Monday, July 20, 2009

AL-FATIHAH UNTUK KAWAN

(Kapten Yusof Ahmad duduk di sebelah DIY (kanan) dalam satu program di Astro Awani)

Terfikir juga dihati apa yang akan terjadi apabila penulis blog ini sudah tiada. Yang pasti tiada lagi bahan akan dimuatkan di DuniaTiger. Sama ada blog ini akan dirindui atau sebaliknya tidak penting, tetapi hakikatnya bahan akan terhenti di situ sehingga kiamat. Melainkan ada pihak yang mengetahui kata kunci blog ini. Kini yang pasti bahan dalam satu blog yang dimiliki oleh kawan, Kapten Yusof Ahmad (Ancient Mariner) akan terhenti. Beliau meninggalkan kita malam semalam. Al-fatihah untukmu kawan. Semoga rohmu akan dirahmati dan bersama roh orang yang soleh.

3 comments:

azienmat said...

Saya memang terfikir hal ini apabila nak hantar ucapan takziah dalam blognya, tapi pasti tiada apa2 balasan spt lain-lain yang mungkin telah menghantar komen takziah dengan harapan akan disiarkan. Pengomen sama turut mati.

tajudin said...

Al-Fatihah untuk Capt. Yusof Ahmad. Memang saya kerap ke blognya.

Setuju dengan Datuk Harimau. Blog akan terhenti dengan perginya tuan rumahnya dan akan menjadi kenangan/bacaan/tontonan hingga yang membaca pun pergi menghadap Penciptanya.

Abang Putra said...

Datuk,
Saya pernah terfikir perkara yang sama. Bagaimanapun, saya buat keputusan meneruskannya. Cumanya, kita patut posting perkara-perkara berguna dan berfaedah agar pahalanya terus mengalir ketika kita sudah tiada lagi. Al-Fatihah buat rakan Datuk.