Setelah lebih setahun dibincang dan diteliti serta mendapat maklum balas NGO, sektor swasta, pelabur asing dan rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan fasa pertama Model Ekonomi Baru, M-E-B.
MEB yang sememangnya dinanti-nantikan akan mengubah ekonomi negara menjadi ekonomi berpendapatan tinggi yang mampan dan inklusif serta menempatkan negara pada landasan betul untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.
Datuk seri Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata M-E-B akan menjadikan Malaysia lebih kompetitif pada peringkat serantau dan global yang menghasilkan manfaat bagi semua rakyat Malaysia di mana pendapatan per kapita masing-masing boleh meningkat kepada 15 ribu dolar amerika menjelang akhir dekad, daripada 7 ribu dollar sekarang ini.
Di bawah MEB itu, katanya kerajaan tidak lagi boleh menerima amalan "patronage", yang telah lama mencemar matlamat membantu golongan sasaran di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Pengumuman MEB dibuat Perdana Menteri dalam ucaptama sempena persidangan "Invest Malaysia 2010" di ibunegara.
Antara intipati MEB yang diumumkan hari ini ialah:
1. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan dibenar melabur lebih banyak lagi di
dalam aset di seberang laut.
2. Lembaga pembangunan Pelaburan Malaysia MIDA di korporatkan dan diberi nama baru
sebagai agensi promosi pelaburan antarabangsa untuk menjadikannya lebih efektif.
3. Kerajaan juga akan bekerjsama dengan KWSP membangunkan tanah seluas 1,200 hektar di Sungai Buloh sebagai Hub baru di Lembah Klang yang akan menghasilkan aktiviti bernilai 5 billion ringgit.
4. Dua anak syarikat Petronas akan disenaraikan di Bursa Malaysia tahun ini dalam usaha mengurangkan pegangan kerajaan dalam perniagaan dan menggalakan peranan pihak swasta.
5. Khazanah Nasional Bhd juga akan mengalihkan 32 peratus pegangannya dalam Pos Malaysia Bhd dalam 2 peringkat strategik.##
Tuesday, March 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Minta semua orang terutama Non Bumi jangan terlalu excited sangat.
Saya sendiri seorang Bumi, kalo nak apply apa saja kemudahan, bertimbun2 borang kena isi, interview itu dan ini, bawa itu ini, kalo boleh nama ayam dan itik peliharaan PUN mereka nak tau.
Sekadar nak isi borang pun dah boleh buat kepala melelong!
Lebih teruk dari nak dapat loan dari Bank!
TakExcited
Post a Comment