Sunday, December 27, 2009

SURAT KEPADA PERDANA MENTERI

Pelajar sekolah rendah dan menengah dipelawa untuk menulis surat kepada Perdana Menteri.

Mereka boleh memberikan pandangan atau syor mengenai apa yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjayakan usaha menyatupadukan negara ini sejajar gagasan 1Malaysia.

Beberapa agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) termasuk Pos Malaysia Berhad, SKMM dan RTM bergabung tenaga menjayakan Surat Kepada PM yang akan dilancarkan pada 29 Disember di Kota Kinabalu, Sabah.

Pelbagai hadiah ditawarkan termasuklah wang tunai dan komputer riba untuk dimenangi oleh peserta yang digalakkan menulis surat dan diposkan ke alamat yang disediakan.

Untuk keterangan lanjut, pelajar bolehlah mengikuti promosi di RTM dan media cetak.

Selamat menulis.

7 comments:

Anonymous said...

Dear Tiger,

Why waste the taxpayer's money for on such thing like this!!

We have so many many people in the government, political parties, ministers etc who are supposed to come up and execute the ideas on 1Malaysia.

MAybe they can come up with some good ides but don't you think that it is the job of those fat salaried people who are entrusted just to do so?

Just let the students do what they are tasked to do and do not ask them to do other people's works.

Budak Baru Belajar said...

Surat Untuk PM,

Saya budak baru nak masuk belajar. Saya nak belajar di Malaysia dan bercita-cita untuk terlibat dalam membina negara Malaysia kita supaya teguh dan bersatupadu, tidak berpecah pecah.

PM janganlah suka sangat pada sekolah vernakular cina. Kawan saya Ah Beng dah nak masuk sekolah cina.

Kenapa PM tak suka dengan Sekolah Satu Aliran spt yg Prof. Khoo suarakan itu? Ramai yang sokong hingga masuk Parlimen pun. PM pulak nampaknya tak sokong.

PM nak negara ini beridentitikan negara China ke?

sallehfauzi jakim said...

satu cara mengasah bakat anak-anak tentang tangungjawab dan patriotik

Anonymous said...

Dear Tiger...

What a bullshit with this?

Waste a time and money..

What the hell is goverment doin now..

Lot of bullshit.. you are one of them.

Anonymous said...

Salam Dato

Umpama saya menulis kepada Dato berkenaan RTM, adakah Dato akan bertindak mengikut akal atau terpengaruh dengan drama dan wayang staff Dato.

Saya kritikal dalam maklumbalas saya kerana saya nak RTM wibawa dan relevan.

Tun Teja

Anonymous said...

Saudara Salleh,

Jawapan yang agak baik! Tapi biarlah Dato' Ibrahim yang jawab sendiri soalan tu.

P/s - kadang2 orang dewasa yang terlatih dengan semangat patriotisme pun jadi pengkhinant, tak caya tanya jeneral jeneral TUDM. Jadi tiada jaminan kepada sesiapa melainkan ianya mungkin membawa kepada pembaziran peruntukan kerajaan yang sumbernya adalah hasil dari rakya Malaysia!!!!

Jadi takkan dengan satu surat kepada PM (yg mungkin dia pun tak baca langsung!!!! anak-anak sekolah ini akan jadi paham tentang tanggungjawab dan patriotik?

Jikalau rakyat didahulukan, PM sepatutnya mengalu alukan apa saja surat dari setiap lapisan rakyat terus kepadanya untuk beliau baca!! Bukan nak tunggu adakan pertandingan mengarang surat baru PM nak baca...Betul ke Dato Ibrahim??

How ironic?

Anonymous said...

Tolong tanya dato kepada pm,
bil air dan elektrik kerajaan tak bayar,,,,sekolah akan minta dari poket ibu bapa