Thursday, December 10, 2009

POLITIK MALAYSIA MASAKINI (1)

PARLIMEN, Kuala Lumpur : Ketika berbincang dengan beberapa kenkawan di Parlimen minggu ini, topik yang paling hangat dibicarakan ialah mengenai kedudukan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Di peringkat pusat dan negeri. Mungkin diadakan pada 2012 atau 2013, bergantung kepada ilham Perdana Menteri kita semua.

Pelbagai persoalan - Apakah BN atau UMNO akan bangkit semula seperti sejarah pilihanraya terdahulu? Bagaimana sambutan rakyat terhadap parti pembangkang atau pemimpin mereka? Apakah BN berjaya merampas balik negeri-negeri yang beralih ke tangan lawan? Apakah pendekatan PM mampu menarik lebih ramai mengundi BN terutama konsep 1Malaysia?

Bagi pemimpin BN atau UMNO sudah tentu mereka sudah merangka strategi atau program untuk memastikan kelemahan atau kesilapan lampau diperbaiki. Segala yang lembik diperkuatkan. Yang lemah diperkukuhkan. Yang keliru diperbetulkan. Yang gelap diputihkan. Dan beberapa 'yang' lagi. Konsisten dan mengeluarkan hasil.

Bagi pembangkang, mereka juga sudah pasti memikirkan apakah kaedah dan pendekatan untuk 'menghilangkan' kepercayaan rakyat kepada BN. Untuk itu, sudah tentu sebarang kelemahan dan kesilapan BN akan dihebohkan agar menjadi 'isu besar' walaupun masyarakat umum tahu ia adalah gimik politik. Politik cari makan. Politik untuk mengelirukan pemikiran rakyat. Politik kecoh.

Yang penting sejauh mana kedua-dua pihak dapat 'menawan' hati rakyat terutama pengundi yang kebanyakan terdiri daripada golongan muda pada PRU akan datang. Muda dan mempunyai fikiran tersendiri. Ada juga yang muda yang tidak mempedulikan sejarah lampau. Ada yang mahu sama rata dan persetankan mereka yang bercakap mengenai hak. Ada yang lantang tanpa mempedulikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan termasuk Fasal 152 dan 153. Mereka ini mahu bebas tetapi fikiran tidak bebas.

Kedua-dua pihak juga perlu memastikan bahawa apa yang ingin dilakukan pada masa akan datang benar-benar difahami rakyat sama ada untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan yang stabil ataupun satu perubahan kepemimpinan pusat.

Bagi BN yang mahu menunjukkan hasrat murni untuk meneruskan kesinambungan pemerintahan yang berjaya mungkin tidak sukar untuk mempengaruhi rakyat dari segi 'track record' berbanding lawannya. Tetapi bagi lawan, mencemarkan 'kejayaan' yang ada selama ini dan propaganda memburukkan imej sudah tentu mudah dilaksanakan terutama ketika rakyat menghadap masalah seperti kemurungan ekonomi atau tahap pendapatan yang tidak menentu. Menjadi tukang caci memanglah mudah. Termudah.

Bagi rakyat sudah tentulah mereka mahukan yang terbaik. Tetapi ingat... adakalanya perjudian mereka untuk memilih yang 'terbaik' adakalanya tidak kesampaian apabila 'janji hanya tinggal janji' saja. Lihatlah bagaimana mereka menukarkan kerajaan di Selangor yang akhirnya mereka sedar apa yang berlaku sekarang. Tembelang pecah, baunya amat busuk. Begitu juga di Pulau Pinang yang mula melihat tembelang DAP yang diterajui oleh orang Melaka. Cakap berdegar-degar tetapi habuk pun tarak. KM Pulau Pinang adalah orang Melaka. Tiada lagi orang Pulau Pinang ke?

Rakyat juga pasti membuat perbandingan apa yang mereka rasai selama ini terutama di negeri-negeri yang diperintah oleh 'bukan BN' yang kini mengalami pelbagai masalah terutama persengketaan sesama sendiri. Tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain. Pelbagai rancangan dan program yang dilaksanakan tidak mencerminkan hasrat sebenar rakyat majoriti yang adakalanya bertentangan dengan apa yang dipersetujui.

Malah yang amat menakutkan ada pemimpin politik yang mula mempermainkan isu sensitif yang bertentangan dengan Perlembagaan semata-mata untuk menunjukkan mereka adalah 'hero' terbaru yang perlu disanjungi. Hero kabus. Sebenarnya, mereka inilah yang akan menghancurkan negara jika semangat atau isu yang dibawa benar-benar menyinggung perasaan orang lain. Boleh membuat individu memberontak.

Ketika itu, segala yang hancur menjadi debu tidak boleh digunakan untuk membina tembok kejayaan selama ini. Tembok debu yang lemah. Tembok debu yang berjaya dibina itupun akan runtuh pada bila-bila masa saja. Apatah lagi ada usaha berterusan untuk meruntuhkannya secara sistematik dengan bantuan pihak yang berkepentingan.

Jagalah Malaysia ini.

4 comments:

abe MIE 'TERJAH' said...

ibrahim ali, melayu sudah bersedia sekirany terjadi 13 mei kali kedua....


http://pkrpasdap.blogspot.com

abe MIE 'TERJAH' said...

ibrahim ali, melayu sudah bersedia sekirany terjadi 13 mei kali kedua....


http://pkrpasdap.blogspot.com

Anonymous said...

ketika mic mengecam negarawan, anda antara blogger yg memberi reaksi amarah..

http://duniatiger.blogspot.com/2009/09/peter-selipar-kurang-ajar.html

ini komen saya di topik tersebut..
"masa chedet dikecam dan dikata mcm2 oleh pemimpin umno dulu.. ada sesiapa yg beri reaksi mcm skrg nih?

atau hanya reaksi senyap dan tidak terbuka seperti skrg.. kenapa?"


kini negarawan kita dituduh rasis.. dihentam ahli umno sndiri.. apa pula kata anda? kenapa diam berkenaan isu ini?

mana memo dari kelab chedet?
http://duniatiger.blogspot.com/2009/09/kelab-che-det-hantar-memo.html

pelik bukan? btulkan ini dahulu.. baru boleh fikir pasal menang pilihan raya..


- nona -

buyong said...

Dilemma penyokong tegar umno macam saya ni satu saja.
Nak mengundi pembangkang jauh sekala.
Nak mengundi umno pulak, ada pak2 menteri 2-3 ekor yang macam talibarut pembangkang, dan pucuk pimpinan buat diam saja, langsung tak ambil tindakan.
Selagi pimpinan umno sekarang tidak menyedari permata yang kita miliki, selagi pimpinan mengendong biawak yang hidup, susah untuk saya menurunkan undi pada umno.
Walaupun perit di hati.