Posting Kedua - 6.25. petang
Tidak sampai sebulan, tiga anggota parlimen Parti Keadilan Rakyat, PKR keluar parti. Apa ni?
Hari ini, PKR kehilangan seorang lagi ahli Parlimennya, dari Bagan Serai (gambar), yang mengumumkan perletakan semua jawatannya dalam parti dan menjadi anggota Parlimen bebas berkuatkuasa serta-merta.
Alasan utama, cara politik yang diamalkan PKR dibimbangi akan mengorbankan perjuangan untuk rakyat dan kedaulatan negara. Pengumuman dibuat Mohsin, 65 tahun dengan membacakan kenyataan 2 muka surat dalam satu sidang media khas di ibu negara.
Beliau turut ditemani bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Sallehudin Hashim.
Sebelum Mohsin, MP Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng antara yang telah melakukan tindakan sama.
Seperti yang lain, Mohsin hilang keyakinan terhadap perjuangan dan matlamat politik PKR khususnya dalam mengembalikan kedudukan politik dan kedaulatan Islam di negara ini.
"Aktiviti politik yang menghalalkan pelbagai cara demi suatu matlamat yang sempit, serangan tanpa batasan terhadap semua institusi negara seperti institusi Diraja, badan kehakiman dan penguatkuasaan, termasuk meraih sokongan negara luar menyerang kedaulatan negara.."
Lebih dibimbangi, pendirian PKR berhubung isu kalimah Allah seperti menghalalkan perbuatan syirik. Juga amalan politik "rampasan perang" di mana kuasa, kedudukan dan habuan menjadi rebutan di kalangan pemimpin parti sehingga mengorbankan matlamat perjuangan untuk umat, rakyat dan agama.
Beliau juga kecewa dengan kepalsuan rancangan "16 September" pakatan PKR, PAS dan DAP untuk mengambilalih pucuk pimpinan negara.
"Bukan sahaja saya tidak diberi sebarang pembelaan, sebaliknya saya diaibkan dan dicemuh di khalayak ramai, dan yang paling malang, mereka yang khianat dan tidak amanah ini diberi pangkat, jawatan dan kedudukan dalam pentadbiran
kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat dan dalam parti.. Saya sudah sampai ke peringkat tidak dapat lagi berkompromi dengan politiking melampau ini.."
Dalam keadaan sekarang, beliau bersedia dikritik oleh anggota parti dan penyokongnya, serta bersedia rakyat menilai tindakannya itu.
Ikuti Berita Nasional RTM jam 8 malam ini.
Posting Asal - 11.55 pagi
Ahli Parlimen PKR Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri (gambar), sebentar tadi mengumumkan keluar parti untuk menjadi MP Bebas.
Beliau berkata demikian dalam sidang media.
Berita lanjut dalam Berita Nasional RTM jam 1 petang.
(Mohsin Fadzli adalah Ahli Parlimen Bagan Serai, Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti sebanyak 3,413 undi. Beliau memperolehi 18,943 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,530 undi.)
Wednesday, March 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Mari lah kita sama-sama lihat apa pula komen daripada Syed Huusin ataupun Anuar..adakah ianya melibatkan duit jugak..tetapi hakikat sebenarnya tembelang pemimpin yang menerajui PKR semakin dapat dihidu oleh pemimpin bawahan..dan mereka baru sedar mereka ini telah dipergunakan oleh saorang manusia yang berjuang untuk kepentingan diri sendiri tanpa menghiraukan nasib kaum bangsa dan agama.
Datuk,
Inilah dipanggil pejuang bangsa. Sanggup menjual maruah dan amanah rakyat.
Dia tak dapat projek kot?
Ketua PKR, AN WAR tiada qualiti kepimpinan . Beliau sudah menjadi sejarah.Oleh itu tiada peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pendapatnya sudah OUT OF DATE.Pidato penghayalnya sudah tidak berbisa lagi. Penyokongnya sudah tercium bau busuk hatinya.
Post a Comment