Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA MERDEKA MERDEKA

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 53. Semoga negara kita akan terus aman dan makmur. Tiada persengketaan yang merugikan kita semua. Tiada prasangka yang mewujudkan rasa tidak selesa dan saling tuduh menuduh. Tiada tindakan mengungkit perkara yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaan oleh pemimpin besar negara pada masa dulu. Mereka amat mencintai negara ini dan tidak sanggup sesiapapun memusnahkan negara tercinta ini.

Mari bersama menentang kepalsuan dan jenayah yang dilakukan oleh pengkhianat bangsa. Mereka akan sentiasa mencari peluang untuk memporak-perandakan negara ini dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Ingatlah lakonan Salleh Kamil sebagai Buang dalam Sarjan Hassan yang menjadi ejen Jepun untuk menangkap orang Melayu yang menentang Jepun. Pengkhianat ini masih ada di kalangan kita dan mereka tidak akan berhenti mendengar arahan 'tuan besar' yang mahu menjajah semula negara ini. Mereka sanggup menggadaikan maruah diri demi untuk meraih keuntungan kewangan yang besar. Perangai Buang yang pendendam mahu mencapai cita-cita sendiri untuk mengahwini Salmah seperti sesetengah dari kita yang mahu menjadi pemimpin negara dengan apa cara sekalipun. Ini termasuk menggalakkan orang bukan Islam menceroboh surau dan masjid kita demi untuk 'menyakitkan' hati kita. Yang paling menyakitkan ialah ada 'ular dalam semak' yang menyamar sebagai ulama yang sentiasa menghalalkan semua perbuatan musuh Islam. Minta dijauhkan malapetaka daripada negara ini. Jadilah Salmah yang sanggup mati daripada menjadi isteri Buang, pengkhianat bangsa. Ingatlah apa yang dikatakan oleh Sarjan Hassan, ' Jangan ada lagi tali barut seperti Buang ini. Mereka akan memusnahkan keturunan kita. Marilah kita bersatu demi kepentingan negara kita." Jangan bersekongkol dengan petualang negara. Amin.

4 comments:

Anonymous said...

http://zahrainmp.blogspot.com/2010/08/nasib-melayu-di-pulau-pinang.html

Kenn said...

perjuangkan juga kemerdekaan sistem pendidikan negara ini dari ciri-ciri anti-nasional

jebat said...

Selamat Menyambut Kmerdekaan yang ke 53.

Merdekakah kita ?
Saorang penjajah dinegara kita tak terkendali. Apa maknanya kemerdekaan ?.

Pi rahhh !!
Mana menteri yang bertanggung jawab ?

Atau TNAGGUNGJWABNYA dah humban ke SUNGAI SEMBERONG di Hulu Sungai Johor ??

Anak Merdeka said...

maaf lari topik sket...

saya kurang berpuas hati berkenaan dengan masa tayangan dokumentari garis waktu yg disiarkan RTM pada hari isnin pukul 12.00 tengah hari... bagi saya dokumentari seperti itu harus ditayangkan pada waktu perdana.. dokumentari tersebut amat2 bernilai sekali kepada semua gnerasi masyarakat...sayang sekali ditayangkan pada waktu tersebut kerana tiada sesiapun yang boleh menontonnya...