LAPANGAN TERBANG JEDDAH, Arab Saudi : Perlu banyak sabar. Apakan tidaknya, ada seorang wanita lebih kurang lima puluhan terus memotong barisan ketika pemeriksaan Imigresen. MasyaAllah.
Nak buat macam mana kenalah banyak bersabar kerana marah dalam bahasa Melayu atau Inggeris pun dia tak faham. Atau dia buat-buat tak faham. Wanita itu besar ragam rasa-rasa macam orang Turki. Mereka ini juga yang 'buat hal' ketika meminta 'sedikit' ruang untuk bersembahyang di Masjidil Haram. Tak bagi, ditenung mata kita dan bising dalam bahasa yang kita pun tak faham.
Ketika berada dalam satu barisan di lapangan terbang juga, pegawai di situ juga meminta barisan kami bercampur dengan barisan satu lagi dengan alasan untuk memberi laluan khas kepada wanita. Kenalah beratur barisan yang panjang lagi. Kenalah bersabar.
Satu lagi ketika membeli barang sedikit di lapangan terbang. Ketika kita elok berbaris, ada juga 'kutu' yang datang dari benua mana memotong barisan. Semua orang buat tak tahu saja maka saya pun berdiam diri kerana mungkin Allah SWT meminta saya banyak bersabar.
Thursday, December 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Assalamualaikum Datuk,
Amat setuju dengan catatan Datuk. Mereka ini datang ke masjid lewat, himpit kita untuk dapatkan tempat dalam saf. Rasanya tidak pernah kita tidak berikan ruang untuk dia sembahyang, walaupun berhimpit-himpit.
Fasal potong queue tu, kita agak malu dengan orang Barat yang berdisiplin bila beratur.
Di negara kita pun masih ramai yang tidak berdisiplin bila beratur. Lihat saja bila hendak bayar tol di plaza tol.
Anak saya selalu kata, "Kereta world class, otak no class" bila lihat kereta besar potong queue di plaza tol.
Rasanya setiap keluarga perlu ingatkan ahli-ahli keluarganya tentang disiplin ini.
Setiap kaum perlu ingatkan kaumnya supaya berdisiplin, supaya kaumnya tidak mendapat malu kerana akan disebut kaum yang tidak berdisiplin.
Welcome home!
Wassalam,
Idris Ismail Talu
http://idristalu.blogspot.com/
Alhamdulillah. Ujian yang masih boleh ditempuhi. Sabar separuh dari iman.
sabar itu kejayaan bro...
Alhamdulillah slamat pulang ke tanahair..Selamat masuk opis Datuk. Hafizal dh rindu tu...sy dan fizal pn nk kena p jgk la tanah suci tu, biar tahap kesabaran dapat dikawal mcm Datuk kat sana. sampaikn slam saya buat Datin..Wife hafizal
Selamat Pulang Ke Tanah Air Datuk... dan Selamat Hari Lahir (4 Disember 2009)
Sabar itu separuh daripada iman.
Post a Comment