Monday, October 4, 2010

ROMBAKAN KABINET BULAN INI?

Rombakan Kabinet? Inilah antara bahan perbualan ketika musim raya baru-baru ini terutama jika ada orang politik yang menimbulkannya. DIY juga tidak terlepas daripada pertanyaan itu dan jawapan ringkas ialah, "Perdana Menteri yang akan menentukan perkara itu."

Hakikatnya, PM adalah individu yang membuat keputusan untuk merombak Kabinetnya. Alasan? Sudah pasti beliau mempunyai pelbagai faktor yang menentukan perubahan dalam Kabinet. Itupun jika perlu. Antaranya ialah prestasi Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik selama ini. Adakah mereka mencapai KPI yang ditetapkan? Apakah segala arahan PM selama ini dilaksanakan dengan baik dan memberi outcome yang boleh dibanggakan?

Prestasi ini penting untuk memastikan prestasi kerajaan berada di tahap yang meyakinkan rakyat. Sudah tentu rakyat mahu tahu slogan yang diperkenalkan oleh PM itu benar-benar mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Jika rakyat tidak diutamakan sudah tentu ia menjejaskan hasrat sebenar PM untuk memastikan nasib rakyat terbela. Rakyat perlu dibantu dalam segala bentuk terutama mereka yang memerlukan. Mereka yang memerlukan bekalan elektrik dan air. Rakyat memerlukan pekerjaan untuk meneruskan hidup mereka. Rakyat perlukan keselamatan dan keselesaaan hidup terutama di kawasan luar bandar.

Pencapaian? Rakyat mahu melihat kerajaan berjaya memastikan segala dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat. Menteri Kabinet yang dilantik perlu menjalankan tugas mereka dengan cekap dan sebaik mungkin. Tiada kompromi kepada pencapaian terbaik kerana tanpa output dan outcome, rakyat akan terus ketinggalan.

Janji-janji kerajaan perlu dilaksanakan segera sebelum PRU13. Kerajaan BN amat berbeza dengan kerajaan pembangkang di negeri-negeri kerana BN perlu mengekalkan prestasi untuk dipastikan mendapat undi pada PRU yang akan datang. Bagi pembangkang, mereka tidak kisah dengan perkara ini kerana mereka mempunyai senjata yang lebih ampuh iaitu membuat pelbagai dakwaan sehinggakan rakyat keliru dengan pencapaian BN, walaupun dakwaan itu tidak benar dan palsu.

Sudah tentulah tumpuan PM kali ini menjurus kepada Kementerian yang ditetapkan KPI segera untuk membantu rakyat termasuklah Pendidikan, Kesihatan, Wilayah dan Luar bandar, KDN dan KPKK. Kementerian lain juga tidak terlepas daripada tanggungjawab membantu rakyat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Selain itu, adakah PM akan terus mengekalkan atau menukar Kementerian tertentu sejajar dengan perkembangan semasa. Umpamanya, KPKK adalah Kementerian yang kedua terbesar selepas JPM dengan pengawasan terhadap 18 agensi. Ia membabitkan penerangan, k0munikasi dan kebudayaan. Apakah Kementerian yang mengawasi pendidikan akan disatukan semula? Apakah Kementerian Pelancongan akan mendapat 'cabang kesenian dan kebudayaannya' pada masa akan datang? Inilah perkara yang pasti diberikan perhatian oleh PM.

4 comments:

Anonymous said...

Kalau mahukan pencapaian yg lebih baik pada PRU akan datang, rombakan perlu disegerakan.
Lebih banyak muka-muka baru dan muda perlu ditonjolkan utk membolihkan rakyat menilai sendiri pimpinan masa hadapan.
Kabinet sekarang dilihat sebagai kabinet yg sudah putus haid,banyak sangat muka lama yg amat memualkan.
Kebanyakan ahli bekas kabinet Dolah Badawi perlu digantikan.
KJ tidak diperlukan didalam kabinet.

jebat said...

Salam Takzim DIY,

Semuga terbuka pandangan, pendengaran, dan penglihatan PM kita dan memilih mereka yang benar benar layak memegang jawatan MENTERI.

BERTAHAJUD lah dan memohon petunjuk ALLAH .

Rakyat mula muak dengan telatah setengah setengah menteri:

Yang bercakap macam orang MABOK,

Yang bertudung tapi nampak Jambul macam tudung ala BANGLA.

Yang memberi amaran tak berhenti tapi tanpa tindakan yang jitu,

Yang membuat pengumuman yang belum muktamad.

Yang jadi juru adu domba perkauman,

Dan lain-lain lagi.

Janganlah sampai "ALLAH TUTUPKAN HATINYA, PENDENGARAN NYA, DAN PENGLI8HATAN NYA, hanya Krana keingkaran nya.

one one no belen said...

Salam.Semenangnya rombakan kabinet amat perlu untuk memastikan kerajaan dapat berjalan dengan lancar.Menteri menteri yang lemah perlu digantikan dengan yang lebih baik.

Anonymous said...

Mengikut kata orang dalaman - sebuah kementerian baru akan diujudkan dan seorang menerti yang pasti akan ditukarkan ke potfolia yang akan menjaga kementerian baru itu nanti - Kementerian Amaran dan Amaran Keras-
Menurut satu sumber lain, dato Seri Hishammuddin telah di fikrikan calon yang layak menajdi menteri berkenaan.

(hanya imiginasi..)