Posting Kedua
Pas menang dengan majoriti 65 undi. BN - 5283, Pas - 5348. Pada PRU Mac 2008, Pas menang dengan majoriti 1,352 undi. Apakah dengan pengurangan majoriti undi ini menunjukkan sesuatu kepada Pas? Rakyat Kelantan sudah mula sedar?
Posting Asal
Apa yang berlaku di Manek Urai (N41) malam ini akan memberikan gambaran baik untuk BN. Setakat berita ini ditulis, persaingan antara BN dan Pas amat sengit.
Ada kawasan di mana BN mendahului dan begitu sebaliknya.
Berita Nasional RTM pada 8.05 melaporkan BN mendahului 76 undi setelah banyak peti undi dibuka. Ada juga laporan yang menyatakan ada kawasan yang dahulunya 'dikuasai' oleh Pas tetapi kini keputusannya amat mengejutkan.
Apakah rakyat Kelantan sudah mula sedar dengan kesilapan mereka? Apakah mereka mahu sesuatu yang baru setelah sekian lama di bawah Pas? Kita tunggu keputusannya.
Tuesday, July 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
"bukan sedar tapi, janji melampau.."
Sedar dengan kesilapan ?
Orang Kelantan tidak akan sedar dari kesilapan mereka selagi wujud UMNO dan PAS ..
Satu-satunya kesilapan rakyat Kelantan adalah membiarkan diri mereka menjadi mangsa sang politikus yang mengganas seperti harimau ( tiger ! ) tetapi berhati tikus cencurut ...
Tak kira PAS atau UMNO, masing-masing hanya berjuang memenuhkan tembolok masing-masing, berfikir 24 jam hanya bagi survival politik mereka dan tidak pernah memperjuangkan malah memikirkan skalipun kepentingan paling asas Islam dan Melayu ..
Ada UMNO, budaya mengugut dan samseng ( kau tak undi aku akan sekat wang saku kau ! ) ...
Ada PAS, asyik berpolitik dan retorik ...
Malang sungguh orang Kelantan ..
Malang sungguh bangsa Melayu ..
p/s :
Sila saudara baca Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan 1837 dan jadikanlah ianya renungan ...
Camner UBN boleh kalah jugak ? Mana PM Najib pergi ? Honeymoon 100 hari ker ?
Tak patut lah camtu ... 65 undi jer lagi
rakyat sadah bosan dgn pis...tunggu la beberapa bulan lagi...
DATO,
rakyat dah mula sedar.hidup BN!
OOO...UMNO ni suka mengugut?? patut la banyak anak -anak pembangkang kena buang sekolah dan banyak pembangkang yang kerja dengan kerajaan kena buang kerja....isshhh...sian...
dato
Kelantan mundur tiada pembangunan sebab rakyat kelantan bodoh, tolak pembangunan.
Rakyat perlis cerdik kerana memilih pembangunan dengan meyokong UBN selama 52 tahun. Bandar kangar tu dah jadi macam Los Angeles (LA) ke? KLCC, Pavillion dan bangunan besar-besar tu semua kat perlis ke?
bat8
ps: Sendiri mau ingat - UMNO memrintah kelantan dari tahun 1978-1990. Jangkamasa 12 tahun tu. Semasa Angkatan Perpaduan umaah ambil kelantan dalam PRU 1990, kelantan tu setanding dengan california ke kerana pembangunan yang dibawa oleh UMNO?
Post a Comment