Thursday, March 4, 2010

CHUA SOI LEK LETAK JAWATAN

Penyelesaian krisis MCA nampak macam sudah ada jalannya.Ini berikutan pengumuman Datuk Seri Dr Chua Soi Lek meletakan jawatan Timbalan Presiden MCA berkuat kuasa Khamis.Beliau membuat pengumuman ini dalam sidang akhbar di ibupejabat MCA di Kuala Lumpur.

Turut sama meletak jawatan ialah tujuh anggota jawatankuasa pusat parti itu.Langkah ini untuk membolehkan satu pilihanraya semula parti dapat diadakan dalam masa sebulan.Sebelum ini puak yang diketuai oleh Naib Presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai menuntut mereka letak jawatan untuk berentap semula bagi menentukan siapa yang para ahli MCA sokong. Beliau dan 12 angggota jawatankuasa pusat lain sudah letak jawatan. - AGENDADAILY.

(Renungan Rimau : Bagi mereka yang tidak faham mengenai parti MCA tidak payah memberi pandangan atau kata nista. Bagi yang faham, mereka sudah tentu mengetahui bahawa MCA memang macam ini sejak dari dulu. Nombor satu dan nombor akan bergaduh. Kemudian ada orang baru ambil alih. Kemudian aman. Apabila ada orang nombor dua rasa kuat, maka orang nombor satu akan 'terasa' dengan ancaman itu. Jika orang nombor dua rasa 'boleh makan' orang nombor satu, maka bermulalah kemelut MCA. Maka, pertandingan perlu diadakan semula. Perkara ini akan berpusing, berpusing dan terus berpusing. Kepala saya pun berpusing. Ada satu lagi ialah MCA perlu tukar nama dengan menambah perkataan parti politik. Kini ia menggunakan perkataan persatuan, maka MCA ditadbir macam persatuan, bukan parti politik. Betul ke? Ada orang mencadangkan MCA diharamkan dan tubuhlah parti politik baru iaitu Malaysian Chinese Political Party (MCPP). Amacam? )

7 comments:

Faisal Azmi said...

Assalmualaikum Dato, Krisis MCA adalah krisis dalam kawalan BN.. perkara yang menarik perhatian saya untuk memberi komen di dalam blog YBhg Dato adalah sidang media ahli parlimen Kulim Bandar Baharu.. sidang medianya berkenaan perkara pokok iaitu penggunaan kalimah Allah tetapi RTM/TV1 4 Mac 2010 8 mlm (Primetime) tidak menyiarkan slot atau statement YB berkenaan dgn perkara tersebut? statement yang disiarkan oleh pihak RTM/TV1 hanya menjurus kepada ketidakadilan yang diberikan oleh pihak PKR terhadap dirinya. Saya berharap agar pihak YBhg Dato dapat atau lebih peka terhadap perkara ini. Sekian, terima kasih.

YANG GAMBI said...

Patutnya sudah lama Soi Lek berbuat demikian..... jangan samapai MCA huruhara.....

Anonymous said...

Datuk,
Permasalahan pucuk pimpinan MCA, akan memberi kesan pada Barisan Nasional. Ia juga akan memberi padah kepada BN pada pilihanraya UMUM ke-13 jika ia tidak ditangani dengan segera dan matang. Senario politik negara kini semakin kosot. Pembangkang berjaya meraih undi terbanyak pada pilihanraya lepas bukan kerana mereka kuat tetapi BN lemah. Dengan keadaan yang tidak menentu dalam MCA dan BN sekarang, ia memberi peluang yang lebih luas bagi pembangkang untuk menjayakan impian mereka untuk berkuasa tiga tahun lagi.Rata-rata kedengaran bahawa BN kini lemah dan pembangkang (pakatan rakyat) adalah dalam kedudukan terbaik sekarang untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13. RTM, JASA, Jabatan Penerangan dan BERNAMA kenalah kerja lebih keras untuk memulihkan krmbali kepercayaan rakyat kepada BN.


Anak Melaka

Abu Faiq said...

ltulah uniknya politik kaum Cina, gaduh tetap gaduh. Tapi, bila hak mereka terjentik walau sidikit, mereka kembali bersatu, tak kira yg drp MCA, Gerakan atau DAP - seikat kuat, macam batang lidi jadi penyapu.

Politik Melayu ...? Dah hampir tersungkur ke dalam gaung pun, masih parti engkau parti engkau, parti aku parti aku. Dah hampir nazak kena asak pun, tak habis-habis nak berlutu. Akhirnya, orang makan kuah, kamu jilat sudu. Tak ke begitu?

Anonymous said...

Kalau MCA - Association; mereka berlagak sebagai persatuan
MIC pula -congress (ciplak dari India-Congress Party)
UMNO-Organisation

Ini semua bukan parti, tapi persatuan, kongres, dan pertubuhan. Bunyi macam NGO saja.

Tapi yang paling koman, MIC terang terang copy tanah besar India. Sebab itulah rebranding yang Velu bising bising tu, tak menjadi...

sri hartamas

Dato' Sharifuddin Duta said...

Renungan anda salah, Dunia Tiger.

Pertandingan untuk tempat no. 1 dan no. 2 itu memang berlaku.

Tapi isu pokoknya bukan itu.

Isu pokoknya ialah MCA sudah menjadi tidak relevan lagi dalam landskap politik Malaysia.

Orang Cina dah tak ambil kisah dan tak ambil pot lagi dengan MCA.

MCA bertelagah pun sesama ahli-ahli mereka saja.

Kebanyakan orang Cina dah mengalih sokongan kepada PKR, DAP dan PAS.

Maka MCA dalam kemelut sekarang bukan saja kerana rebut kuasa, tapi lebih penting dari itu ialah krisis hilang kepercayaan dan sokongan dari masyarakat.


Fakta ini sendiri cukup untuk menjahanamkan MCA.

Sebagai parti kedua paling besar dalam Barisan Nasional (BN), ini menandakan krisis untuk BN juga.

Inilah yang menjadi satu kerisauan besar untuk UMNO.

Inilah sebabnya UMNO sedang cuba sedaya upaya untuk meniup api perkauman melalui UMNO sendiri dan melalui PERKASA dan NGO haluan kanan ekstrem yang lain untuk sekurang-kurangnya mandapatkan balik sokongan Melayu agar ia tidak perlu lagi bergantung pada sokongan Cina.

Dato' Sharifuddin Duta said...

Dan lagi satu:

RTM itu bukan hak milik kerajaan UMNO dan RTM tidak berhak menyiarkan berita untuk "memulihkan kembali kepercayaan rakyat kepada BN", seperti kata pengulas yang bernama Anak Melaka.

Ini sudah melanggari Persekutuan Perlembagaan Malaysia, kerana kegiatan begitu dikira satu penyelewengan sistem demokrasi di mana sumber negara (RTM tu milik semua rakyat Malaysia, termasuk mereka yang tidak menyokong BN) digunakan untuk memajukan kepentingan kelompok parti politik tertentu sahaja.


Ini salah dan haram di sisi undang-undang.