Thursday, January 21, 2010

ADA YANG TIDAK KENA DALAM PKR

Pembubaran PKR Bahagian Kuala Selangor, jelas menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena dengan parti dan kepimpinannya. Itu pandangan seorang penganalisis politik dalam Berita Nasional RTM sebentar tadi.

Bagi Profesor MADYA DR AHMAD NIDZAMMUDIN SULAIMAN, ketidakmatangan pemimpin dan ahli PKR menjurus kepada pelbagai masalah yang berlaku beberapa bulan sebelum ini.

Pergolakan yang berlaku memberi imej buruk kepada pakatan pembangkang sekaligus menjejaskan kredibiliti PKR di dalam pentabdiran negeri.

Malah, perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah pemimpin dan anggota akar umbi membawa kepada beberapa krisis pergolakan Bahagian di Sabah, Peletakan jawatan Setiausaha Agung, segala-galanya menjurus kepada persepsi umum PKR semakin berpecah.

Menurutnya apa yang diperjuangkan parti iaitu ketelusan tidak diamalkan seperti yang dicakap.

Profesor Dr Ahmad menyifatkan kerjasama antara pembangkang tergugat dengan masalah dalaman parti yang sering bergolak.

Baginya, jika bahagian yang kecil gagal dipimpin, bagaimana pula dengan negeri yang lebih besar.

Krisis terbaru ibarat menepuk air di dulang...terpercik pada muka sendiri.

6 comments:

YANG GAMBI said...

Salam Tiger,

Iblis, syaitan dan komunis sudah tidak dapat berselindung dari jubah-jubah dan serban-serban lagi... semuanya terhambur keluar....

azman kamarul said...

Apa nak kisah sangat apa yang kena dan apa yang tidak kena dengan PKR.
PKR tidak menjadi parti pemerintah di negara ini.

Yang patut kita kisah adala UMNO kerana umno membentuk kerajaan memerintah di negara ini.Maka umno lah yang kita semua semestinya kisahkan.

Persoalannya. apakah yang tidak kenanya pemimpin umno membiarkan enjin jet F5E dihilangkan.

Apakah yang tidak kenanya UMNO ni bila banyak projek mewah yang dibiayai oleh duit petronas(sepatutnya untuk dinikmati oleh rakyat)seperti yang berlaku di Trengganu semuanya RUNTUH.

Apa kenanya umno ni bila kalah pilihanraya kecil beberapa kali beria-ia gunakan SPR supaya DUN Kota Siputih hingga sekarang sunyi sepi tanpa keputusan.

Inilah yang sepatutnya kita tanya...APAKAH PENYAKIT UMNO SEBENARNYA?

Anonymous said...

begitulah mereka yang keliru dengan perjuangan bangsa Melayu, PKR- partai memperjuangakn hak asasi bangsa pendatang yang dah jadi kurang ajar; sehingga hak istimewa agama Islam, hak orang-orang Melayu mau dihapuskan...bangsat punya gulongan

Anonymous said...

Salam 1Malaysia

Parti KeAdilan Rakyat, apakah yang adilnya hanya bermotifkan perjuangan seorang individu yang gila kuasa dan lupa daratan. Beliau hanya mengadilkan dirinya sendiri sedangkan ahli-ahli lain seperti lembu dicucuk hidung. Apakah Adil jika sentimen Agama,Bangsa dan Tanahair dipermainkan untuk mengelirukan rakyat.. Nauzubillah

Razak Majid

Anonymous said...

PKR pecah tidaklah menjadi masalah sebab dia kerajaan pusat..yang jadi masalah BN...BN adalah kerajaan...66 - 63 bukti MP BN tidak sokong najib

Anonymous said...

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/21sezz/Article/index_html