Wednesday, March 31, 2010

JANGAN MALU NAIK LRT.....

Komited mencapai sasaran penggunaan pengangkutan awam sebanyak 25 peratus menjelang 2012, keperluan dan jangkaan rakyat perlu dipenuhi terlebih dahulu.

Bagi tujuan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu tempoh masa perjalanan diperbaiki disamping memastikan keselesaan dan kemudahan pengguna dipertingkat.

Berucap pada majlis Pelancaran Tren-4 Gerabak Satu Malaysia di Subang, Selangor, pendidikan kepada pengguna juga bagi Perdana Menteri amat penting, menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan bijak.

Datuk Seri Najib percaya dengan perhidmatan memuaskan dan bayaran berpatutan, dapat mempengaruhi lebih ramai pengguna memilih pengangkutan awam seperti yang disasarkan dalam pembangunan sistem pengangkutan awam berintegrasi.

"Untuk mencapai tujuan ini tindakan yang akan dilaksanakan termasuk menyelaraskan kapasiti sistem sedia ada dan menggandakan kapasiti yang sudah mencapai had maksimanya. Sehubungan itu beberapa langkah segera diambil antaranya kapasiti KTM komuter dan LRT ditingkatkan 1.7 sehingga 4 kali ganda.. sebanyak 850 buah bas akan ditambah untuk meningkatkan liputan perkhidmatan sedia ada dan lebih 50 laluan baru akan diperkenalkan bagi menambah connectivity sehaluan dengan pembangunan sebuah sistem pengangkutan bersepadu" katanya.

Pengguna juga harus diyakinkan bahawa pengangkutan awam di kota raya adalah pilihan bijak dan menjimatkan dengan pengenalan satu tiket satu perjalanan di samping penyediaaan lebih 6 ribu tempat letak kereta di 14 stesen rel utama.

Ia sekaligus dapat mengubah tanggapan pengangkutan awam hanya untuk golongan berpendapatan rendah.

"Saya kadang kadang tersyum sendiri mengenangkan ada pihak yang tidak bermasalah untuk menggunakan pengangkutan awam bila berada di luar negara tetapi apabila di negara sendiri tidak sanggup menaikit LRT atau bas kerana berpandangan bahawa kononnya ia kurang glamour atau berprestij... mungkin ada faktor lain juga yang kurang memuaskan menyebabkan berlakunya fenomena ini seperti faktor cuaca dan liputan perkhidmatan." katanya.

Tren empat gerabak yang dilancarkan Perdana Menteri mula beroperasi Disember lalu dengan tiga set tren, kini ditambah menjadi 8 set tren. Setiap tren mampu membawa 800 penumpang pada satu masa, iaitu dua kali ganda daripada tren dua gerabak sedia ada.

Sebagai penyelenggara pengangkutan awam, Prasarana Negara Berhad dijangka menyediakan 35 set tren menjelang 2012 dengan pelaburan kerajaan sebanyak 1.6 billion ringgit.

7 comments:

junkopile said...

assalamualikum tok rimau
macam tok cakap dalam radio pagi tadi lebihkan promosi tingkatkan prestasi...

1st class facility with 1st class mentality tok..
tahniah tok atas penganjuran karnival rtm 56

amin said...

PM tak patut bandingkan dengan negara luar. di sini servisnya tak memuaskan, dalam train tak boleh duduk, penuh sesak, lambat sampai, bayangkan dari klang naik lrt ke kl ambil masa 1 jam setengah, buang masa, baik naik kereta sendiri boleh terus ke destinasi, saya pun selalu naik train kalau hanya untuk jalan-jalan ke KL dengan keluarga, tetapi kalau ada urusan saya akan drive sendiri.........

Bourne said...

salam,

bukan tak nak naik atau teringin nak naik, setelah dicuba kita akan dapati betapa kurang efisien nya sistem yang ada. bayangkan kalau kita hendak ke klcc dari jalan imbi (times squARE) kita terpaksa turun di sultan ismail ... turun melalui tangga yang bertingkat tingkat ke jalan raya yang amatsebok dan sesak dengan kenderaan... keseberang jalan di bangunan bertentangan turun kebawah dan menaiki sebuah lagi jenis keretapi atau tren atau apa ajalah ke klcc.... gamak gamak nya praktikal ke ... bayangkan lah pulak yg nak menaiki tuh seorang pelancung yang bergalas bag dan troli atau ibu ibu mengandung atau orang kurang upaya....

fikir fikir lah kenapa ia nya kurang mendapat sambutan ramai...... itu baru satu example masih banyak lagi yang perlu ditangani.......

sudahlah terlampau banyak jenis dan jenama yang ada cukup menggelirukan penumpang ditamabh dengan sistem yang teramat canggih....

terima kasih laaa.........

kita anak melayu said...

Datuk tiger, maaf komen luar topik tapisaya kira in touch with current issue

harap dapat siarkan pautan ke analisis ini

Rakan rakan semua, kalau nak tahu macamana rapatnya Anwar Ibnrahim dengan regim Zionis Israel sila ikut link di bawah

GEMPAR; Disini ada bukti terbaru Anwar ada rakan dalam kerajaan ZIONIS Israel

Jeepers Creepers said...

siapa pulak yang malu naik lrt..saya suka naik lrt tapi x suka naik bas kat kl sebab jalan sesak.

harap kerajaan dapat sambungkan lebih banyak laluan lrt ke tempat tempat lain.

Kamarul Bahri said...

YBhg. Datuk,

Berikut di senaraikan dalil mengapa orang ramai enggan menggunakan pengangkutan awam di negara ini.

1. Tiada liputan di kawasan mereka dan jarak yang hendak dituju memakan masa tiga kali ganda. Contohnya, seseorang itu jika hendak pergi bekerja dari point A misalnya, dengan berkenderaan sendiri, akan memakan masa selama satu jam perjalanan. Jika memilih menggunakan pengangkutan awam, dia terpaksa 'transit' sebanyak tiga kali. tidak termasuk tempoh menunggu, beratur, bersabar dengan karenah pemandu pengangkutan awam yang berehat beramai-ramai, sehingga semua bas tersadai selama sejam akibat semua pemandu berehat, ditambah pula dengan bas yang bergerak macam semut, boleh memakan masa selama 3 jam baru hendak sampai. Saya pernah mengalaminya sendiri, ketika hendak keluar ke Kuala Lumpur bersama 'girlfriend'(yang kini menjadi isteri saya)dari Taman Tun Dr. Ismail ke Jalan Tuanku Abdul Rahman. Saya mengambil masa lebih tiga jam untuk sampai ke Jalan Tuanku Abdul Rahman dari Taman Tun Dr. Ismail. Pada minggu hadapannya, saya mencuba ke sana semula, dengan menggunakan kenderaan sendiri, juga bersama bakal isteri saya itu. Ditambah dengan kesesakan lalulintas saya hanya mengambil masa 45 minit sahaja untuk sampai ke destinasi. Bayangkan jika semua orang terpaksa mengambil masa lebih enam jam untuk pergi ke satu destinasi dan pulang. Bukan ke banyak masa dibazirkan.

2. Pengangkutan awam di negara ini tidak mesra pengguna. Tempat menunggu bas tidak disediakan di tempat yang strategik, dengan pondok bas yang lebih memanaskan daripada meneduhkan(pondok bas dibuat daripada kaca.... bijak sungguh arkitek-arkitek sekarang ini.... memang amat panas... kaca+cahaya matahari.. boleh membakar sesuatu... mungkin arkitek berkenaan tidak lulus subjek 'Sains Paduan' atau 'Sains Awalan'... tidak siapa tahu. Penghawa dingin di dalam pengangkutan awam juga, bukanlah dingin... tetapi ia lebih banyak mengudarakan bau 'tengik' mereka mereka yang kurang gemar mandi pagi... tidak percaya, cubalah naik bas di pagi hari dan ia akan terbukti.

3. Pengangkutan awam seperti teksi selalu mengenakan caj yang 'menakjubkan'..... Dari Plaza Yow Chuan ke Taman Tun Dr. Ismail.... (ini cerita tahun 2000 dahulu)saya pernah dikenakan bayaran RM50. Lebih murah kalau naik 'Bas Mara' dari Puduraya ke Kangar... lebih selesa.... lebih jaah perjalanan.

4. Ada kalanya pengguna pengangkutan awam diseluk saku atau dirompak ketika berada di dalam tren, di stesen atau ketika turun dari stesen... ada yang pernah mengalaminya, namun kejadian di tempat sama masih berulang.... mungkin PDRM takut hendak meronda di tempat yang sudah dilapor banyak kejadian jenayah... ataupun mereka lebih gemar membuat sekatan jalan untuk memeriksa kereta pengguna jalan raya lain yang tidak sehebat kereta kepunyaan mereka.

Saya berpendapat, lebih ramai orang yang mempunyai lebih banyak dalil untuk mengatakan 'tidak' kepada pengangkutan awam... sekarang terpulang kepada semua agensi kerajaan untuk mengotakan apa yang dikata.... "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan (People first, performance now) itu.

Sekian, terima kasih.

Kamarul Bahri Abdul Kadir
Bukit Subang,
Shah Alam.

LIMAUDONG said...

Salam DIY

Saya tak malu bertanya DIY, Betulkah cadangan RTM Sarawak bahawa siaran radio 'waifm' Bahagian Iban akan dipendekan 30 minit.
Kalau dapat kekalkan masa siaran 'waifm' seperti biasa, Datuk.