Saturday, April 24, 2010

JANGAN INGKAR TITAH SULTAN

Posting Kedua - 9.25 malam

Untuk memastikan BN menang, jentera BN diminta memastikan jumlah pengundi keluar mengundi mestilah melebihi 60 peratus. Atau 80 peratus. Lebih elok 100 peratus. Oleh itu, jentera perlu memastikan pengundi keluar awal pagi dan tidak menunggu sebelah petang. Mungkin hujan atau tindakan provokasi pihak tertentu seperti yang berlaku dalam pilihan raya sebelum ini. Oleh itu, penulis rasa eloklah kedua-dua pihak bersifat 'anak jantan' dalam memastikan PRK Hulu Selangor esok berjalan lancar. Selepas penat berkempen dan membuat pelbagai pendekatan untuk memenangi pengundi, biarlah pengundi tenang untuk mengundi esok. Apa jadi dengan 'tempoh bertenang' atau 'cooling period' yang pernah disebut-sebutkan sebelum ini?

Posting Asal - 8.57 malam

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor untuk memilih Ahli Parlimen. Bukan untuk mengingkari titah Sultan. Bukan untuk menghina Institusi Raja-raja Melayu dan Perlembagaan. Mudah saja, bertanding dan pilih calon terbaik. Jangan terlalu mengikut emosi sehingga kita dilihat sebagai tidak siuman atau sudah nyanyuk.

Bagaimanapun, ada pihak yang mengambil keputusan bukan saja mengingkari titah Sultan Selangor tetapi juga menyifatkannya sebagai 'arahan mengarut'. Apa ni? Jangan ingkar titah Sultan jika menganggap diri kita rakyat Malaysia yang taat setia dan menghormati Raja-Raja Melayu. Ingatlah ketika bercakap walaupun ketika tengah seronok berpolitik. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Oleh itu, pengundi Hulu Selangor perlu bertanya kepada diri mereka apa yang sebenarnya mereka mahu. Masa depan anak-anak mereka terjamin dengan parti yang sudah memaparkan sejarah cemerlang sejak merdeka. Parti yang mengaku ada kelemahan tetapi sentiasa berusaha memperbaikinya dari semasa ke semasa. Tidak malu untuk mengaku silap tetapi memperbaikinya apabila ada pemimpin tertinggi baru mengambilalih.

Adakah mereka mahu...parti yang berjanji untuk mengotakan janji mereka walaupun ketika tiada pilihan raya seperti yang diumumkan oleh PM membabitkan RM17 juta untuk penduduk di Taman Sentosa. Untuk membaiki bumbung flat mereka yang rosak dan projek itu dimajukan oleh swasta. Kerajaan tolong rakyat walaupun projek itu sektor swasta yang laksanakan.

Atau...parti yang merepek dan sanggup mengingkari titah Sultan termasuk kenyataan Menteri Besar Selangor yang mengaitkan pendekatan menggunakan masjid dengan pemikir Barat. Mungkin beliau tidak tahu apa yang diperkatakan.

Atau terlalu mengikut emosi untuk menyokong Datuk Nik Aziz yang anggap arahan tidak menggunakan masjid sama seperti arahan penjajah dan mengarut. Perrrgghh.. Tinggi amat tinggi kenyataan Menteri Besar Selangor yang mengaitkan pemikir Barat dengan masjid sehingga kita pun pening. Biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya.

2 comments:

Anonymous said...

Sudah terlalu banyak pihak Pakatan Haram Jadah menlanggar undang-undang atau pun arahan kerajaan, dan terbaru anak haram jadah yang bernama nik aziz bin nik mat dengan biadap dan kurang ajar mengingkari perintah sultan selangor. haram jadah ni memang sial, sultan kelantan pun dia ingkar seelok-eloknya haram jadah ni9 dicampakkan kedalam tong najis aje.

Unknown said...

utk pengtahwan saudara masjid dizaman rasul dan sahabat2 adalah
parliman utk orang2 islam maka apa
salah nya jika nik aziz tidak sependapat dgn saudara, maka berhujah lah dgn hukum tuhan bukan
dgn undang2 ciptaan manusia.