Saturday, October 23, 2010

UCAPAN DAN PERBAHASAN - ALAHAI

Bersembang dengan kenkawan di Riverside semalam, membolehkan DIY mendapat pelbagai maklumat, pandangan dan syor berhubung dengan Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan sejak beberapa hari lalu. Sudah pasti ia bertitik-tolak daripada ucapan Presiden dan Timbalan Presiden sehinggalah kepada pemimpin tiga sayap iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri.

Ketika ada yang memuji ucapan mereka, ada juga yang melihat sepi. Mungkin dilihat tidak bertenaga. Masing-masing bertanya siapakah penulis ucapan itu dan idea siapa. Mengapa? Ada yang berpendapat ucapan yang dilontarkan ada yang bertenaga dan memberi suntikan baru. Ada juga yang tidak bermaya sekadar retorik dan mungkin diulangtayang atau diulangsiar. Ini kerana kekurangan bahan dan idea baru yang dipersembahkan. Apabila ucapan lemah maka orang akan mempersoalkan bentuk kepemimpinan yang ingin dibawa oleh pemimpin yang berucap. Ucapan banyak dikaitkan dengan orang yang memberi ucapan. Orang tidak peduli siapa yang menyiapkannya. Yang penting perlu baik, bernas dan bertenaga.

Ramai yang memuji ucapan orang nombor satu dan nombor dua. Terbaik, kata mereka. Walaupun ada teguran tetapi bagi mereka ia melepasi tahap. Bagi yang lain, pelbagai pandangan dilontarkan terutama penggunaan ayat dan perkataan. Tidak menghairankan kerana masing-masing mempunyai pandangan sendiri. Mungkin terkena hidung sendiri apabila ucapan itu diharungi, maka ucapan itu tidak baik. Atau tahap mereka lebih tinggi berbanding tahap penulis ucapan itu. Atau mereka pernah mendengarnya. Entahlah.

Ucapan memerlukan satu suntikan yang boleh dibanggakan dan mungkin mengejutkan semua pihak. Membuat ucapan bukan mudah. Tetapi memerlukan satu perapian. Seperti juga mendandan rambut agar cantik dan dipuji. Bukan ucapan ketika pembukaan Mesyuarat PIBG atau JKKK. Ucapan parti keramat. Sentiasa dinanti-nantikan. Ia memerlukan kajian mendalam isu dan masalah semasa. Ia perlu dikaitkan dengan sejarah dan halatuju masa depan. Masa depan bukan destinasi tetapi perancangan ke arah itu.

Tatkala perbualan mengenai ucapan berkemundang, ada juga yang memperkatakan persembahan perbahasan. Ketika ada yang memuji seorang dua pembahas, tetapi ramai pula yang berkata lemah dan tidak bermaya. Betul ke? Mengapa? Atau mereka yang memperkatakan itu sudah lali dengan ucapan dan tidak berminat lagi. Atau tidak mempunyai formula membuka mata seperti lawak jenaka dan pantun seloka. Atau tidak mempunyai isi sekadar untuk membodek, memuji dan menembak di dalam gelap. Ada yang berkata, pembahas 'ditaklimatkan'. Apa? Ditalkinkan? Mengapa perlu begitu. Untuk menjaga hati orang lain yang sedang mengikuti PAU. Mengapa perhimpunan orang lain boleh tetapi pembahas PAU tidak boleh 'pau' orang lain. Dua taraf atau double standard. Inikah ruginya menjadi tunjang? Atau kita takut dengan bayang-bayang sendiri. Entahlah.

Perlu diingat bahawa bukan mudah untuk berdiri dan berucap di hadapan beribu mata dan fikiran. Ada yang berdiri di podium, menggigil sepanjang masa ketika berdiri. Ada yang pucat muka dan tidak ketinggalan yang sejuk segalanya. Bukan mudah untuk berucap dan menarik perhatian perwakilan. Ada yang membuat lawak tetapi perwakilan tidak ketawa. Ada yang berpantun tetapi tidak dipedulikan kerana tonasi yang mendatar atau bercakap dengan mulut yang tertutup. Ada membaca ayat suci yang tidak kena. Salah pilih. Entahlah.

Sebenarnya, dalam perbahasan perlu disertakan cadangan bernas. Bukan menghentam kerajaan saja atau menuding jari. Satu menunjukkan kehadapan, empat menunjuk diri sendiri. Mereka perlu mengemukakan syor tertentu untuk dibahaskan oleh orang lain. Umpamanya, perwakilan dari negeri kalah perlu menerangkan apa yang mereka lakukan ketika ini dan masa hadapan. Mereka perlu membentangkan syor-syor bernas untuk dibahaskan agar semua fikiran disatukan demi untuk menang. Mungkin tidak mahu kerana ia rahsia? Ya, ia mungkin rahsia dari segi gerak saraf dan perang sarafnya tetapi perlu ada lontaran idea yang baik. Bukan membelasah, menuding jari atau entah apa-apa.

2 comments:

Anonymous said...

DIY,
Bukan senang to please semua orang.Tidak ada orang politik berpuashati dengan pandangan orang lain kecuali daripada kroninya sahaja.Bagitu juga dengan Boss you, tidak boleh ditegur sedikit dah melengting macam cacing kepanasan. Dijolok sikit dah gelabah. Bacalah isi dan pandangan N# bloggers dengan terliti barulah buat keputusan, Pahamlah yang tersurat dan tersirat. Fikirlah seperti seorang lawyer dan Phd bukan seorang politikus dan menteri. Jika soalan ditanyaa sila jawab dan jika tuduhan dibuat perjelaslah dengan baik dan bertamudun. Ada kuasa gunalha dengan baik ada kedudukan jaga krebilitinya, ada pejaran gunalah dengan sebaik mungkin.Sebagai seorang politikus jauhi "bergaduh" dengan media terutama bloggers. He should engage and menage the media bukan confronting. Jabatan Penerangan RTMdan Bernama bolehlah dia "budak-budakan" ini dengan cuba nak main api dengan "powerful" bloggers. Sekrang apa lagi dia nak bakar dulu merajuk "bakar jambatan" esok digugurkan oleg DS Najib daripada kabinet baru tahu tanah tinggi atau rendah.Jika najib kekalnya lagi, namanya sudah pasti akan tersisih pada PU akan datang. As a blogger yourself, apaa pendapat you tentang Bos you yang diwrong advicedkan oleh so called his penasihat, you included.


Tigeress Wood

ibrahim yahaya said...

kami banyak belajar daripada DSU. beliau adalah seorang guru yang baik. terima kasih.