sudah beralih angin ke TV9, setelah memberikan khidmat terbaik di majalah Jelita, terbitan Berita Publishing Sdn Bhd.

Beliau mahu mencuba sesuatu yang baru iaitu program bual bicara di media elektronik. Semangatnya membara untuk memastikan program bual bicara mengenai wanita itu mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Program itu yang dijadualkan di sebelah petang akan membincangkan pelbagai isu mengenai dunia wanita.

Kawan-kawan yang ada cadangan bernas bolehlah menelefon WanSab untuk memberikan buah fikiran. Baginya, semua cadangan dialu-alukan demi untuk memperbaiki program bual bicara berkenaan. Selamat menerokai alam baru dan Selamat maju jaya.

5 comments:

Suara Perindu said...

Sdr Ibrahim,

Moga WanSab terus berjaya.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nordin,

WanSab seorang individu yang gigih dan banyak idea. Semoga CEO TV9, Sdr Bukhary Che Muda, dapat membimbingnya menjadi penerbit yang cemerlang.

Fauziah Ismail said...

Salam Tiger
I'm happy for her. The last time I met her for breakfast, she spoke about wanting to go back to mainstream media. But this new challenge would be good for her.
Congratulations Wan!
Bila nak blogging pulak? :)

Lily Haslina Nasir said...

mudah mudahan wansab dapat berkongsi segala ilmu, pengalaman etc dengan penonton tv9!

LEKLOOK said...

Great, kami mengalu-alukan kedatangan Wansab. Dia cakap kalau boring2 nak datang meja i sembang2.