Friday, March 5, 2010

SUBSIDI MINYAK TIDAK BERUBAH

PUTRAJAYA 4 Mac - Kerajaan hari ini membatalkan cadangan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi petroleum setelah menerima maklum balas negatif daripada rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebagai jalan penyelesaiannya kerajaan mewujudkan Makmal Merasionalisasikan Subsidi bagi mengkaji mekanisme terbaik pelaksanaan penyaluran subsidi merangkumi bahan petroleum, makanan serta infrastruktur lain.

Dalam aspek ini, kata beliau, pihaknya akan segera mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet berhubung kaedah sesuai dalam mengekang pembelian petroleum bersubsidi negara yang turut dinikmati rakyat asing.

Ketika ini, larangan penjualan petrol dan diesel melebihi 20 liter dikuatkuasakan ke atas kenderaan asing dalam lingkungan 50 kilometer dari sempadan negara tetapi tidak di lain-lain tempat termasuk ibu negara.

"Dari segi pelaksanaan (penstrukturan semula ini), ia sebenarnya boleh dilakukan antaranya menerusi penggunaan MyKad yang hanya mengambil masa tiga saat untuk proses pembelian petrol di samping tidak memerlukan cap jari.

"Tetapi kerana pandangan-pandangan negatif rakyat perlu diutamakan kerajaan, maka cadangan ini tidak diteruskan.

"Ini menunjukkan kerajaan sentiasa terbuka dalam menerima pandangan rakyat seperti ditegaskan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengumumkan keputusan pembatalan itu di pejabatnya di sini.

Pada pembentangan Bajet 2010, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa petroleum bersubsidi kini dinikmati oleh semua kenderaan termasuk pemilik kereta mewah dan rakyat asing.

Bagi memastikan hanya golongan sasar diberi subsidi, kerajaan merancang untuk melaksanakan satu sistem penstrukturan subsidi petroleum yang akan menggunakan MyKad serta berdasarkan kuasa enjin kenderaan.

Ismail Sabri berkata, Makmal Merasionalisasikan Subsidi yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala itu dijangka menyiapkan cadangannya sebelum pembentangan Bajet 2011 tahun ini.

"Hasil dari kajian itu akan digunakan oleh kerajaan dalam menentukan dasar pemberian subsidi pada masa depan," katanya.

Dalam usaha untuk mengekalkan harga runcit petrol dan diesel, kerajaan menanggung subsidi petroleum tahun lalu sebanyak RM3.4 bilion manakala subsidi bagi diesel RM1.9 bilion.

(Renungan Rimau : Mereka yang mendapat keuntungan dengan menjual minyak kepada rakyat asing perlu diambil tindakan serta merta. Ini boleh dilihat sebagai 'sabotaj ekonomi' di mana keistimewaan untuk anak tempatan dilebarkan kepada orang lain. Ini secara tidak langsung akan merugikan negara.)

7 comments:

Manjung Mari said...

Ini semua taktik ketiak busok UMNO nak perdayakan rakyat marhaen.Hari ni dia kelentong kata minyak tak naik,tup-tup esok minyak naik melambong dan dia bagi alasan bodoh konon harga minyak kita masih terendah banding dgn Thailand,Singapore atau Pilipina.Bodoh!Bodoh! depa tu mana ada telaga minyak sendiri?? tu pasal lah harga minyak depa tinggi! Kita Petronas dok korek siang malam tapi harga dok tinggi melambong! Sampai bila UMNO nak pedaya rakyat camni? Percaya lah kalau Kerajaan PR dok kat Putrajaya esok semua rakyat akan menikmati harga minyak yg betul2 murah dan berkualiti!

Scud said...

mereka yang jual minyak pada pihak luar, boleh dimasukkan kedalam ISA atau dilucutkah taraf kenegaraan diatas tuduhan membelot negara.

ini saja cara untuk mengajar mereka yang biadap!

Sivakumar said...

Video ini memaparkan 1Malaysia yang sebenar-benarnya:

Klik sini untuk tonton.

Siti Intan Mastura said...

Assalamualaikum.

Tuan letak banner 'Daulat Tuanku' di tepi sana.

Tapi kalau Raja-raja sendiri merompak balak milik rakyat, macam mana?

Sila baca di sini, kalau tak percaya.

ibrahim yahaya said...

Sdr OKB,

Setuju termasuklah mereka yang mahu menjual 'keamanan' negara.

ibrahim yahaya said...

Sdr SIM.

Saya mendaulatkan Raja yang budiman. Sebagai rakyat Malaysia, sdr pun perlu menghormati Raja-Raja seperti yang terkandung dalam Perlembagaan dan Rukun Negara kita.

ibrahim yahaya said...

Sdr Manjong Mari,

Saya yakin rakyat tahu siapa yang perlu duduk di Putrajaya. Mereka yang berjanji dan menunaikannya. Bukan janji kosong.