Tuesday, December 22, 2009

PANTUN TERBANG TINGGI

Pahlawan lama memang terbilang
Kahwin puteri sama padan
Dua enjin jet F-5E kini sudah hilang
Siapa buat siaplah badan

Setelah kahwin puteri berasap
Dapat nasihat daripada Mak Dara
Kini peralatan dan alat ganti pun lesap
Daripada inventori Tentera Udara

Negeri puteri membangun pesat
Diterajui pemimpin amat berwibawa
Yang terlibat sudah tentu akan disiasat
Muka pengadilan tempat dibawa

Kemajuan sosioekonomi amat ketara
Perpaduan kaum sudah teruji
Semuanya kini disiasat polis dan tentera
Tindakan segera amat terpuji

Setahun berlalu puteri berseri
Amat setia tidak berpeleseran
Syarikat terlibat membeli enjin curi
Berpangkalan di Malaysia dan negara jiran.

Peerrrgggh. Apa punya pencuri daa..

4 comments:

Anonymous said...

hukum pencuri ini tak perlu pantun pantun datuk, tapi tala aje dia orang tu

AYIE SHAHRI SARIPAN said...

Pisang kelat si buah jagung,
Kelapa setandan berat diusung,
Berani buat beranilah tanggung,
Empunya badan lemah dan bingung.

Cik dara pandai bertenun,
Bertenun mari kain kerudung,
Bila masa pulak Datuk rajin berpantun,
Kalau berani bukalah panggung.

Anonymous said...

Good Article brother.
sugu.

Iksan said...

kreatifnya...terpegun aku. Kes curi enjin pun boleh buat pantun