Ketika menyampaikan kertas kerja di Universiti Cambridge pada 1995 bersama penerima Anugerah Zamalah Kewartawanan Cambridge termasuk dari India, seorang peserta seminar bertanya kepada saya mengapa Malaysia masih melaksanakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Saya melihat wajahnya. Bertanya sama ada beliau warganegara Inggeris. Beliau menjawab ya dan terus saya menyatakan sebenarnya Malaysia tidak memperkenalkan ISA tetapi kita meneruskan apa dibuat oleh Inggeris iaitu menggubal akta untuk menentang keganasan termasuk ancaman komunis. Beliau terdiam dan orang lain memandangnya dengan penuh sinis.
Saya terus menjelaskan ISA adalah satu akta menjaga keselamatan dan keharmonian di negara ini. Lihatlah siapakah yang menjadi tahanan ISA tidak kira daripada parti mana sekalipun termasuk UMNO, MCA atau MIC. Mereka yang ditahan ialah mereka yang dirasakan menjadi ancaman kepada negara. Mereka ditahan dan sudah tentu jika mereka tidak lagi menjadi ancaman, mereka akan dilepaskan. Mudah saja. Jangan kalut.
Ketika ini,ramai pihak yang membuat kenyataan seolah-olah ISA itu satu perkara yang tidak baik dan menakutkan. Ingatlah kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menyatakan kesediaan untuk mengkaji ISA. Mengkaji bukan untuk menghapuskan kerana PM sudah tentu tahu ada bahagian tertentu mengikut akta itu yang perlu diperkemaskan. Itu saja. Janganlah takut dan gundah gulana.
Yang pelik, ada pulak sesetengah pihak yang dulu menyokong kini lain pula perangainya. Bersetuju pula untuk menghapuskannya. Ingat baik-baik apabila kita membuat cadangan atau saranan kerana impaknya amat besar.
Oleh itu, bagi saya orang yang takut ISA adalah orang yang takut. Takut kerana apa tidaklah diketahui tetapi yang pasti mahu memainkan isu ISA semata-mata untuk menagih simpati rakyat. Percayalah janganlah takut dan gementar tidak tentu arah.
Friday, July 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
ni sorang lg yes man...pencacai umngok. duit haram BN dah mengalir ke darah daging ko.. kalu ko jantan siar la komen aku ni.
Datuk,
Memang datuk gentleman. Tahniah kerana publish komen dari anonymus yg dayus dan sakit jiwa tu.
Saya setuju dgn statement topik orang yg takut ISA ini adalah orang yang penakut (takut).
Ketakutan mereka ini adalah bukan kerana ISA tu... tetapi ISA menjadi penghalang kepada mereka untuk buat kacau bilau, sebab itulah mereka ni jagi penakut dan dayus!
Banyak lagi hal yg mereka ni nak buat... salah satunya... bos besar mereka akan menghadapi perbicaraan tuduhan meliwat yg mereka rasakan perbicaraan tidak berpihak kepada mereka, jadi plan sudah ada untuk satu lg demonstrasi jalanan sekiranya bos mereka didapati bersalah. Inilah satu lagi ketakutan yg dialami oleh mereka! Takut kena cekup dan dikenakan ISA.
Kalau ISA ni dimansuhkan... bermaharajalelalah mereka!!!
Pejuang RTM
Islam cakap ISA tu haram. Sebab ianya tidak berperikemanusiaan. Ia tidak memberi manusia yg ditahan untuk bersuara dan mempertahankan ketidaksalahan dia.
Inikah yang kamu, wahai golongan UMNO, sokongi?
Fikirlah baik baik. Sentuh dada dgn Allah S.W.T. di hati mu... kamu benar-benarkan setuju dengan undang-undang maha zalim seperti begitu?
a'kum tuan,
sya sokong ISA tuan. Tapi untuk keselamatan negara shj tuan. Bukan keselamatan ahli politik yang meneraju negara, tuan. Kalau tak ada bukti jelas, bebaskan tuan. Kerajaan sekarang juga sudah takut, tuan. Orang HINDRAF, sekejap ditahan, tuan. Pas tu bebas, tuan. Takut hilang sokongan india, tuan. Tapi ada orang Islam 6.. 7 tahun ditahan tanpa bukti sahih, tuan. tidakkah itu satu kekejaman tuan? Cuba kena ke batu jemala tuan, guna agaknya tuan.
ISA patut untuk keselamatan negara ttapi tidak keterlaluan.
Saya percaya, tuan, suatu ketika nnti jika UMNO/BN jadi pembangkang, mereka juga akan berdemo anti ISA... saya cukup pasti.
salam anti ISA.
Salam,
Saya nak ckp panjang2 pun org2 terlebih pandai akan ckp mcm2 tapi ISA itu pada pendapat saya org muda (23tahun) adalah TIDAK WAJAR!. Kalau kita berani kenapa kita tak bicarakan pesalah tersebut?? kenapa perlu dipenjara walhal kita tidak beri peluang kpd merek utk membela diri. logiknya siapa takut siapa??? Tepuk dada tanya IMAN! Salam.....
Asslamualaikum YBhg. Datuk,
Saya berpendapat bahawa ISA itu wajar dikekalkan. Kenapa? Kerana ia adalah menjadi salah satu sebab mengapa Malaysia mampu bergerak daripada keadaan sebelum merdeka hinggalah sekarang.
Saya berpendapat, orang yang ingin menghapuskan ISA ini mempunyai maksud tersirat. Mereka mahu cepat berkuasa dengan memporak perandakan negara kita yang tercinta ini.
Kalau tidak ada apa yang nak digusarkan, mengapa takut dengan ISA? Samalah dengan kita jika tengah memandu, kalau lesen tidak ada, 'Roadtax' mati, tentu 'gabra' bila ada polis buat sekatan jalan di hadapan. Kalau kita tidak ada salah, kita tentu tidak akan takut langsung.
Harapan saya kepada pemimpin negara, jangan layan mereka yang mempunyai maksud untuk kepentingan mereka ini. Ini kerana, jika ISA sudah dimansuhkan, maka dengan mudahlah mereka memecah belahkan negara ini, terutama orang melayu, sekaligus dapat merealisasikan matlamat mereka memerintah negara ini. SEDARLAH ORANG MELAYU SEMUA, JIKA ANDA MENYOKONG PEMANSUHAN ISA INI, BERMAKNA ANDA 'MEROGOL' MASA DEPAN ANAK BANGSA ANDA SENDIRI. SEDARLAH, JIKA NEGARA INI PORAK PERANDA, ANDA HENDAK LARI KE MANA?
Justeru, saya dengan rendah hati memohon supaya semua rakyat di negara ini supaya melupakan sahaja hasrat untuk berdemonstrasi dengan perkara-perkara yang tidak menguntungkan ini. Banyak lagi perkara yang boleh diperjuangkan, seperti kenaikkan harga barang, pendidikan yang lebih bermutu, khidmat kakitangan kerajaan yang lebih cekap dan efisyen hatta keselamatan jalan raya di negara ini. Kenapa tidak ada orang yang mahu berdemonstrasi membantah 'Mat Rempit' yang bermaharaja lela di jalan raya? Kenapa golongan ini seakan-akan tidak mahu mengambil berat? Bak kata seorang kawan saya yang selalu menulis di blog ini selalu kata.... fikir-fikirlah...
Yang cintakan keamanan Malaysia
KAMARUL BAHRI BIN ABDUL KADIR
Taman Bukit Subang,
Shah Alam, Selangor
Ini comment PAK
"a'kum tuan,
sya sokong ISA tuan. Tapi untuk keselamatan negara shj tuan. Bukan keselamatan ahli politik yang meneraju negara, tuan."
Cuba PAK teliti petikan rencana ini:
Adakah benar tuduhan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri boleh sesuka hati menahan sesiapa sahaja musuh politik beliau menggunakan akta ini?
"Sebenarnya, bukanlah Perdana Menteri yang mula-mula mencadangkan “sipolan atau sipolan” ditahan di bawah ISA. Kenyataan ini ada benarnya kerana Perdana Menteri mempunyai jadual harian yang ketat dengan acara rasmi kerajaan. Kita sering membaca biografi bekas-bekas Perdana Menteri Malaysia yang tidak mempunyai masa yang cukup waima bersama keluarga sendiri. Di mana lagi masa 24 jam sehari mahu diperuntukkan oleh Perdana Menteri untuk menyiasat dan membuat risikan keselamatan sendiri.
Sebenarnya, ada pihak lain yang memang tugas bergajinya untuk menyiasat dan merisik berkaitan dengan hal ehwal keselamatan dalam negeri iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sememangnya, salah satu tugas utama anggota polis adalah menangkap penjenayah. Jelas bahawa kuasa polis menangkap penjenayah boleh berlaku dengan menggunakan Kanun Prosedur Jenayah (CPC), Kanun Keseksaan (PC) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
CPC dan PC prosedur tangkapan adalah sama. Secara gambaran asasnya, di bawah CPC dan PC, anggota polis meronda dan melihat seseorang di hadapan bank dalam keadaan “mencurigakan”. Percaya dengan naluri kepolisannya, maka polis itu akan mendekati suspek. Suspek kemudian memecut laju. Polis tersebut mengejar dan berlaku adegan tembak-menembak. Kereta suspek terbabas lalu polis menahan suspek.
Dalam masa 24 jam yang pertama, suspek boleh ditahan di dalam lokap polis untuk membantu siasatan. Selepas 24 jam, polis tidak lagi berhak menahan suspek tanpa izin tahanan reman daripada majistret.
Kebenaran tahanan reman ke atas suspek boleh diberikan oleh majistret kepada polis untuk tempoh maksimum 14 hari bagi menyambung soal siasat jika 24 jam yang pertama, polis gagal melengkapkan siasatan. Selepas tempoh maksimum 14 hari, suspek akan dituduh di mahkamah selepas polis mendapat izin untuk mendakwa daripada Peguam Negara atau suspek akan dibebaskan jika tiada izin mendakwa daripada Peguam Negara.
Di atas adalah gambaran situasi tahanan reman di bawah CPC dan PC. Terdapat banyak persamaan dan sedikit perbezaan apabila polis menahan seseorang di bawah ISA. Perbezaan hanyalah dari sudut tempoh masa tahanan, proses soal siasat dan watak-watak yang terlibat dengan proses siasatan sahaja."
"Hanya selepas 48 jam seseorang itu di tahan polis kerana "disyaki oleh polis" sebagai seorang yang boleh "mengancam keselamatan negara", barulah maklumat berkenaan penahanan tersebut di laporkan kepada menteri bertanggungjawab oleh Ketua Polis yang bertanggungjawab.
Jelas kepada kita bahawa Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengarahkan polis menangkap sesiapa di bawah ISA. Sekiranya di buktikan wujud arahan Perdana Menteri kepada polis untuk menangkap musuh politiknya di bawah ISA, ternyata Perdana Menteri berkenaan telah melakukan kesalahan penyalahgunaan kuasa yang amat serius.
Kes duluan yang boleh dijadikan panduan yang keputusannya di kekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 2003 adalah kes Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu yang didapati bersalah di bawah Ordinan Darurat kerana memberi arahan kepada polis supaya mengugut saksi kes liwatnya adalah satu contoh arahan yang tidak boleh diberi oleh mana-mana menteri atau Perdana Menteri Malaysia kepada polis."
Pejuang RTM
Saya telah mengikuti tulisan saudara agar sekian lama.Saya menghormati hak saudara untuk menyuarakan pendapat dan pandangan peribadi mengenai negara kita. Pandangan dan pendapat saudara tidak langsung mencerminkan pendekatan dan analisa yang objektif dan adil, kalaupun perlu menyanjung kerajaan atas apa juga alasan. Bacalah tulisan A.Kadir Jasin yang saya percaya menyokong Kerajaan tetapi pandangannya objektif dan kritikal, membina dan mencabar. Mungkin sebagai Director General of Broadcasting Ministryof Information, pendekatan yang bersifat yes man adalah yamg terbaik dan semua pengalaman dan kepakaran sebagai journalist forever have been there here and everywhere tidak perlu digunakan.
hehehehe hanya org tak cukup akai ja percaya cakap anda. saya pun boleh bercakap hanya org takut je sayang isa.
takut apa? takut hilang kuasa. takut dgn bayang2. kalau anda tak percaya cuba tanya dgn bush. sbb apa us luluskan patriot act?
sukurang2nya patriot act masih menjurus kepada "pengganas". isa yg asal utk kominis sudah jadi senjata utk yg tak sebulu dgn amno.
mengapakah setiap apa yg di pertaha
n kan oleh kerajaan semua betul mutlak dan apa yg di bangkang oleh
pembankang salah mutlak.begitu juga sebalik nya. kita perlu
menilai sesuatu mengikut kepentinga
nnya.nilai2 demokrasi di negara ini
di cabuli, tentang isu isa satu cara buleh di pertimbang kan utk di
guna pakai iaitu biar rakyat yg menentu adakah isa perlu atau tidak dgn referendam sebagaimana
banyak negara mengunakan cara ini
kerana keadaan sudah sampai ketahap
memecah belahkan negara.
Post a Comment