Wednesday, July 22, 2009

JUARA ASYIK 2007 DI RTM AHAD INI



Kejayaan penganjuran Juara Asyik 2007 oleh RTM berjaya mencari bakat-bakat baru penyanyi dan pemuzik daripada masyarakat Orang Asli. Kajian secara rambang mendapati belia-belia Orang Asli di seluruh Semenanjung menyokong penganjuran pertandingan ini dan berharap untuk menyertainya pada masa akan datang.

Sebagai satu-satunya saluran mencungkil bakat nyanyian dan penciptaan lagu-lagu Orang Asli, ASYIKfm berharap program ini akan diadakan sebagai acara dwitahunan RTM.

Berjaya menarik 453 penyertaan dari 10 lokasi ujibakat di seluruh Semenanjung Malaysia

Selepas ujibakat, hanya 40 peserta layak di peringkat saringan.

Lapan peserta terakhir berpeluang menjalani bengkel pemantapan persembahan dari segi vokal & tarian

Finalis dinilai oleh juri profesional.

Memberi tumpuan kepada pencarian bakat penyanyi solo dan penciptaan lagu oleh komposer amatur masyarakat Orang Asli.

Lagu-lagu yang dibenarkan berirama Pop Komersial, Balada, Rock, R&B, Dangdut dan Pop Etnik.

Skim permarkahan mengambil kira vokal, persembahan dan penampilan.

Selamat menonton.

2 comments:

Z-MAY said...

salam dato',

kenapa tak diadakan pertandingan dondang sayang, hosnya radio melaka.

begitu juga pertandingan boria, hosnya radio mutiara (pp).

org muda pun minat juga semua tu, asalkan cara persembahan dan penganjurannya baik dan menarik.

rafabenitez_subang said...

selamat layek datuk....