Thursday, November 10, 2011

APA MOTIF SERANG SHAHRIZAT?

KUALA LUMPUR : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata isu berkaitan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dikaitkan dengan anggota keluarganya merupakan satu agenda politik oleh pihak pembangkang.

Shahrizat berkata dakwaan pembangkang bahawa kerajaan telah berbohong mengenai jumlah peruntukan yang telah disalurkan kepada projek NFC melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani adalah tidak benar.

"Serangan ini merupa percubaan dari pihak pembangkang untuk melemahkan semangat saya. Saya rasa isu NFC ini telahpun dijawab dengan panjang lebar oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar," katanya.

Pembangkang bukan berminat terhadap isu NFC tetapi menggunakan isu NFC untuk menyerang dirinya selaku Ketua Wanita Umno dan Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Raja'ah:Seni, Idea dan Kreativiti Sulaiman Esa Dari 1950an-2011 di Balai Seni Visual Negara.

"Perkara pokoknya ialah Noh Omar dah jawab mengenai isu berkenaan dan saya rasa gembira kerana pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memantau kejayaaan projek itu," katanya.

"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya.

Shahrizat berkata beliau juga gembira kerana kementerian akan pantau kejayaan projek itu.

"Mereka (pembangkang) bukan minat sangat dengan NFC. Itu memang diarahkan kepada saya, selaku ketua Wanita Umno, dan juga pengerusi Wanita BN," katanya lagi.-AGENDADAILY (9/11/2011)

(Renungan Rimau : Apakah motif pembangkang menyerang DS Shahrizat? Adakah Ketua Wanita UMNO itu begitu kukuh dan perlu digoyangkan? Adakah pemimpin wanita itu yang gigih bekerja untuk membantu DS Najib Tun Razak, perlu dimalukan demi untuk melemahkan Wanita BN khas Wanita UMNO? Jawapan ini perlu dicari kerana secara tiba-tiba Ketua Wanita itu diserang dan isu yang dimainkan ialah NFC yang ada kaitan dengan keluarganya. Adakah maklumat mengenai isu ini disebarkan oleh orang dalam?)

5 comments:

Anonymous said...

betul jugak tok, ini bukan isu shahrizat tapi lebih menjurus kepada isu salleh budu! suruhlah salleh budu sendiri jawab, sharizat takde kena mengena walaupun tido sebantal, setilam dengna salleh budu nih.....ini barulah ade ketelusan bagi sebuah kerajaan yang dahulukan rakyat, utamakan pencapaian kroni dan anak2 kroni.....

Anonymous said...

Bagi org politik, ini adalah serangan terhadap menteri berkenaan.

Tapi bagi rakyat biasa, mereka nak tahu kenapa keluarga menteri dapat projek berjuta ringgit. Tak ke ini namanya KKK?

Menteri (PM jua) kena beritahu situasi sebenar ! Sebaiknya menteri ni letak jawatan dan projek ni diberi kepada koperasi rakyat.

Hanya Pendapat Rakyat.

Anonymous said...

Siapa pulak kata dia ni kuat? kalau kuat taklah tertonggeng dengan Nurul Izzah, the first timer. Mungkin sebab dia rasa kedudukan dia dlam keadaan bahaya , so timbullah isu-isu yang sebegini.

Anonymous said...

Ni la cara nak lepaskan diri. 250 juta duit rakyat dibazirkan.

Anonymous said...

Sharizat seorang menteri,She has no business to be in business. Suami & anak beranak punya company, takkan lah Sharizat tak terlibat. Rakyat bukan bodoh lagi.Ini lah punca kenapa UMNO & BN dibenci rakyat. Menteri yg berlumba-lumba nak mencuri. Apa dah jadi dengan Model Ekonomi Baru yg mengutamakan org Melayu. nampaknya perangai pemimpin ni tak berubah2.