Thursday, December 31, 2009

SELAMAT TAHUN HARIMAU

Esok, kita akan menyambut tahun baru. Tahun Harimau.

Marilah kita bersama-sama memastikan negara kita terus aman sentosa agar kita boleh hidup dalam keadaan harmoni. Tiada pergaduhan dan peperangan.

Sempena Tahun Harimau, didiklah jiwa kita untuk menjadi manusia yang berjiwa besar.

Negara perlu dijadikan keutamaan dan bukannya kepentingan peribadi.

Apa gunanya menjadi PM sebuah negara yang hancur dan kacau-bilau.

Apa gunanya menjadi pemimpin utama tetapi rakyat hidup dalam resah gelisah.

Apa gunanya menjadi pemimpin sedangkan undang-undang tidak diikuti dan Perlembagaan Negara tidak dihormati.

Jangan khianati negara dan rakyatnya. Tuhan tidak suka.

Bagi saya, tuhan akan memuliakan kita jika kita sentiasa bersifat mulia.

Jika tidak, kita akan dihina walaupun sudah berada di peringkat tinggi atau tertinggi.

Saya tetap kecil di sisi tuhan.

Fikirkanlah.

11 comments:

Anonymous said...

Esok bukan Tahun Harimau. Tahun harimau hanya akan berlaku pada Februari 14 2010.

BelalangDewa said...

selamat menmyambut tahun baru... saya jugak masih orang lama...

YANG GAMBI said...

Salam Dato, selamat menyambut tahun baru...... panjang umur, murah rezeki..... perjuangan perku diteruskan...... tahniah dan syabas....

Anonymous said...

Selamat Tahun Baru Dato..

Semoga tahaun ini memberikan kita kesenangan , kebahgiaan dan keamanan.

From razak Majid

Anonymous said...

Datuk.

Tuhan ke Allah?
Gunakanlah perkataan Allah kerana orang Kristian pun sudah boleh panggil tuhan mereka dengan nama yang sama... Apa boleh buat? Umat Islam Malaysia kan lemah. Lebih senang bercakaran sesama sendiri daripada bersatu.

1Malaysia Lingkup

Gedung Akal said...

Kah..kah..kah..
Melayu sudah bermuhasabah diri
Kaha..kah..kah.. dulu Melayu biuat refleksi diri,,,,
Sekarang Melayu sudah faham Islam...kah..kah..kah
Melayu sudah insaf dan mahu berjuang...
kah,,,kah..kah..

miszsensei said...

happy new year!

kulupbana said...

Salam Datuk,

Semoga Tahun Harimau ini juga akan menyaksikan RTM masih menjadi pusat rezeki kami.

os_n_a_car said...

A Very Refreshing, Bright, Happy, Peaceful, Hopeful & Blessed New Year of 2010 & All The Years Ahead to You, and ALL The Rakyat of MALAYSIA, and All Other "Netizens".

According to Chinese Lunar Calendar, The Lunar New Year of "The Tiger" only begins on 14/02/2010 ..........

Correct me, if I'm wrong ......... With A Thousand Apologies.

Unknown said...

Salam DIY,
selamat mengaum di tahun 2010

abe MIE 'TERJAH' said...

Datuk,
DAP Pulau pinang marah...

tapi DAP tak marah kalau khalimah Allah digunakan untuk semua agama..

pkrpasdap.blogspot.com