Saturday, January 23, 2010

SURAT LAYANG KERJA PENGECUT

Ketika bersembang dengan kawan semalam, ada yang bertanya: "Duduk di RTM dah dapat surat layang?" Ada juga, jawab ringkas.

Apa isinya? Macam-macam.

Tak risau ke? Nak risau apa, kerana apa yang ditulis mengarut saja.

Ada surat layang tu, kadangkala ada isi juga? Ia bergantung apa yang ditulis.

Jadi, kamu punya? Setakat ini, nak buat cerita saja.

Apa yang kamu buat? Hanya Allah yang menentukannya.

Siapa yang suka buat surat layang ini? Tak tahulah. Mungkin si pengecut.

Ada yang takut untuk menyatakan yang benar? Apa yang ditakutkan.

Diambil tindakan? Jika kita benar, cakap je, jangan berselindung.

Melainkan kita bersalah? Ya, melainkan kita hendak mereka-reka cerita.

6 comments:

orgkpgdoha said...

Datuk Ibrahim Yahya pun dapat surat layang...(Biasa la kakitangan Kerajaan)...Pelik dan ajaib perkara ini...saya mengenali DIY dan kenal akan hati budi beliau walaupun terkenal garangnya seperti "tiger" ( jgn macam tigerwood sudahlaa.)...Semasa beliau sebagai Penasihat Media di Zaman Datuk Zam sehingga ke hari ni.Walaupun lama tak jumpa dan hanya membaca blog beliau sahaja..

Syabas DIY kerana membuka ruang kepada si pengecut membuat pengaduan.(Kadang2kala ada betulnya berita itu...)

Quantum Metal Consultant said...

Pengirim Surat Layang:
Orang Dalam
Pengecut
Atas Faktor Keselamatan
Fitnah
Cerita Benar

Penerima Surat Layang:
Karut
Tak Ada Angin Masakan Pokok Bergoyang
Berani Kerana Benar
Takut Kerana Salah
Insaf Diri
Perbaiki Diri
Bakul Sampahkan

Anonymous said...

Y.bhg Dato Ibrahim,

Isu surat layang di RTM ini adalah isu lama di mana jika seseorang itu ditukarkan atau sebuah organisasi yang tidak mendapat projek mega dari RTM. Si penulis ini diibaratkan tiada teloq atau penakut dengan bayangan sendiri. Cuma yang merungsingkan kenapa tidak berhadapan terus dan perlu menulis surat layang kepada pihak tertinggi. Wallahuawaalam... Bernai kerana benar takut kerana salah..Yang salah tetap salah yang benar tetap benar..Keep up your good work Dato'

Razak Majid

Ampatuan Jr said...

Alahai Datuk KP RTM,
Dapat surat layang tu perkara lumrah la di RTM,dah jadi mcm budaya kat situ.Sikit2 Surat Layang! Tapi ambik la aspek yg positifnya,ia sebagai satu feedback yg tak boleh dibakulsampahkan begitu saja,kena tapis betul2, si penyurat layang memang tak mahu bersemuka tapi nak sampaikan sesuatu.Itu yg buat kerja kat RTM tu seronok! Dapat surat layang dah kira glamer la.Sebagai KP,Datuk akan diteropongi setiap masa.Mungkin ada baiknya kerana RTM ni memang susah nak diubah.Persepsi penonton terhadap RTM ialah sebagai sebuah stesen penyiaran lapok yg memualkan.RTM pula cepat nak marah kalau ditegur sikit.Akibatnya sukar nak ubah persepsi negatif yg dah lekat kat minda penonton - RTM dah banyak bazirkan duit rakyat asyik buat rebranding sedangkan perubahan yg diperlukan hanyalah sedikit pada aspek 'presentation & packaging' yg boleh dibuat secara pentadbiran sahaja. Eh,Datuk sendiri tak tengok program2 RTM ke?

Anonymous said...

saya tidak setuju dengan pendapat negatif yang menghentam penulis surat layang tanpa diketahui sebab penulis berbuat demikian. kadang-kadang ada penulis surat layang tidak menonjolkan diri kerana tidak mahu memperjudikan keselamatan & masa depan diri dan keluarga. penulis sebegini ingin sampaikan kebenaran dan sayangkan keluarga. ingin berjuang dan mengharap keluarganya tidak diganggu oleh jiwa-jiwa yang tidak profesional. kalau surat layang berunsurkan fitnah tidak perlu kita panas hati, sedangkan kita tidak seperti yang dikatakan. semua orang tahu menilai.

Anonymous said...

Transformasi minda dan pematuhanan tinggi nilai nilai murni termasuk displin penjawat awam agar organisasi cemerlang adalah satu pra syarat untuk mencapai negara maju. Dalam proses tersebut , tentu ada pelbagai manusia yang kurang segala galanya dan seterusnya terasa takut tersungkur di arenanya sendiri yang sekian lama (63 tahun )lena dibuai mimpi. kejutan budaya transformai di kalangan seorang dua ini lah yang yang gatal tangan untuk menulis email layang.

carry on tok.. majoriti warga RTM setuju dengan perubahaan ini... tengok ajelah kantin tu..dah lengang. Syabas pentadbiran RTM