Thursday, July 12, 2007

SYALALA DAH TUNJUK TARING

Sebut Syalala, mungkin tidak ramai yang mengetahui nama itu. Tetapi di kalangan wartawan veteran terutama daripada Utusan Malaysia, panggilan itu amat popular. Syalala ialah Syahbudin Abdullah, wartawan veteran yang kini bertugas di RTM.

Syalala mula terkenal ketika beliau menjadi koresponden UM di Jakarta. Banyak bahan menarik di Indonesia yang dihantar sehingga berjaya membentuk kumpulan pembaca yang membaca "omong-omongan" dari Syahbudin. Ada cerita lucu dan tidak kurang juga cerita panas yang menghiburkan. Syalala juga ada peminat di Indonesia kerana pernah berlakon dalam filem dan drama televisyen. Yang menariknya, beliau pernah berlakon sebagai Duta Malaysia ke Indonesia. Perrrgggh.

Kini, Syalala muncul kembali. Ikutilah tulisan Sembang Syalala dalam [ DuniaBudin ]. Beliau mengikut jejak rakan-rakan lain di RTM seperti Saidee Driss dan Nordin Sulaiman. Blog mereka boleh diikuti dalam senarai pautan blog ini.

2 comments:

Nordin Sulaiman said...

Tuan Ibrahim,
Moga tuan sentiasa diberkati kerana terus menyokong kami. Terima kasih banyak. Ingat! journalist forever.

ibrahim yahaya said...

Sdr Nordin,

Terima Kasih daun keladi
Lain kali komen lagi.