Melihat apa yang berlaku di Dewan Rakyat sejak PRU 12, saya boleh merasakan bahawa ramai Ahli Parlimen yang lebih suka duduk 'diluar' daripada 'didalam'.
Tidak kiralah mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya, suasana di dewan yang mulia itu tidak seperti dulu di mana segala perbincangan yang diadakan lebih tertib berbanding sekarang.
Walaupun ada MP yang suka membuat 'hal' termasuk memanggil pelbagai nama dan gelaran tetapi bilangannya kecil berbanding sekarang yang terlalu ramai yang ingin menonjolkan diri sebagai juara sehingga sanggup membuat sesuatu yang tidak sesuai.
Ini menyebabkan MP yang sentiasa tertib dan budiman (yang masih ada di kalangan BN dan pembangkang) tertanya-tanya mengapa pengundi memilih MP yang 'belum matang' dan tidak tahu membawa diri dalam di dewan yang mulia.
Oleh kerana sikap yang mahu 'menonjolkan' diri inilah menyebabkan adakalanya Dewan Rakyat tidak digunakan sepenuhnya untuk membincangkan perkara membabitkan kepentingan rakyat tetapi pertelingkahan lidah mengenai 'siapa yang kuat menjerit' atau bersuara.
Tidak hairanlah MP yang sama bangun untuk mencelah atau bersuara bagi mematahkan hujjah lawan atau berusaha untuk membuat kelakar atau gimik tertentu. Speaker yang ingin menenangkan keadaan adakalanya 'menghalau' kumpulan pengacau ini.
Keadaan yang 'tidak sihat' ini sudah tentu menyebabkan ada MP yang keluar dewan sekejap sama ada ke kantin atau ke lobi dan seterusnya 'cabut' atau melaksanakan tugasan masing-masing.
Maka ketika pengundian pada 14 Disember itu memperlihatkan betapa ramainya MP yang tidak hadir sehingga berlakunya 'pertempuran senyap' siapakah yang lebih ramai.
Maka itu, MP perlulah menggunakan Dewan Rakyat dengan sebaik-baiknya agar mereka merasa tenang untuk berada di dalamnya. Tiada golongan yang ingin membuat kelakar atau kecoh terlalu kerap. Tiada yang ingin melakonkan watak dalam sarkas atau memanggil pelbagai gelaran yang tidak sesuai didengar. Tiada pertelingkahan suara atau menjerit.
Jika MP tenang dan boleh berbahas secara tertib dan terhormat tanpa MP yang selalu bangun untuk membangkang atau membuat lawak, sudah tentu Dewan Rakyat akan penuh setiap masa.
Selamat berbahas secara tertib.
Wednesday, December 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam Datuk
Saya sebagai rakyat mahukan wakil rakyat saya yang bijak memahami masalah rakyat. Bijak dalam perbahasan dan bijak menilai dan memainkan peranan tulen sebagai wakil rakyat..
Saya tidak mahu dan mengharamkan wakil rakyat yang songlap duit rakyat, berhatikan poket sendiri, tamak, penuh dengan kebodohan sarkas dalam membicarakan isu mudah. Ini yang kita dapat lihat baik dalam BN, DAP, PAS dan terutama PKR.
Sedarlah wahai wakil rakyat yang rakyat boleh berfikir, kami bijak menilai dan kami tidak buta memilih.
Belalang
If you keep quiet, you got the benefit of doubt, Now that you have shot your mouth, you lost all credibility . Can,t believe that Malaysia quality is sliding faster then Zim Bah Wee.
Kepada e-Patriot SSS,
Sempena kita melangkah ke tahun 2010, kami di Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) ingin menghulurkan setinggi perhargaan dan terimakasih kepada Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato Seri/Datin Seri/Tunku/Tengku/Tuan/Puan di atas sokongan padu yang kami terima terhadap kempen SSS ini.
Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk kita sama-sama menyemarakkan lagi sokongan terhadap kempen ini dengan melibatkan saudara mara dan sahabat handai yang masih belum lagi menandatangai petisyen kempen ini di SINI dan juga para bloggers untuk menzahirkan sokongan masing-masing dengan mempamirkan logo SSS di laman blog masing-masing.
Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu yang diberikan. Kami amat menghargainya.
Salam Sejahtera,
“SATU BAHASA, SATU BANGSA, SATU NEGARA”
Admin SSS
Salam Datuk,
manusia & kuasa...tggu PRU13//
manusia & kuasa
Post a Comment