Sunday, January 31, 2010

SELALU BERSEMUKA DENGAN RAKYAT





Selepas tamat majlis Dialog Idealisme Generasi Muda antara Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dengan pertubuhan bukan kerajaan, mahasiswa dan blogawan di Angkasapuri, saya mengiringi MY ke keretanya. Itupun kerana RTM sebagai tuan rumah, yang menganjurkan majlis itu ialah JASA di bawah kawan baik, Datuk Fuad Hassan.

Dalam perjalanan itu, MY bertanya kepada saya, "Bagaimana jawapan yang diberikan?". Terus terang saya menjawab, "bagus dan menyakinkan". Malah saya dapat merasakan semua pihak yang berada dalam Auditorium Perdana, Angkasapuri semalam, puas hati dan selesa dengan segala jawapan di majlis dialog membabitkan lebih 1,000 orang itu.

Bagi saya, jawapan itu tidak penting. Yang lebih penting ialah proses bersemuka dengan rakyat dan memberikan peluang kepada mereka untuk bertanya soalan dan memberi pandangan. Itu sebabnya pelbagai soalan timbul termasuklah yang "sudah terang" tetapi yakinlah bahawa inilah pendekatan terbaik untuk merapatkan kerajaan dengan rakyat.

Pendekatan bersemuka atau engagement ini memang dinanti-nantikan oleh rakyat sejajar dengan laungan Gagasan 1Malaysia iaitu Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Jika anggota kerajaan percaya dengan gagasan ini mereka perlu bertindak sekarang untuk mengutamakan rakyat dan memastikan rakyat di bawah mendapat yang terbaik.

Malah dalam majlis dialog itu, seorang mahasiwa bertanya apakah yang boleh mereka sumbangkan untuk kepentingan negara kerana dalam hatinya terbuku untuk menggemblengkan tenaga dan kudratnya menyokong rancangan kerajaan.

Menjawab soalan itu, MY berkata mereka perlu yakin dengan apa yang dibuat oleh kerajaan dan berusaha menerangkan kepada rakyat bahawa kerajaan tidak pernah berhenti berfikir untuk membantu rakyat. Ini yang dilakukan sejak merdeka.

Generasi muda juga perlu memperbetulkan kekeliruan yang dilakukan oleh sesetengah pihak yang hanya tahu membangkang apa yang dilakukan oleh kerajaan. Mereka ini adalah pihak yang sentiasa mengambil 'political mileage' untuk semua perkara yang menguntungkan mereka. Teguran membina memanglah dialu-alukan tetapi yang menghancurkan negara perlu ditentang setiap masa.

Tidak hairanlah jari telunjuk pembangkang sentiasa menghadap ke depan untuk menyalahkan orang lain sedangkan jari itu sepatutnya menghala ke arah mereka yang memperlihatkan pentadbiran berceramuk sehingga menyebabkan rakyat menderita.

Sebagai contohnya, lihatlah negeri yang mereka perintah yang banyak menimbulkan masalah kepada rakyat. Janji sebelum pilihanraya manis tetapi apabila sudah menang lain pula tariannya. Malah tarian itu kebanyakan sumbang.

Akhirnya rakyat terpaksa meminta bantuan Kerajaan Pusat untuk memastikan mereka tidak terus kecundang dalam hidup akibat perbuatan golongan yang 'cakap tidak serupa bikin'.

6 comments:

Anonymous said...

Y. Bhg Dato,

Tahniah atas penganugerahan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk drpd Tim. Yg DiPertuan Agong. Jasamu dikenang. Teruskan perjuangan.

Razak Majid

Teramat Panas said...

Rimau,

Whatever government want to do, the most important thing is they must sincere and consistent. Not hot hot chicken shit. Engagement must be real and transparent.

Read - http://www.amatpanas.com

Anonymous said...

tahniah dapat gelaran Datuk Kuala Lumpur!

Tinta Biru said...

SALAM DATUK..
Saya hadir dalam Perhimpunan ini dan saya senang sekali mengatakan bahawa program seperti inilah yang kami sebagai generasi muda belia mahukan. Saya setuju dengan pendapat saudara Nobisha bahawa Belia sebenarnya mahukan pendapat dan pandangan mereka diambil kira sekiranya ia tidak melanggar undang-undang dan dasar kerajaan. Mungkin ada pendapat atau pandangan yang mereka ajukan sesuai untuk diaplikasikan pada masa sekarang. Kalau pun pendapat atau pandangan tersebut silap haruslah diperbetulkan dengan sejelasnya. Datuk sendiri sedia maklum bahawa Belia dimasakini sebenarnya belia yang tergolong dalam sifat atau sikap mahu tau dan ambil tahu.
semoga usaha seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang. TAHNIAH PENYIARAN DAN JASA kerana menganjurkan program seperti ini.

ibrahim yahaya said...

Salam semua,

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menghantar sms mengucapkan tahniah atas penganugerahan PMW kepada DIY pada 1 Februari 2010. Saya akan berusaha untuk membalas semua sms itu dan jika ada yang tertinggal, saya memohon maaf dan kesempatan ini sekali lagi mengucapkan terima kasih. Segala ucapan itu adalah doa untuk saya pada masa akan datang. Saya juga berdoa agar Sdr sentiasa diberkati Allah SWT dan dilindungi sepanjang masa. Kepada Fizal terima kasih kerana menjadi wakil semasa ketiadaan saya.

Anonymous said...

Selamatttt Datuk!