"Jangan mudah percaya khabar angin, sebaliknya dapatkan pengesahan daripada pejabat polis berhampiran". Itu ingatan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar .
Tan Sri Ismail menyentuh mengenai khabar angin dakwaan insiden terbaru pembakaran gereja.
Ditanya sama ada tangkapan sudah dibuat terhadap pihak yang terbabit, katanya tangkapan belum dibuat dan polis sedang menyiasat dengan teliti kes berkenaan.
Tan Sri Ismail sebelum itu bersama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Sri Mahmood Adam mengadakan pertemuan dengan duta dan pesuruhjaya tinggi asing di Putrajaya.
Pertemuan bertujuan memberi taklimat mengenai situasi semasa negara berikutan insiden minggu lalu.
Tan Sri Ismail memberi jaminan keadaan di seluruh negara masih aman dan terkawal.
Ikuti Berita Nasional jam 8 malam di RTM.
(Renungan Rimau : Tidak payahlah menyebar khabar angin yang akan menyusahkan ramai pihak. Mereka yang ada 'penyakit' ini perlu memikirkan bahawa kesan khabar angin itu boleh membakar negara ini. Marilah kita mencari penyebar khabar angin ini dan tanya apa sebenarnya penyakit yang dialami. Berubat dan bertaubatlah.)
Monday, January 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Assalamualaikum Dato',
Orang-orang ni, berniat tidak baik terhadap negaranya sendiri. Sungguh malang Malaysia mempunyai rakyat seperti ini.
Idris Talu
Salam Datuk...
Orang macam ni dia ni tak berapa sihat.... masukkan saja dalam 'gedung' (hospital)...
Terima kasih.
Kamarul Bahri
orang macam ni kena reject buang dari Malaysia...baru dia tahu
Post a Comment