Tuesday, January 5, 2010

SELALULAH UCAPKAN TERIMA KASIH

Posting Ketiga - 6.15 petang

Saya ucapkan terima kasih kepada jurulatih bolasepak negara yang menyatakan Sukan Terbaik Hanyalah di RTM.

Baginya, setakat ini RTM telah memberikan liputan terbaik untuk penontonnya.

Posting Kedua - 2.35 petang


Saya ucapkan terima kasih kepada polis kerana sudah menyiapkan siasatan berhubung kehilangan enjin kapalterbang .

Semalam AG berkata ia membabitkan hanya pegawai rendah saja.

Oleh itu, berita yang digembar-gemburkan selama ini membabitkan pegawai berpangkat satu bintang tidak betullah.

Ejen kenit memberitahu saya bahawa enjin tu sebenarnya bukanlah enjin baru. Mahu dilupuskan setelah cukup tahun. Pasti ia sudah dibuka daripada kapalterbang. Kalau tidak bayangkan terpaksa membukanya satu persatu.

Macam jual besi buruk sajalah agaknya. Tapi mahallah sedikit.

Posting Asal - 1.09 petang

Bilakah kali terakhir kita mengucapkan terima kasih?

Mengapa pula kita mengucapkan perkataan hikmat itu?

Bagi saya, perkataan terima kasih itu perlu diucapkan selalu terutama kepada pihak yang membantu kita. Tidak kira apa bentuk bantuan yang diberikan.

Jika jiran anda menghantar semangkuk lauk, kita ucapkan terima kasih.

Jika suami memberikan kita bunga, kita ucapkan terima kasih.

Begitu juga jika isteri membelikan kita minyak wangi, kita ucapkan terima kasih.

Jangan hanya senyum dan mengangguk. Ucaplah terima kasih.

Ucapan terima kasih adalah amalan nilai murni.

Terima kasih kerana membaca.

7 comments:

Unknown said...

salam DIY,
terima kasih kerana membuat posting ini

Yb Raz said...

sama sama :P

Anonymous said...

Ucapan Keramat yang harus diucapkan oleh kita sebagai rakyat Malaysia yang penuh dengan tatasusila & kesopanan. Malangnya kebnayakan kita lupa kepada dua perkataan keramat ini. Terima kasih DIY kerana mengingatkan kita semua. Terima Kasih Malaysia

Razak Majid

drBOND said...

Terima kasih kerana membaca..


KASIH MU AKU TERIMA!!!!

JJ said...

terima kasih datuk kerana menulis tentang 'terima kasih', dua perkataan pendek yg cukup mudah dilafaz tapi ramai tidak suka mengamalnya. apa kata rtm mulakan kempen 'terima kasih' dgn kempen tv komersial dan iklan radio. terima kasih perlu bermula dari rumah.....salam

ibrahim yahaya said...

Sdr JJ,

RTM sudah pun memulakan ucapan terima kasih. Terima kasih JJ.

m.saffuan said...

terima kasih 1 Malaysia.... :)