(Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, keluar PKR hari ini dan menjadi MP bebas.)
Sepuluh lagi wakil rakyat PKR akan keluar dari parti secara berperingkat tidak lama lagi.
Bekas Setiausaha Agungnya, Datuk Salehuddin Hashim berkata puncanya kerana mereka tidak mahu lagi bersekongkol dengan corak kepimpinan parti yang kebudak-budakkan.
Enggan mendedahkan siapa yang dimaksudkan, Datuk Salehuddin berkata rakyat sendiri boleh mengagak identiti 10 wakil rakyat itu. Semuanya bukan berfahaman sosialis, tiada latar belakang pertubuhan bukan kerajaan dan juga bukan golongan liberal atau kroni.
"Kalau kita memimpin secara kebudak2an nak ejek orang yang keluar parti, akhirnya famili , saudara takde orang sebab semua kene ejek keluar . Jadi yang tinggal, mungkin selama ini yang betul2 berhasrat untuk hijack parti kerana selama ini merekalah yang betul2 jarum dalam parti."
Bekas Setiausaha Agung PKR itu juga hadir sidang akhbar ketika Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar PKR, baru-baru ini.
Sementara itu, anak Kit Siang tidak mahu komen peristiwa hari ini dan akan menyuarakan pada masa yang sesuai. Bila?
Monday, March 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Dato',
Inilah padahnya kalau selama ini hanya tahu mengkritik, menghentam kerajaan UMNO-BN, bila mereka di beri kuasa, mereka tidak mampu menerima kritikan, waima dari golongan penyokong sendiri....akhirnya mereka-mereka yg sudah mendapat pertunjuk akan meninggalkan parti PKR..... Alhamdulillah..........
Post a Comment