Friday, September 3, 2010

JANGAN JADI KEBUDAK-BUDAKKAN

Selepas 53 tahun merdeka, bagaimanakah sikap rakyat negara ini? Sudah tentulah anda merasakan mereka lebih matang dan mempunyai sikap 'penerimaan' seperti yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia.

Namun, beberapa perkembangan terbaru membabitkan kenyataan berbaur perkauman pasti menimbulkan 1001 pertanyaan. Apakah rakyat negara ini belum matang? Apakah ada pihak yang mahu menonjolkan diri sebagai hero bangsa atau kaum? Atau ada pihak yang mahu mengambil kesempatan daripada sikap pemimpin negara yang lebih mesra? Adakah ada pihak yang ingin menyebarkan fahaman tertentu seperti komunis?

Ada pandangan terutama di kalangan orang Melayu menyifatkan perbuatan pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman itu sebagai menguji kesabaran sesetengah pihak. Mereka juga merasakan golongan tertentu ini cuba mengambil kesempatan daripada sikap mesra pemimpin tertinggi negara. Tiada atau kurangnya tindakan ISA ketika ini maka mereka lebih lantang bersuara. Ini sudah tentulah tidak sihat dan menggalakkan lebih ramai berbuat demikian.

Namun, kenyataan orang nombor satu dan dua negara bahawa tindakan tegas akan diambil kepada golongan sebegini mungkin meredakan keadaan. Tetapi tindakan susulan selepas ini amat dinanti-nantikan. Terutama selepas amaran berkenaan. Jika tidak, amaran yang diberikan sekadar gertakan yang tidak bermakna. Seperti kucing yang disergah atau terhimpit di dinding, akan cuba meninggikan dirinya atau menegakkan bulu untuk menakutkan lawan. Selepas lawan beredar, ia menjadi kucing semula.

Apa yang menakutkan ialah tindakan golongan yang menyebarkan fahaman tertentu seperti komunis. Ini sudah tentu memerlukan tindakan bersepadu untuk membanteras mereka. Dalam ertikata lain jika mereka menggunakan medium seperti televisyen atau radio, mereka perlu dihalang atau diambil tindakan. Jika mereka pergi sekeliling negara menyampaikan ceramah membenci kerajaan dan menyebarkan fahaman songsang itu, mereka ini perlu ditahan segera sama ada di bawah ISA atau perundangan lain. Semua tindakan/perbuatan yang berbaur perkauman atau mahu memporak-perandakan negara ini perlu diambil tindakan serta-merta.

Begitu juga bagi yang mahu menonjolkan diri sebagai pejuang kaum. Bagaimanapun istilah pejuang kaum itu juga mempunyai konotasi tertentu yang menjurus ke arah melampau. Ini termasuk mempersendakan Perlembagaan atau menimbulkan soal yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaan itu sendiri. Bagi golongan ini kelekaan mereka beriya-iya untuk muncul juara kaum menyebabkan apa yang dikeluarkan dari mulut adalah perkara bodoh dan tidak logik. Ataupun mahu menguji kesabaran sesuatu pihak. Yang paling menakutkan ialah untuk menghina bangsa tertentu yang sudah tentu tidak sihat untuk negara. Bertindak segera.

2 comments:

Salam Perjuangan said...

Salam Perjuangan

Pertama kita kena lihat apakah punca gerakan berbentuk perkauman ini??? sebelum ini melayu, cina & india tidak langsung berjuang demi perkauman 'secara nyata'... bentuk perjuangan ini hanya timbul beberapa ketika ini...

Pencetus atau punca pertama yg saya dapat lihat ialah sejurus sebelum PRU 12 kaum cina & India dilihat 'memberontak' mempersoalkan hak keistimewaan yg diperuntukkan kepada Kaum Melayu... malahan mereka sewenangnya secara terbuka memfitnah kononnya ditindas dan sebagainya... lihat gerak geri HINDRAF, DAP malahan PKR waktu itu...

Kenapa mereka memainkan sentimen perkauman ini... nah! rupanya bertujuan memesongkan pemikiran rakyat dari melihat isu sebenar dan paling utama iaitu PERPADUAN kepada politik perkauman yg sempit... terbukti dengan BN tewas kepada Pakatan Rakyat hasil undi Cina & India yang berubah arah dan disokong undi melayu hasil penangan pembebasan Anwar Ibrahim....

Kenapa bermula ketika itu dan sehingga kini kaum cina & india terus menerus berani menghina kaum melayu dan bertindak atas politik perkauman... Mereka berani kerana ada melayu yang dengan rela menjadi pengkhianat dengan menyokong tuntutan tidak munasabah kaum Cina & India... Anwar Ibrahim dengan kepetahan hujah dan karisma beliau disokong oleh 'fatwa' daripada PAS merupakan pakej lengkap untuk menjahanamkan kestabilan negara...

Kerelaaan Anwar (PKR) dan PAS menjadi 'si kitol' aka petualang bangsa hanyalah satu iaitu demi kuasa... menjatuhkan BN dan memerintah... namun apakah mereka tidak berfikir jauh nanti jika Allah mentakdirkan Pakatan Berkuasa... apakah nasib dan letaknya kedudukan bangsa melayu & Islam ketika itu apabila hak bangsa dan martabat Islam telah kita lacurkan dan gadai demi kuasa...

Lihat sahaja PAS sanggup menolak perjuangan demi Islam dan rela mengeluarkan 'fatwa' mengelirukan dengan pentafsiran laksana pengamal 'Islam Liberal' demi meng'halal'kan tindakan DAP walaupun parti ini terang-terangan memusuhi Islam malahan bersikap 'rasis' terhadap melayu dan Islam... melayu di dalam PKR pula lantang mengkritik bangsa melayu & semangat nasionalisme... hinggakan hak keistimewaan bangsa sendiri (melayu) dipersoalkan dan dikatakan tidak relevan... malahan turut menyokong idea 'kesamarataan' walaupun jelas realiti bangsa melayu yg masih gagal bersaing walaupun menerima bantuan...

Istilah 'RASIS' seingat saya mula digunakan apabila melayu mula 'vokal' mempertahankan hak keistimewaan ini dari terus dipersoalkan bangsa lain... Istilah ini mula digunakan oleh pemimpin CINA... Apa yang menghairankan tindakan bangkit mempertahankan hak ini dianggap 'rasis' malahan dalam kes tertentu ada pemimpin melayu yang dihukum kerana kenyataan 'SEBENAR' yg disampaikan... Yang jelas Kerajaan, Parti Politik & Pemimpin mengamalkan 'double standard' dalam perkara ini kerana kaum cina dan india yang mempersoalkan & mencabar hak keistimewaan Melayu seperti diberikan keistimewaan dengan tidak dihukum dan sewenangnya diberikan ruang untuk terus menerus memainkan isu perkauman ini...

bersambung....

jebat said...

Salam Takzim Dato,

Memang perjuangan perkauman itu tidak baik akibat nya

Tapi, siapa yang mulakan ??

Berbalik kepada kotark sosial..
Melayu bersetuju India (keling) dan Cina diberi kerakyatan tapi Melayu punya hak istimewa.

La ni depa pusing balik !!
Mereka ungkit keistimewaan oarng melayu.

Kita sepatutnya ungkit hak, kerakyatan mereka !!
Baru-lah seimbang !!

Semuanya ada unsur KOMUNISME terutama pada pemimpin2 BN dari pati lain dari UMNO. Misalnya CSL, SV dan lain-lain.

Pemimpin melayu telh di butakan dan tak menyedari hal ini.

Allah tutupkan hati mereka, pandangan mereka, dan pendengaran mereka (kerana keingkaran mereka) Dan bagi mereka azah yang besar (Al Baqarah ayat 7)

MARILAH KITA BERJUANG!!