Friday, March 26, 2010

JANGAN PISANG BERBUAH.....

Oleh: ROSLI ISMAIL

Ini memang kes gigit jari.Semasa pilihanraya umum Mac 2008 Barisan Nasional menang kesemua tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Hulu Selangor.Anihnya PKR menang kerusi Parlimen menerusi Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia Khamis malam.

Jika dihitung majoriti kemenangan calon BN di tiga DUN iaitu Hulu Bernam,Kuala Kubu Bharu dan Batang Kali jumlah terkumpul ialah 6,179 undi. Sedangkan Dr Zainal menang kerusi Parlimen dengan majoriti hanya 198 undi. Soalnya kemana hilangnya 5,981 undi mereka yang menyokong tiga calon BN di tiga DUN berkenaan?

Di Hulu Bernam,Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor, Datuk Isris Abu Bakar menewaskan calon PAS Abdul Shukor Ali dengan majoriti 3,549 undi. Idris mendapat 7,985 undi manakala Shukor 4,436 undi.Di situ ada seramai 17,549 pengundi.

Di DUN Kuala Kubu Bharu calon MCA ,Wong Kun Moon menewaskan calon DAP Annamalai Ramu dengan majoriti 448 undi. Beliau dapat 6,107 undi manakala Ramu 6,555.Pengundi di situ ialah seramai 18,212 orang.

Di DUN Batang kali calon UMNO Mohd Isa Abu Kasim menewaskan calon Mohd Nasarudin Abdul Aziz dengan majoriti 2,179 undi .

Mohd Isa dapat 11,724 undi manakala Mohd Nasarudin 9,545 undi. Pengundi ialah seramai 27,832 orang. Calon kerusi Parlimen BN ialah Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanivel.Beliau dapat 22,979 undi manakala Allahyarham Dr Zainal 23,177.Pengundi untuk kerusi Parlimen ialah seramai 63,593 orang.

Ikut ceritanya yang bertiup di Hulu Selangor ialah ini semata-mata kerana orang di situ mahukan calon Melayu sebagai Ahli Parlimen mereka.

Betul kah begitu?

Nampaknya apa analisa sekalipun petunjuknya nampak macam begitu kerana jika tidak …tidak mungkin keputusannya boleh songsang sampai begitu sekali. Perbezaan undi pula bukan sedikit tetapi sampai 5,981.

Kalau sekadar 200 atau 300 undi mungkin berbagai andaian lain boleh diberi.

Makanya menjelang pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor yang bakal berlangsung dalam masa 60 hari dari sekarang ada kalanganpemerhati politik yang bertanya apakah BN sangguh berjudi nasib sekali lagi dengan seorang calon MIC di situ.

Jika mengikut ikatan persefahaman pembahagian kerusi antara komponen BN menang ada satu ikatan ia tidak boleh diubah.

Namun pilihanraya kecil kali ini dikira sangat strategik.

Ini mengenangkan senario politik semasa kebelakangan ini pastinya membuatkan BN kata ia mesti menang dan PKR pun kata ia mesti menang.

Semua orang hendak lihat apakah kesan empat orang Ahli Parlimen PKR bertindak keluar baru-baru ini dan berbagai pendedahan yang mereka buat.Begitu juga kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

takdirnya penentu on the ground yang tiba-tiba muncul untuk membuat perhitungan itu ialah menerusi pilihanraya kecil Hulu Selangor.

Tolak sebelah apa faktor sekalipun jika PKR mengekalkan kerusi itu ia dengan mudah akan berkata ‘ tengok tak ada apa-apa kesan pun’…. Keadaan itu pasti akan mencetuskan tekanan yang berat pada BN untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 nanti.

Dilihat dari mata kasar berdasarkan keputusan songsang di Hulu Selangor masa pilihanraya umum 2008 ,BN akan terus meletakan dirinya sebagai underdog jika kekal dengan Palanivel atau mana-mana calon MIC dalam pilihanraya kecil itu.

Menurut para pemerhati jika MIC sebagai rakan setia dalam BN dan hendak melihat BN dapat mengibarkan balik bendera di Hulu Selangor maka ia harus berkorban dan bertolak ansur dari ikatan perjanjian dan membuka jalan bagi seorang calon UMNO bertanding.

Ramai yang merasa BN boleh berlapang dada dan merasa beban berkurangan dengan sendirinya jika seorang calon Melayu bertanding.

Ini bukan kerana soal perkauman atau apa tetapi realiti dan hakikat politik serta kehendak orang Hulu Selangor sendiri. Ada juga yang melihat kemungkinan itu mungkin tipis kerana MIC tentu berkeras hendak membuktikan MIC BOLEH….bagi mengembalikan balik imejnya yang hampir punah ranah masa pilihanraya umum 2008.

Soalan yang paling menarik….wajarkah BN berjudi nasib di Hulu Selangor.- AGENDADAILY.

12 comments:

zainal mohd jais said...

Dato',
Dalam keadaan kurang selesa, dan banyak indikator menyatakan begitu, eloklah dengar cakap rakyat. Konsensus tradisi tak patut dipatuhi membuta tuli, kalau strategi mengatakan calon Melayu boleh menang, nah, giliran MCA dan MIC kena bagi laluan.
Dato' Membuta tuli dan kalah, akan menunjukkan kita tak cerdik.

Anonymous said...

AKU RASA MACAM ORANG BODOH.

BILA MELAYU MAJORITI...
CALUN YANG BERTANDING ADALAH BUKAN MELAYU.

PELIK...
PELIK BIN AJAIB...

INILAH MASA MELAYU MENJADI TUAN DIBUMI MELAYU.

KALAU DIBIARKAN..
SEMEMANGNYA MELAYU PEKAK KERANA TIDAK MEMAHAMI MAJORITI MELAYU.

-anak kedah-

SITI NORBAINI said...

saya rasa ini peluang semua pihak menyaksikan benarkah krisis PKR menggugat kepercayaan rakyat di Hulu Selangor..As for BN, ini juga peluang merebut kembali kepercayaan rakyat..what say you?

Anonymous said...

PRU 12 tidak bolih dijadikan 'benchmark' untuk pilihana raya kecil ini. 2008 tahun tak menentu dan ramai pengundi2 dalam dilema. Selepas 2 tahun PR mentadbir Selangor maka pengundi2 sekarang lebih matang, bijak dan akan memangkah kertas undi dengan lebih yakin. PR mempunyai laluan yang mudah memandangkan rekodnya 2 tahun kerana dapat membongkar banyak salahlaku BN Selangor selama 52 tahun.

hati panas said...

nak selamat jangan ikot kota... nanti kena pulau...

tak pecaya boleh cuba. samada BN bungkus atau tidak...

Unknown said...

Bantu kami - Kami ingin berkembang: Blog Datuk/tuan/puan ini telah kami link di website kami (Bahagian Blogroll), harap Datuk/tuan/puan dapat membantu kami dengan meletakan link

kami pula di blog Datuk/tuan/puan....Terima kasih

http://mybloghub.my/

Anonymous said...

Datuk Tiger,
Pemilih Melayu tolak calon India. Mereka tidak suka Samy Velu yang banyak cakap. Datuk Palani juga cakap tak serupa bikin macam bos dia juga. Jika Palani dikekalkan sebagai calon BN kali ini, harapan untuk menang pasti kecewa kecuali PKR turut letak calon India.
Jika BN letk calon Melayu dan PKR letak calon Melayu juga, BN pasti menang dengan mudah. Pemilih Hulu Selangor masih sayang BN tetapi not Palani or MIC. Even many Indian voters can not terima Palani. To us, MIC is dead.

Suara Perindu said...

Datuk, UMNO patut meletakkan calonnya di Hulu Selangor kerana majoritinya kawasan Melayu. MIC kena fahamlah.

kita anak melayu said...

Datuk Tiger, Anwar terus cuba pecahkan Melayu

Rashidah Ibrahim said...

Assalamualaikum Datuk Tiger,... ini saja nak jemput lawat blog `suka-suka' kita www.idarashida.blogspot.com

Anonymous said...

Seronok menonton TV menemuramah orang Melayu, Cina dan India diHulu Selangor baru2 ni. Semua kata tak ada pembangunan, rakyat miskin dll sejak Pakatan ambil alih 2 tahun lalu. Saya tersenyum....betul kah? Selama ini 52 tahun BN yang pegang Hulu Selangor, macam mana dalam masa 2 tahun rakyat semua miskin, tak ada pembangunan dan dalam kesusahan...anih dan kejam betul Pakatan ni!

Anonymous said...

Datuk tiger,
Berdasarkan keputusan pilihanraya DUN Batang Kali dan Hulu Bernam, jelas dan nyata pemilih memebri undi kepada UMNO berbanding Kuala Kubu Baru. Bagi kerusi Parlimen pula, pemilih bagi kepada calon PKR bukan BN juga jelas dan nyata sebabnya. Jadi janganlah lagi BN cuba memperkecil-kecilkan kewarasan pemilih Hulu Selangor dengan terus meletakkan calon daripada MIC. Pemilih telah tolak MIC dan jangan paksa pemilih protes lagi. For your info. not all Indian and Chinese voters support BN and Malay voters had shown their wishes during the last general election. Tepok dada tanya selera, mau menang atau hanya mau jaga hati kawan.

Matt Piah