Wednesday, March 31, 2010

JANGAN MALU NAIK LRT.....

Komited mencapai sasaran penggunaan pengangkutan awam sebanyak 25 peratus menjelang 2012, keperluan dan jangkaan rakyat perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Bagi tujuan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu tempoh masa perjalanan diperbaiki disamping memastikan keselesaan dan kemudahan pengguna dipertingkat.

Berucap pada majlis Pelancaran Tren-4 Gerabak Satu Malaysia di Subang, Selangor, pendidikan kepada pengguna juga bagi Perdana Menteri amat penting, menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan bijak.

Datuk Seri Najib percaya dengan perhidmatan memuaskan dan bayaran berpatutan, dapat mempengaruhi lebih ramai pengguna memilih pengangkutan awam seperti yang disasarkan dalam pembangunan sistem pengangkutan awam berintegrasi.

"Untuk mencapai tujuan ini tindakan yang akan dilaksanakan termasuk menyelaraskan kapasiti sistem sedia ada dan menggandakan kapasiti yang sudah mencapai had maksimanya. Sehubungan itu beberapa langkah segera diambil antaranya kapasiti KTM komuter dan LRT ditingkatkan 1.7 sehingga 4 kali ganda.. sebanyak 850 buah bas akan ditambah untuk meningkatkan liputan perkhidmatan sedia ada dan lebih 50 laluan baru akan diperkenalkan bagi menambah connectivity sehaluan dengan pembangunan sebuah sistem pengangkutan bersepadu" katanya.

Pengguna juga harus diyakinkan bahawa pengangkutan awam di kota raya adalah pilihan bijak dan menjimatkan dengan pengenalan satu tiket satu perjalanan di samping penyediaaan lebih 6 ribu tempat letak kereta di 14 stesen rel utama.

Ia sekaligus dapat mengubah tanggapan pengangkutan awam hanya untuk golongan berpendapatan rendah.

"Saya kadang kadang tersyum sendiri mengenangkan ada pihak yang tidak bermasalah untuk menggunakan pengangkutan awam bila berada di luar negara tetapi apabila di negara sendiri tidak sanggup menaikit LRT atau bas kerana berpandangan bahawa kononnya ia kurang glamour atau berprestij... mungkin ada faktor lain juga yang kurang memuaskan menyebabkan berlakunya fenomena ini seperti faktor cuaca dan liputan perkhidmatan." katanya.

Tren empat gerabak yang dilancarkan Perdana Menteri mula beroperasi Disember lalu dengan tiga set tren, kini ditambah menjadi 8 set tren. Setiap tren mampu membawa 800 penumpang pada satu masa, iaitu dua kali ganda daripada tren dua gerabak sedia ada.

Sebagai penyelenggara pengangkutan awam, Prasarana Negara Berhad dijangka menyediakan 35 set tren menjelang 2012 dengan pelaburan kerajaan sebanyak 1.6 billion ringgit.

Tuesday, March 30, 2010

MEB MENEKANKAN 'REWARDS'

Setelah lebih setahun dibincang dan diteliti serta mendapat maklum balas NGO, sektor swasta, pelabur asing dan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan fasa pertama Model Ekonomi Baru, M-E-B.

MEB yang sememangnya dinanti-nantikan akan mengubah ekonomi negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Datuk seri Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata M-E-B akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif pada peringkat serantau dan global yang menghasilkan manfaat bagi semua rakyat Malaysia di mana pendapatan per kapita masing-masing boleh meningkat kepada 15 ribu dolar amerika menjelang akhir dekad, daripada 7 ribu dollar sekarang ini.

Di bawah MEB itu, katanya kerajaan tidak lagi boleh menerima amalan "patronage", yang telah lama mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Pengumuman MEB dibuat Perdana Menteri dalam ucaptama sempena persidangan "Invest Malaysia 2010" di ibunegara.

Antara intipati MEB yang diumumkan hari ini ialah:

1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih banyak lagi di
dalam aset di seberang laut.

2. Lembaga pembangunan Pelaburan Malaysia MIDA di korporatkan dan diberi nama baru
sebagai agensi promosi pelaburan antarabangsa untuk menjadikannya lebih efektif.

3. Kerajaan juga akan bekerjsama dengan KWSP membangunkan tanah seluas 1,200 hektar di Sungai Buloh sebagai Hub baru di Lembah Klang yang akan menghasilkan aktiviti bernilai 5 billion ringgit.

4. Dua anak syarikat Petronas akan disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini dalam usaha mengurangkan pegangan kerajaan dalam perniagaan dan menggalakan peranan pihak swasta.

5. Khazanah Nasional Bhd juga akan mengalihkan 32 peratus pegangannya dalam Pos Malaysia Bhd dalam 2 peringkat strategik.##

Friday, March 26, 2010

JANGAN PISANG BERBUAH.....

Oleh: ROSLI ISMAIL

Ini memang kes gigit jari.Semasa pilihanraya umum Mac 2008 Barisan Nasional menang kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Hulu Selangor.Anihnya PKR menang kerusi Parlimen menerusi Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia Khamis malam.

Jika dihitung majoriti kemenangan calon BN di tiga DUN iaitu Hulu Bernam,Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali jumlah terkumpul ialah 6,179 undi. Sedangkan Dr Zainal menang kerusi Parlimen dengan majoriti hanya 198 undi. Soalnya kemana hilangnya 5,981 undi mereka yang menyokong tiga calon BN di tiga DUN berkenaan?

Di Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Isris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai 17,549 pengundi.

Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.

Di DUN Batang kali calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi .

Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang. Calon kerusi Parlimen BN ialah Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel.Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177.Pengundi untuk kerusi Parlimen ialah seramai 63,593 orang.

Ikut ceritanya yang bertiup di Hulu Selangor ialah ini semata-mata kerana orang di situ mahukan calon Melayu sebagai Ahli Parlimen mereka.

Betul kah begitu?

Nampaknya apa analisa sekalipun petunjuknya nampak macam begitu kerana jika tidak …tidak mungkin keputusannya boleh songsang sampai begitu sekali. Perbezaan undi pula bukan sedikit tetapi sampai 5,981.

Kalau sekadar 200 atau 300 undi mungkin berbagai andaian lain boleh diberi.

Makanya menjelang pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal berlangsung dalam masa 60 hari dari sekarang ada kalanganpemerhati politik yang bertanya apakah BN sangguh berjudi nasib sekali lagi dengan seorang calon MIC di situ.

Jika mengikut ikatan persefahaman pembahagian kerusi antara komponen BN menang ada satu ikatan ia tidak boleh diubah.

Namun pilihanraya kecil kali ini dikira sangat strategik.

Ini mengenangkan senario politik semasa kebelakangan ini pastinya membuatkan BN kata ia mesti menang dan PKR pun kata ia mesti menang.

Semua orang hendak lihat apakah kesan empat orang Ahli Parlimen PKR bertindak keluar baru-baru ini dan berbagai pendedahan yang mereka buat.Begitu juga kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

takdirnya penentu on the ground yang tiba-tiba muncul untuk membuat perhitungan itu ialah menerusi pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Tolak sebelah apa faktor sekalipun jika PKR mengekalkan kerusi itu ia dengan mudah akan berkata ‘ tengok tak ada apa-apa kesan pun’…. Keadaan itu pasti akan mencetuskan tekanan yang berat pada BN untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Dilihat dari mata kasar berdasarkan keputusan songsang di Hulu Selangor masa pilihanraya umum 2008 ,BN akan terus meletakan dirinya sebagai underdog jika kekal dengan Palanivel atau mana-mana calon MIC dalam pilihanraya kecil itu.

Menurut para pemerhati jika MIC sebagai rakan setia dalam BN dan hendak melihat BN dapat mengibarkan balik bendera di Hulu Selangor maka ia harus berkorban dan bertolak ansur dari ikatan perjanjian dan membuka jalan bagi seorang calon UMNO bertanding.

Ramai yang merasa BN boleh berlapang dada dan merasa beban berkurangan dengan sendirinya jika seorang calon Melayu bertanding.

Ini bukan kerana soal perkauman atau apa tetapi realiti dan hakikat politik serta kehendak orang Hulu Selangor sendiri. Ada juga yang melihat kemungkinan itu mungkin tipis kerana MIC tentu berkeras hendak membuktikan MIC BOLEH….bagi mengembalikan balik imejnya yang hampir punah ranah masa pilihanraya umum 2008.

Soalan yang paling menarik….wajarkah BN berjudi nasib di Hulu Selangor.- AGENDADAILY.

Monday, March 22, 2010

TIGA PENJURU JAWATAN PRESIDEN

Tiga calon akan bertanding jawatan Presiden MCA pada 28 Mac ini.

Mereka ialah Tan Sri Ong Ka Ting, Datuk Seri Ong Tee Keat dan Datuk Seri Chua Soi Lek.

Bagi jawatan Timbalan Presiden menyaksikan dua calon. Mereka ialah Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Kong Chong Ha.

Perkara itu dilaporkan oleh Berita Wilayah RTM jam 6 petang sebentar tadi.

Thursday, March 18, 2010

MCA KUAT, BN JADI TEGUH

Laporan media yang mengatakan Tan Sri Ong Ka Ting ingin bertanding jawatan Presiden MCA pada 28 Mac ini sudah tentu membuka banyak mata. Terbeliaknya mata semua pihak bukan kerana keinginan beliau ingin bertanding tetapi yang menghairankan orang yang pernah meletak jawatan kerana keputusan buruk MCA pada PRU 12 ingin bertanding semula. Apa sudah jadi?

Apakah kehadiran Ka Ting akan dapat menyelamatkan MCA pada masa akan datang? Inilah persoalan yang timbul sekarang sama ada bekas Presiden MCA itu benar-benar calon yang paling sesuai berbanding dua calon lain yang mungkin bertanding iaitu DS Ong Tee Keat dan DS Chua Soi Lek. Atau ada pemimpin muda yang ingin mencuba nasib?

Jika Tee Keat ingin menawarkan diri memang wajar kerana sudah tentu beliau ingin mempertahankan jawatannya. Jawatan yang dimenangi tetapi sentiasa 'dikacau' oleh pihak yang mahu beliau meletakkan jawatan. Bagaimana pula dengan Soi Lek yang sudah melalui zaman politik yang 'gelap' dengan video termasyur di mana ramai kaum Cina dan ahli MCA sendiri tidak mahu menerima pemimpin sedemikian rupa. Betul ke?

Apapun kehadiran Ka Ting sedikit sebanyak memberi pelbagai kesan kepada keputusan pemilihan parti itu pada 28 Mac. Ia mungkin secara tidak langsung akan memberi kesan terutama kepada kemenangan Tee Keat kerana undi Soi Lek sudah pasti terbahagi dua. Atau undi Tee Keat terbahagi dua membolehkan Soi Lek menerajui MCA?

Persoalan sekarang ialah jika Ka Ting menjadi Presiden, adakah ahli MCA akan memberi sokongan padu kepadanya seperti dahulu? Bagaimana pula jika Tee Keat menang, apakah penyokong Soi Lek pula membuat 'perangai' tidak mahu menyokongnya seperti dahulu.

Namun, perkara yang paling menakutkan bagi pemerhati politik ialah jika Soi Lek pula menang. Apakah ahli MCA akan menerima seorang ahli politik yang dilihat sudah 'tercemar' memimpin parti mereka dan seterusnya menjadi Menteri dalam Kabinet negara. Apakah ini aliran dalam politik negara sekarang?

MCA perlu bersatu dan kuat untuk memastikan BN terus teguh memimpin kerajaan. Jika MCA asyik bertelagah, maka sokongan masyarakat Cina kepada BN sudah tentu hilang begitu saja. Melainkan mereka berterima kasih kepada apa yang dilakukan oleh BN selama ini. Tepuk dada, tanya hati.

Friday, March 12, 2010

MACAM MENANG LOTERI...PERRRGGGH

Macam menang loteri (walaupun tak main) apabila mengenangkan dapat bercuti. Hakikatnya, kerja banyak menyebabkan urusan bercuti sentiasa bertangguh daripada tahun lalu sehingga ada muka yang mencebek dan masam. Apa nak buat.

Namun, peluang untuk bercuti bersama keluarga ini amat bermakna terutama anak-anak yang sudah bersedia sejak sekian lama. Ada masa penuh kehampaan dan duka. Apa nak buat.

Hakikatnya inilah tugas seorang pejuang untuk negara. Adakala negara lebih memerlukan khidmat kita daripada keluarga. Ada perkara penting perlu dilaksanakan bagi memastikan negara ini terus aman dan tidak digugat oleh petualang negara.

Apapun, berdoa untuk kami selamat pergi dan kembali.

Di hujung dunia.

Monday, March 8, 2010

PEMECATAN ANWAR SAH

PUTRAJAYA 8 Mac - Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengisytiharkan bahawa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan dalam Kabinet 11 tahun lalu sah disisi undang-undang setelah rayuannya ditolak. - Utusan

Friday, March 5, 2010

SUBSIDI MINYAK TIDAK BERUBAH

PUTRAJAYA 4 Mac - Kerajaan hari ini membatalkan cadangan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi petroleum setelah menerima maklum balas negatif daripada rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai jalan penyelesaiannya kerajaan mewujudkan Makmal Merasionalisasikan Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik pelaksanaan penyaluran subsidi merangkumi bahan petroleum, makanan serta infrastruktur lain.

Dalam aspek ini, kata beliau, pihaknya akan segera mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet berhubung kaedah sesuai dalam mengekang pembelian petroleum bersubsidi negara yang turut dinikmati rakyat asing.

Ketika ini, larangan penjualan petrol dan diesel melebihi 20 liter dikuatkuasakan ke atas kenderaan asing dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan negara tetapi tidak di lain-lain tempat termasuk ibu negara.

"Dari segi pelaksanaan (penstrukturan semula ini), ia sebenarnya boleh dilakukan antaranya menerusi penggunaan MyKad yang hanya mengambil masa tiga saat untuk proses pembelian petrol di samping tidak memerlukan cap jari.

"Tetapi kerana pandangan-pandangan negatif rakyat perlu diutamakan kerajaan, maka cadangan ini tidak diteruskan.

"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima pandangan rakyat seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan pembatalan itu di pejabatnya di sini.

Pada pembentangan Bajet 2010, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa petroleum bersubsidi kini dinikmati oleh semua kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing.

Bagi memastikan hanya golongan sasar diberi subsidi, kerajaan merancang untuk melaksanakan satu sistem penstrukturan subsidi petroleum yang akan menggunakan MyKad serta berdasarkan kuasa enjin kenderaan.

Ismail Sabri berkata, Makmal Merasionalisasikan Subsidi yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala itu dijangka menyiapkan cadangannya sebelum pembentangan Bajet 2011 tahun ini.

"Hasil dari kajian itu akan digunakan oleh kerajaan dalam menentukan dasar pemberian subsidi pada masa depan," katanya.

Dalam usaha untuk mengekalkan harga runcit petrol dan diesel, kerajaan menanggung subsidi petroleum tahun lalu sebanyak RM3.4 bilion manakala subsidi bagi diesel RM1.9 bilion.

(Renungan Rimau : Mereka yang mendapat keuntungan dengan menjual minyak kepada rakyat asing perlu diambil tindakan serta merta. Ini boleh dilihat sebagai 'sabotaj ekonomi' di mana keistimewaan untuk anak tempatan dilebarkan kepada orang lain. Ini secara tidak langsung akan merugikan negara.)

Thursday, March 4, 2010

CHUA SOI LEK LETAK JAWATAN

Penyelesaian krisis MCA nampak macam sudah ada jalannya.Ini berikutan pengumuman Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletakan jawatan Timbalan Presiden MCA berkuat kuasa Khamis.Beliau membuat pengumuman ini dalam sidang akhbar di ibupejabat MCA di Kuala Lumpur.

Turut sama meletak jawatan ialah tujuh anggota jawatankuasa pusat parti itu.Langkah ini untuk membolehkan satu pilihanraya semula parti dapat diadakan dalam masa sebulan.Sebelum ini puak yang diketuai oleh Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai menuntut mereka letak jawatan untuk berentap semula bagi menentukan siapa yang para ahli MCA sokong. Beliau dan 12 angggota jawatankuasa pusat lain sudah letak jawatan. - AGENDADAILY.

(Renungan Rimau : Bagi mereka yang tidak faham mengenai parti MCA tidak payah memberi pandangan atau kata nista. Bagi yang faham, mereka sudah tentu mengetahui bahawa MCA memang macam ini sejak dari dulu. Nombor satu dan nombor akan bergaduh. Kemudian ada orang baru ambil alih. Kemudian aman. Apabila ada orang nombor dua rasa kuat, maka orang nombor satu akan 'terasa' dengan ancaman itu. Jika orang nombor dua rasa 'boleh makan' orang nombor satu, maka bermulalah kemelut MCA. Maka, pertandingan perlu diadakan semula. Perkara ini akan berpusing, berpusing dan terus berpusing. Kepala saya pun berpusing. Ada satu lagi ialah MCA perlu tukar nama dengan menambah perkataan parti politik. Kini ia menggunakan perkataan persatuan, maka MCA ditadbir macam persatuan, bukan parti politik. Betul ke? Ada orang mencadangkan MCA diharamkan dan tubuhlah parti politik baru iaitu Malaysian Chinese Political Party (MCPP). Amacam? )

MENGAPA MP PKR KELUAR PARTI?

Mengapa ramai Ahli Parlimen PKR keluar parti? Itulah persoalan yang ada di dalam fikiran rakyat Malaysia terutama mereka yang pernah mengundi PKR pada PRU yang lalu. Hakikatnya seperti kapal yang hampir tenggelam di mana seorang demi seorang terjun ke dalam laut. Ada yang mengatakan PKR itu adalah singkatan kepada Parti Kian Rebah. Mengapa MP PKR nekad untuk keluar parti ketika ini?
1. Tidak percaya dengan prinsip perjuangan parti.
2. Tidak percaya parti sekarang akan berjaya.
3. Tidak percaya dengan pemimpin PKR sekarang.
4. Sudah mengetahui tembelang pemimpin PKR sekarang.
5. Sudah mengetahui tembelang pemimpin pakatan pembankang yang lain.
6. Sudah hilang pedoman dan keliru.
7. Sudah pening kepala kerana rakyat tidak dibantu.
8. Sudah mengetahui bahawa janji pemimpin PKR dulu hanya satu drama dan temberang.
9. Kerana pemimpin utama PKR terbabit dalam kes liwat.
10. Mula merasa sangsi dengan pemimpin utama kerana pelbagai butiran yang mengejutkan dihamburkan dalam mahkamah dalam kes berkenaan.
11. Tidak mendapat pangkat atau anugerah.
12. Tidak mendapat projek dan sumber kewangan.
13. Mula yakin dengan kepemimpinan kerajaan sekarang.
14. Tahu menilai kejayaan pemimpin kerajaan berbanding pemimpin PKR.
15. Transformasi kerajaan mendokong rakyat sedang berlaku.
16. Yakin dengan kebenaran Gagasan 1Malaysia dan gerakan modal sosial (social capital).
17. Yakin dengan kebenaran dan menolak kepalsuan.
18. Tahu rakyat sudah mula beralih kepada kerajaan sekarang.
19. KPI dan NKRA sudah mula difahami dan dilihat memberi kesan positif.
20. KPI dan NKRA bukan kata-kata manis sebaliknya ialah gerakan sepadu yang benar-benar berlaku di seluruh negara.
21. Faktor lain.

Apa pandangan saudara?

Wednesday, March 3, 2010

MP BAGAN SERAI KELUAR PKR

Posting Kedua - 6.25. petang

Tidak sampai sebulan, tiga anggota parlimen Parti Keadilan Rakyat, PKR keluar parti. Apa ni?

Hari ini, PKR kehilangan seorang lagi ahli Parlimennya, dari Bagan Serai (gambar), yang mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam parti dan menjadi anggota Parlimen bebas berkuatkuasa serta-merta.

Alasan utama, cara politik yang diamalkan PKR dibimbangi akan mengorbankan perjuangan untuk rakyat dan kedaulatan negara. Pengumuman dibuat Mohsin, 65 tahun dengan membacakan kenyataan 2 muka surat dalam satu sidang media khas di ibu negara.

Beliau turut ditemani bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehudin Hashim.

Sebelum Mohsin, MP Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng antara yang telah melakukan tindakan sama.

Seperti yang lain, Mohsin hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR khususnya dalam mengembalikan kedudukan politik dan kedaulatan Islam di negara ini.

"Aktiviti politik yang menghalalkan pelbagai cara demi suatu matlamat yang sempit, serangan tanpa batasan terhadap semua institusi negara seperti institusi Diraja, badan kehakiman dan penguatkuasaan, termasuk meraih sokongan negara luar menyerang kedaulatan negara.."

Lebih dibimbangi, pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah seperti menghalalkan perbuatan syirik. Juga amalan politik "rampasan perang" di mana kuasa, kedudukan dan habuan menjadi rebutan di kalangan pemimpin parti sehingga mengorbankan matlamat perjuangan untuk umat, rakyat dan agama.

Beliau juga kecewa dengan kepalsuan rancangan "16 September" pakatan PKR, PAS dan DAP untuk mengambilalih pucuk pimpinan negara.

"Bukan sahaja saya tidak diberi sebarang pembelaan, sebaliknya saya diaibkan dan dicemuh di khalayak ramai, dan yang paling malang, mereka yang khianat dan tidak amanah ini diberi pangkat, jawatan dan kedudukan dalam pentadbiran
kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat dan dalam parti.. Saya sudah sampai ke peringkat tidak dapat lagi berkompromi dengan politiking melampau ini.."

Dalam keadaan sekarang, beliau bersedia dikritik oleh anggota parti dan penyokongnya, serta bersedia rakyat menilai tindakannya itu.

Ikuti Berita Nasional RTM jam 8 malam ini.

Posting Asal - 11.55 pagi

Ahli Parlimen PKR Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri (gambar), sebentar tadi mengumumkan keluar parti untuk menjadi MP Bebas.

Beliau berkata demikian dalam sidang media.

Berita lanjut dalam Berita Nasional RTM jam 1 petang.

(Mohsin Fadzli adalah Ahli Parlimen Bagan Serai, Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti sebanyak 3,413 undi. Beliau memperolehi 18,943 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,530 undi.)

Monday, March 1, 2010

SEPULUH WAKIL RAKYAT AKAN KELUAR

(Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, keluar PKR hari ini dan menjadi MP bebas.)

Sepuluh lagi wakil rakyat PKR akan keluar dari parti secara berperingkat tidak lama lagi.

Bekas Setiausaha Agungnya, Datuk Salehuddin Hashim berkata puncanya kerana mereka tidak mahu lagi bersekongkol dengan corak kepimpinan parti yang kebudak-budakkan.

Enggan mendedahkan siapa yang dimaksudkan, Datuk Salehuddin berkata rakyat sendiri boleh mengagak identiti 10 wakil rakyat itu. Semuanya bukan berfahaman sosialis, tiada latar belakang pertubuhan bukan kerajaan dan juga bukan golongan liberal atau kroni.

"Kalau kita memimpin secara kebudak2an nak ejek orang yang keluar parti, akhirnya famili , saudara takde orang sebab semua kene ejek keluar . Jadi yang tinggal, mungkin selama ini yang betul2 berhasrat untuk hijack parti kerana selama ini merekalah yang betul2 jarum dalam parti."

Bekas Setiausaha Agung PKR itu juga hadir sidang akhbar ketika Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar PKR, baru-baru ini.

Sementara itu, anak Kit Siang tidak mahu komen peristiwa hari ini dan akan menyuarakan pada masa yang sesuai. Bila?

ROONEY WIRA MANCHESTER

LONDON 1 Mac - Wayne Rooney memastikan Manchester United mempertahankan trofi Piala Liga apabila tandukannya membolehkan Red Devils menang 2-1 ke atas Aston Villa pada perlawanan akhir, semalam.

Villa bagaimanapun memperoleh gol awal menerusi tendangan penalti James Milner minit kelima, selepas Nemanja Vidic menjatuhkan Gabriel Agbonlahor dalam kawasan penalti.

United ternyata tidak goyah dengan jaringan awal tersebut apabila meningkatkan permainan dan Michael Owen berjaya menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian. -Agensi

(Renungan Rimau : Marilah kita bersatu menerusi sukan dan lupakan sengketa politik. Buang individu yang mahu memporak-perandakan negara kita. Buang mereka yang berperangai seperti komunis dan suka berpura-pura. Suka main sandiwara politik. Mereka inilah mangkuk hayun sejak dari dulu lagi. Apapun, jangan lupa menonton RTM untuk mengikuti Piala Dunia mulai 10 Jun ini.)