(Syed Munawar menemuramah DS Najib)
KUALA LUMPUR 12 Julai - Kesibukan Datuk Seri Najib Tun Razak berkhidmat untuk rakyat menyebabkan beliau merasakan tempoh 24 jam sehari tidak mencukupi untuknya.
Perdana Menteri berkata, beliau sangat sibuk kerana sepanjang 100 hari mentadbir negara ini, terdapat pelbagai ujian yang perlu dihadapinya khususnya bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
''Jadi Perdana Menteri ini lain, kerana saya rasakan 24 jam itu tidak cukup. Saya beritahu isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) masa siang kini adalah lebih panjang dan masa malam juga makin singkat.
''Masa untuk tidur juga sudah kurang kerana banyak program dan ini tidak pernah saya alami sebelum jadi Perdana Menteri," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara eksklusif sempena 100 Hari Pentadbiran Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini malam tadi..
Menurut Najib, masa terluang ketika di rumah juga digunakan untuk berfikir mengenai langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah rakyat.
''Ramai yang tidak faham kerana ingat apabila Perdana Menteri berada di rumah dia free. Duduk rumah bukan bererti bersantai kerana kalau tidak berfikir saya akan baca buku atau (sediakan) ucapan esok. Tengok fail atau tandatangan sijil yang saya tidak dapat lakukan di pejabat," jelasnya.
Menyentuh tentang gagasan 1Malaysia, beliau menjelaskan, tumpuannya kini adalah untuk mendapat sokongan daripada kumpulan yang faham dan menerima pendekatan itu serta kumpulan yang tidak berapa faham tetapi yakin kepada kerajaan.
Sebelum mengakhiri temu bual itu, Najib juga sempat berpesan kepada semua rakyat supaya menganggap apa yang telah dilakukannya dalam tempoh 100 hari hanya sebagai satu titik permulaan.
''Saya telah bina asas permulaan dan saya memohon supaya rakyat akan bersama-sama kerajaan dalam perjalanan selanjutnya ke arah negara Malaysia yang semakin berjaya, hubungan kaum semakin mantap dan imej kerajaan semakin positif.
''Ini adalah bagi membolehkan saya memperkenalkan pembaharuan dan meneruskan kesinambungan pemimpin sebelum ini,'' ujarnya.
(Renungan Rimau : Saya juga kena kerja 7 hari seminggu demi untuk alif, ba dan ta. Semoga usaha yang dilakukan ini mampu membantu melonjakkan RTM ke satu peringkat yang lebih tinggi. Yang paling penting ialah kerjasama berpasukan dan komited tinggi di kalangan petugas RTM. Jika kita dapat mengubah mentaliti kita, sudah tentu mentaliliti penonton akan dapat diubah segera. Tidak payahlah sebar khabar angin yang boleh meruntuhkan kekuatan kita. Selamat berjuang.)
Monday, July 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
teruskanlah menyumbang, itu yang penting. fokus, fokus dan fokus
nasihat untuk keselamatan blog anda dari di delete secara otomatik. ambil tindakan segera. lawat blog saya di http://arifomar.blogspot.com/2009/07/selamatkan-blog-anda-ambil-tindakan.html
DIY
PM memang hebat dengan 11 hadiah untuk rakyat yang merangkumi semua aspek. Sedarlah kepada yang tidak sedar dengan apa yang diberi.
Buat warga RTM;
bukan mudah nak berubah kalau tak berubah dari dalam & berubah SEGERA, kalau tak boleh berubah, dengan SEGERA cari tempat lain. Bukan mudah nak selesaikan semua masalah wahai "Anon" semua.
fikir-fikrilah
akum dato.....
kalau nak kerjasama berpasukan kita harus ada semangat bantu membantu bukan biarkan ahli keluarga kita susah, kita senang utk kepentingan peribadi....
Ayuh dato kembalikan semula hubungan kekekluargaan yang jitu untuk rtm terus mara dan mara......
mentaliti yang muda telah lama berubah,yang lama perlukan suntikan semangat baru!!!!
Kalau orang atasan bertungkus-lumus bekerja sampai basah ketiak, tapi subordinate tak mahu bagi kerjasama & kerja acuh tak acuh, tak ke mana jugak, Datuk
Jgn kerja kuat sangat Datuk Tiger sampai tak ada masa nak rehat.
Hope to see more good things on RTM.
Good Luck and God Bless!
Post a Comment